Isu pembuangan sampah merata-rata dan bukan di lokasi disediakan masih agak menebal di kalangan mereka yang suka mementingkan diri sendiri. Bagi mereka asal masalah dah satel cukup dan dan biar orang lain fikirkan.
Sebab itulah tepi semak, tepi jalan, rumah kosong, tanah-tanah terbiar, sungai dan lain-lain lokasi sering menjadi tempat membuang sampah.
Walau ada papan tanda dan amaran denda tapi golongan selfish ini masih selamba buang sampah.
Namun idea bijak sebuah kampung dikatakan di Panji Alam, Kuala Terengganu yang membina kubur palsu di lokasi tepi jalan yang penuh dengan sampah memang rare dan amat bijak.
Ternyata sampah yang penuh dan selepas dibersihkan serta dibina kubur di situ, tempat tersebut terus bersih.
Memang padu cara nie. Nampaknya elemen menakutkan seperti tanah perkuburan masih menghantui rakyat Malaysia sehingga tempat itu benar-benar bersih.
Sumber :Man Fazli
Diketuai Fadhilah Daud, Warga Malaysia Di Ukraine Selamat Tiba Di Poland
Serangan Rusia ke atas Ukraine memaksa ratusan ribu penduduk mencari perlindungan. Ramai yang menuju ke sempadan negara-negara berdekatan demi keselamatan diri.
Dalam suasana yang tidak menentu dan roket tentera Rusia mula mengebom beberapa tempat di Ukraine, semestinya keberadaan warganegara Malaysia yang berada di sana menjadi tanda tanya.
Khabar terbaharu yang telah dikemaskini, sembilan warganegara Malaysia bersama dua tanggungan mereka yang disertai seorang warganegara Singapura telah selamat tiba di Korczowa-Krakovets sebuah bandar kecil terletak di sempadan Ukraine dan Poland pada jam 5.45 pagi (waktu Malaysia). Ketibaan mereka telah disambut oleh wakil kedutaan Malaysia di Poland.
Dalam satu ciapan oleh Menteri Luar Negeri, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, beliau berkata, “Alhamdulillah, konvoi yang memindahkan 9 rakyat Malaysia & 2 tanggungan mereka serta seorang warga Singapura dari Kyiv yang diketuai oleh Kuasa Usaha Sementara @MYEmbKyiv, Cik Fadhilah Daud telah selamat tiba di Korczowa-Krakovets, sempadan Ukraine dengan Poland.
“Konvoi tersebut telah disambut oleh dua pegawai dari Kedutaan Malaysia di Poland @EmbMy. Mereka sedang menuju ke Warsaw pada waktu ini dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur dalam masa yang terdekat.”
Dalam laporan Malay Mail, sebelum ini konvoi tersebut yang diketuai oleh Setiausaha Pertama kedutaan Malaysia di Kyiv, Cik Fadhilah Daud telah memulakan perjalanan lebih 782km menggunakan empat kenderaan menuju ke sempadan Poland bagi memastikan keselamatan warganegara Malaysia.
Difahamkan, Fadhilah merupakan pegawai tertinggi kedutaan Malaysia di Kyiv kerana jawatan duta tidak diisi. Sebelum ini 13 warganegara Malaysia telah terlebih dahulu meninggalkan negara tersebut ketika ketegangan di antara Rusia dan Ukraine mula-mula terjadi.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berita Baik Untuk Peminjam! AmBank Lanjut Moratorium Hingga 30 Jun 2021
Pasti ini adalah berita baik untuk mereka yang membuat pinjaman dengan AmBank. Maksudnya ada lanjutan moratorium sehingga 30 Jun 2021 akan datang. Tapi pada masa yang sama, peminjam harus merancang kewangan dengan baik bagi memastikan pinjaman pada tahun hadapan dapat dibayar tepat pada masanya dan tiada tunggukan.
