
Dengan kemunculan album When We Fall Asleep, Where Do We All Go? pada tahun lalu, penyanyi Billie Eilish telah banyak menghiburkan peminatnya di seluruh dunia menerusi jelajah konsert.
Iyalah, situ punca nak dapat duit masyuk kan!
Malah, menerusi akaun Instagram-nya, Billie mengumumkan pada pagi ini (20 Januari) bahawa dia akan melakukan konsert jelajah Asia pada tahun ini.
Sepanjang bulan Ogos dan September tahun ini, Billie Eilish akan berkunjung ke Seoul, Hong Kong, Tokyo dan beberapa lagi bandar besar untuk Where Do We Go? Tour.
Cer lihat tarikh di bawah:
23 Ogos – Seoul
25 Ogos – Shanghai
28 Ogos – Taipei
30 Ogos – Hong Kong
02 September – Tokyo
05 September – Manila
07 September – Jakarta
Walaupun Billie akan ke negara seberang sebagai lokasi terakhir, nampaknya Kuala Lumpur sekali lagi DIPINGGIRKAN. NO!
Tak apalah..sekiranya korang merupakan peminat tegar Billie Eilish dan tidak kisah untuk membelanjakan duit tiket penerbangan dan hotel, korang boleh membeli tiket untuk jelajah Manila di laman web livenation.asia bermula 2 Februari ini.
Harga tiketnya masih belum tertera.
Lily Allen Mengaku Lebih Berbaloi Jual Gambar Kaki Di Internet Berbanding Jumlah Royalti Yang Dijana Melalui Spotify

Isi Kandungan
ToggleBaru-baru ini, pelakon dan penyanyi terkenal, Lily Allen mendapat perhatian orang ramai apabila dirinya mengakui bahawa dapat menghasilkan lebih banyak wang menerusi aplikasi OnlyFans berbanding royalti yang diberikan oleh Spotify.
Menerusi media sosial miliknya, Allen mendedahkan dia baru sahaja mencipta akaun OnlyFans selepas mendapat inspirasi daripada seorang pekerja di pusat kecantikan yang memberitahu pelantun lagu ‘Smile’ itu bahawa dia mempunyai kaki yang cantik dan boleh menjana pendapatan dari situ.
Dalam pada itu, Allen juga mengaku bahawa dia mendapat taraf lima (5) bintang di laman web, WikiFeet iaitu laman khas yang mengumpul dan menilai gambar-gambar kaki selebriti bagi penggemar yang terobsesi dengan kaki.


Walau bagaimanapun, Allen juga turut mendapat kecaman dan komen sinis daripada beberapa warga internet selepas memuat naik gambar kakinya di aplikasi X yang berhubung kait dengan Only Fans. Salah satu komen tersebut berbunyi,
“Bayangkan jadi salah seorang bintang pop terbesar dan pemuzik di Eropah, kemudian merendahkan nilai diri dengan melakukan hal seperti ini”

Tidak mendiamkan diri, Allen membalas komen berkenaan,
“Bayangkan jadi seorang artis dengan hampir lapan (8) juta pendengar bulanan di Spotify tetapi saya dapat lebih banyak pendapatan dari 1,000 pelanggan untuk gambar kaki.”
Tambahnya lagi, “Jangan benci orangnya, benci permainannya.”
Menerusi laporan media antarabangsa, Lily Allen turut menetapkan harga langganan tersebut sebanyak $10 iaitu sekitar RM43 per sebulan menerusi akaun miliknya dan dengan harga tersebut, penyanyi itu mampu memperoleh sekitar $10,000 atau RM44,000 sebulan dari OnlyFans.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tutorial Jahit Kain Duyung Ruffle Yang Korang Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Senang Je Rupanya

