Pelakon dan pengacara televisyen popular, Sarimah Ibrahim tampil berkongsi berita gembira apabila berjaya ‘dilamar’ untuk bekerjasama dengan agensi terkenal di London, Fiona Cross UK.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Kini Kau Tiada itu menerusi satu ciapan di platform X miliknya, sempena ulang tahun kelahirannya pada malam tadi.
“Saya kini diwakili di peringkat antarabangsa oleh agensi Fiona Cross UK Management yang berpangkalan di London,” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Barber’ Potong Rambut Pelanggan Guna Api Raih Perhatian Warganet
Pada masa sama, Sarimah yang baru-baru ini tampil dalam siri televisyen Jack Yusof berkata dia tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar agensi tersebut.
Selain itu, pengasas dan pengarah Fiona Cross Management berkata, pihak mereka sangat berbesar hati dengan kehadiran bakat besar seperti Sarimah Ibrahim dalam melonjakkan nama bintang itu ke persada yang lebih tinggi.
“Kami berbesar hati mengalu-alukan Sarimah ke dalam pasukan kami. Bakat, dedikasi dan daya tarikan yang luar biasa sekali gus memberi inspirasi kepada agensi kami.
“Kami komited untuk menyokong visi artistik Sarimah dan melonjakkan kerjayanya ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.
Sekadar informasi, Fiona Cross Management yang diitubuhkan pada tahun 2017 itu ialah sebuah agensi bakat yang berpangkalan di London, mengkhusus dalam komersial, teater, teater muzikal, filem dan televisyen.
SUMBER: Platform X Sarimah IbrahimUpdate terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jangan Nak Pandai-Pandai Cancel Grab Kalau Tak Nak Didenda..
Selepas Grab Singapura mengetengahkan peraturan baru ini beberapa minggu yang lalu, kini tiba giliran Grab Malaysia pula untuk melakukannya.
Ini adalah salah satu pembaharuan yang sedang dilakukan oleh Grab Malaysia untuk mempertahankan nasib pemandu mereka melayan kerenah si penumpang yang tidak mengendahkan perasaan mereka selaku pemandu.
Pemandu Grab sering merintih di media sosial mengenai tindakan tak bertanggungjawab penumpang yang membatalkan servis e-hailing selepas tempahan dibuat. Ini secara tak langsung menyebabkan kos tambahan perjalanan yang perlu ditampung oleh pemandu ketika OTW ke lokasi penumpang.
Oleh itu bermula 25 Mac ini, caj penalti akan dikenakan bagi penumpang yang membatalkan tempahan 5 minit selepas ia dibuat.
Bagi servis GrabCar, JustGrab, GrabShare dan GrabTaxi, penaltinya bernilai RM3. Sementara itu, untik GrabCar 6 penumpang adalah RM4 dan GrabCar Premium sebanyak RM5.
Hamik!
Bagaimana cara pembayaran denda tersebut, you may ask?
Ia akan dipotong serta-merta daripada GrabPay, manakala bagi yang menggunakan bayaran tunai, caj akan dikenakan pada tempahan seterusnya. There is no escaping this penalty, folks.
Seharusnya kita lebih memahami dan bertimbang rasa terhadap profesionalisma pemandu Grab okay.
5 Sebab Mengapa Pencalonan Michelle Yeoh Bagi Pelakon Wanita Terbaik Oscars ‘Legit’ Penting
Isi Kandungan
ToggleRakyat Malaysia pada minggu ini bukan sekadar merayakan sambutan Tahun Baru Cina pada cuti panjang yang baru sahaja berlalu.
Malah semalam, rakyat Malaysia menyambut riang pencalonan Academy Awards atau anugerah Oscars yang diterima oleh Tan Sri Michelle Yeoh menerusi lakonannya dalam filem Everything, Everywhere All At Once.
Pencalonan menerusi kategori Pelakon Wanita Terbaik itu bukan sekadar satu pengiktirafan buatnya selaku pelakon berkaliber setelah sekian lama berada dalam industri perfileman. Pencalonan ini juga memberi seribu satu makna yang lebih mendalam kepada komuniti perfileman Asia.
ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh Menang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Golden Globe – REMAJA
Filem arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert (atau bak panggilan Michelle kepada mereka, ‘the Daniels’) ini telahpun memperolehi respon positif daripada pengkritik filem serta penonton sejak ia mula ditayangkan pada tahun lalu. Lantas, pencalonan yang diterima Michelle Yeoh menerusi filem ini umpama icing on the cake atas kejayaan yang diperolehi produksi tersebut.
Jom lihat lima sebab mengapa pencalonan Michelle Yeoh ini amat penting dan bermakna dalam sejarah perfileman Barat serta untuk penggiat seni berdarah Asia.
01
Well, lets start with this; Michelle Yeoh kini secara rasminya merupakan pelakon wanita Asia pertama yang dicalonkan bagi trofi Pelakon Wanita Terbaik di anugerah Oscars!
Setelah komuniti penghibur berdarah Asia di Hollywood sekian lama terpaksa berdepan dengan stereotaip karakter serta jalan cerita, pencalonan Michelle Yeoh ini adalah satu langkah ke hadapan dalam industri perfileman antarabangsa.
BACA LAGI: K-Movie Tawan Hollywood Apabila ‘Parasite’ Menang Filem Terbaik Oscars 2020! – REMAJA
Tidak mustahil, magis filem dari Korea Selatan, Parasite yang pernah memenangi kategori Filem Terbaik di anugerah Oscars 2020 bakal berulang semula menerusi 11 pencalonan yang diterima oleh Everything, Everywhere All At Once ini.
02
Pihak Akademi dan Hollywood secara amnya telah banyak kali ‘terlepas peluang’ untuk mengiktiraf kehebatan Michelle Yeoh di persada lakonan.
Beberapa filem yang melibatkan sebagai pelakon utama mahupun pelakon pembantu pernah tercalon bagi beberapa kategori di anugerah Oscars sebelum ini. Namun namanya tidak pula dicalonkan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik. Agak pelik memandangkan beliaulah di antara sebab mengapa filem-filem ini digemari oleh penonton.
Antaranya; filem Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000) yang menerima 10 pencalonan termasuk Filem Terbaik dan juga filem Memoirs of A Geisha (2006) yang menerima 6 pencalonan termasuklah Sinematografi Terbaik.
03
Sukar untuk dipercayai, tiada seorang pun wanita berdarah Asia yang pernah menerima pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik di anugerah Oscars. Di antara keempat-empat kategori pelakon di Oscars, kategori ini dianggap sebagai kategori paling dimonopoli oleh golongan berkulit putih.
Fun Fact! Pihak Akademi pernah menganugerahkan seorang pelakon bernama Luise Rainer trofi Pelakon Wanita Terbaik bagi karakter berdarah Asia yang dilakonkannya menerusi filem The Good Earth. Tetapi… Luise Rainer berdarah Jerman-Amerika dan bukannya seorang pelakon berdarah Asia!
04
Apa yang menjadikan pencalonan Oscars lewat malam tadi lebih istimewa adalah apabila filem Everything, Everywhere All At Once menerima pencalonan menerusi tiga orang lagi pelakonnya!
Ini termasuklah Ke Huy Quan (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik), Stephanie Hsu (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik) dan Jamie Lee Curtis (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik).
Ini merupakan pencalonan sulung di anugerah Oscars buat Michelle Yeoh, Stephanie Hsu dan Ke Huy Quan.
05
Ini bukan sekadar pencalonan yang memecahkan tembok perkauman terhadap pelakon berdarah Asia. ia juga melawan stereotaip terhadap pelakon wanita berusia (Michelle Yeoh sudahpun memasuki ‘usia 6 series’) dan juga stereotaip terhadap pemberian watak utama dalam sesebuah filem kepada wanita.
Ya, kita semua gembira apabila anak kelahiran Ipoh, Perak ini menjad pelakon Malaysia pertama yang dicalonkan di anugerah Oscars dan berpotensi besar untuk menjadi pelakon Malaysia pertama yang menaiki pentas anugerah Oscars untuk menerima trofi.
Namun harus diingat, ia juga adalah peluang bagi semua pihak untuk mengiktiraf peranan wanita dalam dunia perfileman Hollywood.
Lapuk sudah persepsi kononnya filem yang diterajui oleh pelakon utama wanita tidak akan menarik penonton ke pawagam. Lapuk sudah persepsi kononnya pelakon wanita hanya boleh membawa pulang trofi Oscars jika dia memegang ‘watak air mata’ atau ‘watak yang didera’.