Memetik laporan Harian Metro, AmBank akan melanjutkan Program Bantuan Pembayaran Semula bersasar sehingga 30 Jun tahun depan sebagai usaha menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta rakyat Malaysia yang terjejas akibat Covid-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, pihaknya komited membantu pelanggan mengharungi tempoh yang sukar ini.
"Justeru, kami menyediakan pelan penjadualan serta penstrukturan semula yang bersesuaian bagi memenuhi komitmen kewangan setiap pelanggan.
"Kami sudah menjangkau lebih dari 500,000 pelanggan yang ditawarkan bantuan pembayaran semula.
"Pada pertengahan Oktober lalu, sebanyak 60,000 permohonan dari pelanggan individu dan PKS diproses dan hampir 100 peratus permohonan ini diluluskan.
"Kami berbesar hati dapat memberikan bantuan pembayaran semula pinjaman yang berjumlah lebih dari RM11 bilion," katanya dalam kenyataan, semalam.
AmBank akan terus berinteraksi dengan pelanggannya yang belum mengemukakan permohonan mereka, khususnya yang terbabit dalam industri yang terjejas akibat pandemik terbabit.
Permohonan Bantuan Pembayaran Semula boleh didapati di laman web AmBank untuk kemudahan pelanggan yang tinggal di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Bank Kejam! Anak Sorong Ibu Berusia 120 Tahun Bersama Katil Untuk Keluar Duit Pencen
Kes ini pernah terjadi di Malaysia di mana pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikecam hebat oleh warganet gara-gara mahu pembuktian fizikal mahu penama hadir ke premis untuk mengeluarkan wang simpanan.
Ternyata hal yang sama berlaku di India di mana seorang ibu tua berusia 120 tahun perlu hadir ke bank untuk mengeluarkan wang pencennya. Lebih menyayat hati, anaknya berusia 70 tahun perlu menyorong katilnya untuk membawa ibu tuanya itu.
Laporan Harian Metro menyebut, demi mengeluarkan wang pencen, seorang wanita tiada pilihan kecuali menyorong ibunya yang uzur dan berbaring di atas katil untuk dibawa ke bank.
Gulf News melaporkan Gunja Dei, 70, hadir bersama ibunya, Labhe Baghel yang berusia 120 tahun selepas pihak bank meminta pemegang akaun hadir sebagai bukti fizikal.
Sebaik tiba di bank dan melihat kehadiran mereka berdua, baru pegawai bertugas menyerahkan wang berkenaan.
Insiden itu dilaporkan berlaku di kampung Baragan dekat daerah Nuapada, Rabu lalu.
Pegawai Daerah Nuapada, Raju Dholkia berkata, dia kesal dengan apa yang berlaku.
"Saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak berperikemanusiaan seperti ini. Diharap, kerajaan menjalankan siasatan segera berhubung perkara itu," katanya.
Selepas rakaman video insiden berkenaan tular di laman sosial, Ahli Dewan Perundangan (MLA) dari Khariar, Adhiraj Panigrahi menyelar tindakan pihak bank dan menuntut tindakan undang-undang diambil.
Dalam perkembangan sama, Pengurus Wilayah Bank Gramya bersama Panigrahi dilapor bertemu bagi membincangkan isu berkenaan.
Panigrahi berkata, pegawai bank itu mengganggu wanita warga emas berkenaan sejak tiga bulan lalu.
"Dia (pegawai) melanggar undang-undang dan tindakannya bertentangan dengan hak asasi manusia kerana setiap orang harus mendapat hak mereka.
"Saya mengutuk perbuatan ini dan orang yang bertanggungjawab di sebalik ini harus disingkirkan daripada jawatan mereka. Perbuatan ini dapat dilihat di pelbagai daerah di Odisha," katanya.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Odisha menghantar surat kepada pengurus wilayah agensi kerajaan, swasta dan bank wilayah pedalaman (RRB) untuk menawarkan khidmat rumah ke rumah bagi warga emas.