Menjadi kelebihan seorang perempuan bila ada yang mempunyai kemahiran dan minat dalam bidang jahitan. Tidak semua wanita suka menjahit, tetapi jika korang boleh menjahit, ia merupakan satu kelebihan besar yang ada dalam diri.
Bayangkanlah harga sepasang baju yang dijual dikedai mencecah ratusan ringgit, itu belum termasuk design yang fancy dan macam-macam lagi. Kalau tak harganya RM400 ke RM500 memang tak sah.
Jadi, bagi mereka yang mempunyai kemahiran menjahit pastinya jadi lebih mudah kerana boleh buat semuanya sendiri.
Cuma, korang kena cari pola yang bersesuaian untuk menjahit mengikut rekaan yang diperlukan.
Kali ni, kami nak kongsikan tutorial kain duyung ruflle daripada Anida Aliyas Anida yang mungkin boleh dijadikan rujukan untuk korang. Nampak macam mudah je. Kalau tak boleh menjahit sekali pun, mungkin korang boleh tunjuk pola ini pada si tukang jahit.
Kain bidang 45’’ 3 meter
Kain bidang 60’’ 2.5 meter
1. Potong radius tersebut sebab nak bagi ruffle tu flowy. Kalau nak ruffle yang banyak, besarkan alunan radius tu
2. Pastikan bahagian kain ini disebelah luar. Sesuaikan dengan jenis kain yang korang pilih. Bahagian cantik, haruslah diluar
3. Jahit baby seam terlebih dahulu pada ukuran ini dan kemudiannya, jahit setengah seperti dalam gambar
4. Bila dah cantum, ia akan jadi seperti ini
5. Susun ruffle bila dah siap cantum. Bahagian atas akan jadi seperti itu dan korang kena potong bagi sama rata
6. Lihat betul-betul susunan ruffle tersebut
7. Potong bahagian atas tadi, bahagi sama rata dan selepas itu, jahit seperti biasa
8. Siap!
Okay, basically ni tutorial untuk membuat ruffle pada kain duyung. Korang boleh pilih nak guna material dan corak kain mengikut taste masing-masing.
Kalau beli dekat butik, kain macam ni confirm harga nak cecah RM100 kan?
Selamat mencuba!
Ada Cara Terkini Beli No Pin UPU, Tak Perlu Beratur Lagi Di Kaunter Bank