Tan Sri Michelle Yeoh tidak menerima skrip filem Everything, Everywhere All At Once semata-mata untuk dirinya sahaja.
Sebaliknya, beliau bersetuju untuk terbabit dalam filem ini kerana ia adalah pulang baginya mengangkat bebanan seluruh industri perfileman yang ternanti-nanti kemunculan seorang pelakon wanita yang mampu mengubah landskap Hollywood agar tiada siapa lagi akan tertindas selepas ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Michelle Yeoh Zahir Ucapan Penghargaan Buat Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Agong – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Serupa Atau Tidak? Kristen Stewart & 2 Pelakon Lain Cuba Menjadi PUTERI DIANA
Mendiang Puteri Diana merupakan salah seorang personaliti keluarga diraja paling popular pernah wujud pada era ini.
Meskipun telah meninggal dunia kira-kira 24 tahun lepas, Puteri Diana masih dikenang sebagai puteri berjiwa rakyat – bukan setakat di Britain malah di seluruh dunia.
Sejak beberapa tahun yang lalu, beberapa orang pengarah terkenal dan produksi filem serta drama bersiri mula memilih Puteri Diana sebagai subjek utama dalam projek biopik mereka.
Sumber Foto: US Weekly
Sumber Foto: Vanity Fair
Sebagai contoh, Naomi Watts pernah membawa watak tersebut dalam filem Diana (2013) yang memfokuskan kepada hubungan di antara beliau dan pakar bedah jantung, Dr Hasnat Khan serta Dodi Al Fayed yang pernah bergelar teman istimewa Diana.
Secara peribadinya, penulis tidak merasakan Naomi mempunyai fizikal mirip mendiang. Malah lakonannya juga terasa seperti dipaksa dan tidak natural.
Sumber Foto: Buzzfeed
Sumber Foto: Hello Canada
Kemudian pada tahun lalu, Emma Conrin mencuri perhatian apabila musim keempat siri Netflix, The Crown menemui penonton setelah hype luar biasa diberikan sepanjang tahun 2020. Emma dilihat sebagai pilihan yang tepat sebagai Puteri Diana memandangkan dirinya bukanlah seorang pelakon yang ‘terlalu popular’ di luar radar industri hiburan Britain.
Sejak episod pertama hinggalah ke episod terakhir, penulis beranggapan personaliti dan pembawakan Emma berjaya menunjukkan sisi Puteri Diana yang terasing daripada keluarga diraja Britain.
Ada masanya dengan bantuan penata gaya, jurusolek dan jurudandan, Emma sememangnya kelihatan persis Puteri Diana. Namun demi menambah rencah drama, lakonannya sebagai Diana adakala terasa overdone.
ARTIKEL BERKAITAN : Keluarga Diraja Gusar Penonton Ungkit Kisah Puteri Diana
Kristen Stewart Sebagai Puteri Diana
Kini, tumpuan terarah kepada Kristen Stewart yang menamatkan penggambaran filem Spencer sebagai Puteri Diana.
Beberapa foto di sebalik tabir dari filem arahan Pablo Larrain (Jackie, 2016) ini telahpun mula tersebar di Instagram dan imej Kristen saling tidak tumpah seperti mendiang semasa beliau masih muda!
Dalam foto tersebut, Kristen menyarungkan jaket merah, blaus hitam dan aksesori topi dengan perincian veil – mirip stail Puteri Diana dalam kehidupan sebenarnya. Kristen juga menggakan stail rambut signature Diana dan ia membuatkan ramai warganet semakin tidak sabar untuk menantikan filem tersebut.
Sumber Foto: Newshub NZ
Untuk pengetahuan, Spencer menggambarkan kehidupan Dianaa sekitar tempoh percutian pada tahun 1991 di mana beliau mengambil keputusan untuk memohon penceraian daripada Putera Charles.
Ia adalah momen yang akan mengubah kehidupan Diana dari segi emosi, fizikal dan bagaimana beliau berusaha untuk kembali menjadi dirinya yang lama.
Spencer bakal ditayangkan pada bulan November tahun ini.
Jom lihat trailer pertama filem ini, tak sabar rasanya untuk menantikan lebih banyak trailer Spencer yang akan datang dengan lebih banyak dialog oleh Kristen.