Is this for real?
Kedengaran seperti kisah mengarut, bukan? Namun, inilah realiti yang terpaksa dihadapi pelajar perempuan di sana.
Baru-baru ini, media tempatan di China melaporkan penetapan larangan terhadap pelajar untuk mempunyai ‘gaya rambut yang pelik’ oleh beberapa sekolah menengah di sana. Ini termasuklah larangan rambut panjang (lelaki dan perempuan) dan ikatan rambut ponytail bagi pelajar perempuan. Hanya rambut sepanjang paras bahu sahaja yang dibenarkan bagi pelajar perempuan.
ARTIKEL BERKAITAN
: Khuatir Pelajar Lelaki Terangsang, Pelajar Perempuan Di Jepun Dilarang Ikat Rambut Gaya “Ponytail”Memetik laporan South China Morning Post pada 2 Ogos 2022, larangan berambut panjang ini mula dilaksanakan pada minggu ini di Sekolah Menengah Wenchang dekat wilayah Hebei utara China.
Dalam notis yang dikeluarkan oleh jabatan pengurusan pelajar, sekolah tersebut melarang para pelajarnya menggayakan rambut secara berstail, berambut panjang dan mengikat rambut panjang dengan gaya ponytail kerana ia ‘menyusahkan’ dan dikhuatiri merundumkan prestasi akademik pelajar.
Lapor The Paper pula, pelajar juga tidak dibenarkan mewarna, menggulung rambut atau memakai sebarang aksesori rambut.
Pihak sekolah telah mengeluarkan potret contoh gaya rambut yang dibenarkan dari sisi hadapan, belakang dan tepi kepala bagi memudahkan pelajar dan ibu bapa mematuhi peraturan baharu ini.
Tidak terkecuali adalah peraturan untuk pelajar lelaki juga. Mereka dilarang menyimpan jambang dan potongan rambut ‘mullet’.
Seorang guru dari sekolah itu yang identitinya dirahsiakan berkata, peraturan mengawal kepanjangan dan gaya rambut ini sebenarnya telah dilaksanakan selama bertahun-tahun.
Penguatkuasaan peraturan yang lebih ketat ini baginya dan para guru lain adalah agar ia tidak menjejaskan pelajaran pelajar.
Semalam, siaran berita di China melaporkan tentang larangan itu dan ia telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan rakyatnya pada minggu ini. Sehingga kini, laporan itu telah ditonton lebih 10 juta kali di aplikasi video media sosial Douyin.
Apa pendapat korang, wajarkah tindakan guru dan sekolah tersebut?
BACA : 10 Perkara Yang Bekas Pelatih PLKN Je Pernah Rasa
Sumber : 1
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.