Semalam, pembelian nombor UNIK ID BSN untuk pembelian pin UPU bagi permohonan ke UA/Politeknik/Kolej Komuniti/ILKA telah pun dibuka.
Bagi pelajar lepas SPM dan STPM, jangan lupa mendapatkannya di Bank Simpanan Nasional berdekatan kerana tanpa nombor pin ini, kemasukan anda ke mana-mana universiti, politeknik dan sebagainya tak akan dapat dilakukan langsung. Ini kerana semua senarai calon yang mahu memohon kemasukan ke universiti dan setaraf dengannya perlu membeli nombor pin ini.
Demi memudahkan semua pelajar membeli nombor pin ini, jika dahulu nombor pin hanya boleh dibeli di kaunter sahaja tetapi kini sudah ada cara lebih mudah dan tak perlu beratur lagi. Caranya ialah menggunakan kad bank Matriks BSN Matrix, i atau Kad GIRO dan buat di mesin auto teller BSN sahaja. Lebih mudah dan praktikalkan.
Menurut laman web after school.my terdapat dua cara pembelian yang boleh dilakukan. Mungkin ini dapat membantu adik-adik yang bakal ke universiti mengikutinya.
Ini dua cara pembelian nombor pin UPU.
PEMBELIAN DI KAUNTER BSN SEMUA CAWANGAN SELURUH NEGARA
Anda boleh terus sahaja ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat untuk membuat pembelian. Terus sahaja ke kaunter pertanyaan dan maklumkan kepada pegawai atau mungkin polis bantuan yang ditugaskan. Pegawai yang berkenaan akan membantu menunjukkan borang yang betul untuk pembelian. Harga nombor pin adalah RM 16.40 untuk kedua-dua kategori iaitu SPM/SETARAF dan STPM/SETARAF. Sila KLIK DISINI untuk melihat panduan lengkap mengisi borang bagi pembelian nombor PIN seperti gambar yang kami kongsikan di bawah.
PEMBELIAN VIA ATM MESIN
Pembelian melalui ATM adalah menggunakan Matriks BSN Matrix, i atau Kad GIRO (jika anda tidak mempunyai kad BSN berkenaan, anda boleh juga meminjamnya daripada ibu bapa, saudara dan sebagainya. Jika tidak ada juga boleh guna kaedah yang pertama iaitu membuat pembelian melalui kaunter). Berikut adalah caranya :
Masukkan Kad dan No Pin
- Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
- Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’
- Pilih Jenis Program : LEPASAN SPM/SETARAF atau LEPASAN STPM/SETARAF
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
- ‘YA’untuk meneruskan urusan
- Semak Maklumat
- Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
- Resit Dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan masa depan
Bagi kami cara paling mudah adalah cara yang kedua kerana anda tidak perlu beratur untuk membuat pembelian melalui kaunter. Sebagai peringatan, tarikh akhir pembelian nombor PIN adalah pada 9 APRIL 2018. Jadi jangan ada yang terlepas tarikh berkenaan. Pembelian selepas daripada tarikh berkenaan TIDAK AKAN DILAYAN. Diharapkan perkongsian ini membantu dan Semoga berjaya!.
Dalam pada itu, laman web ini turut memuat naik e-book yang boleh menjadi panduan buat pelajar lepasan SPM dan STPM dalam mengisi borang. Maklumlahkan, masa depan sangat penting, jadi e-book ini boleh menjadi panduan terbaik untuk para pelajar yang bakal melangkah ke alam lebih dewasa.
Memandangkan ramai yang masih kurang menyedari akan pembaharuan terkini dalam permohonan UPU 2018/2019, tidak kira lah sama ada pemohon lepasan SPM/Setaraf atau pun STPM/Setaraf. Kami di afterschool, mengambil inisiatif untuk menerbitkan sebuah e-book Panduan Permohonan UPU 2018/2019 secara PERCUMA kepada anda semua. Semua info yang anda WAJIB tahu dikongsikan selengkapnya, anda boleh KLIK MUAT TURUN dibawah untuk mendapatkan e-book panduan permohonan UPU ini :
E Book percuma. Klik sini :Afterschool.my
Antaranya info lain yang turut dikongsikan merangkumi :
- Tarikh Penting, Kategori Permohonan, Pembelian no PIN & Panduan Permohonan UPU 2018
- Tarikh Penting Permohonan/Keputusan/Rayuan UPU 2018/2019
- Panduan Permohonan UPU 2018 untuk Semua Lepasan Permohonan!
- Panduan Pembelian Nombor UNIK ID UPU BSN 2018
- Perubahan terkini harga Nombor Unik ID UPU turun 4 sen!
- Perbaharuan/Perubahan Terkini dalam Permohonan UPU 2018/2019 yang Wajib Anda Tahu!
- Ketahui Kriteria Pemilihan Kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik/Kolej Komuniti/ILKA dalam Permohonan UPU 2018
- Lulusan Asasi IPTS/DKLM/DKM/DVM/Diploma IPTS Layak Memohon dalam UPU 2018 Dibawah Kelayakan Diploma Setaraf!
- Gagal Permohonan UPU, Apa Perlu Anda Buat?
- Proses Permohonan Rayuan UPU Fasa 1 & Fasa 2
- Punca Gagal dalam Permohonan Rayuan UPU & Pemilihan Pemohon untuk Rayuan Fasa 2
Oleh itu, untuk mendapatkan INFO LENGKAP permohonan UPU ini, kami nasihatkan anda untuk terus memuat turun secara PERCUMA. Selain panduan permohonan, kami turut kongsikan pelbagai tip penting untuk anda berjaya dalam permohonan. Semoga perkongsian ini dapat mengelakkan anda daripada melakukan sebarang kesilapan seterusnya berjaya ditawarkan ke program pengajian pilihan masing-masing.
Suka diingatkan juga, walaupun anda memiliki keputusan yang baik berbanding rakan anda, sedikit sahaja kesilapan yang dilakukan, permohonan anda akan ditolak. Jadi sentiasalah beringat dan MUAT TURUN PERCUMA E-BOOK UPU yang dikongsikan ini sebagai panduan lengkap permohonan.
Sumber :- Afterschool.my