Hubungan bintang Enola Holmes, Millie Bobby Brown dengan anak kepada penyanyi Jon Bon Jovi iaitu Jake Bongiovi melangkah setapak kehadapan selepas dilamar oleh kekasihnya.
ARTIKEL BERKAITAN : Megan Fox & Machine Gun Kelly Bertunang, Cincin Dua Batu Permata Penuh Simbol Cinta!
Malah, Millie Bobby Brown mengejutkan dunia apabila dia mengumumkan dia bertunang pada usia 19 tahun dengan teman lelakinya.
Pelakon The Stranger Things dan Enola Holmes mengumumkan berita itu di Instagram dengan gambar hitam-putih dirinya dan tunangnya. Cincin pertunangan berlian boleh dilihat di jari manis kirinya.
“I’ve loved you three summers now, honey, I want ’em all,” Millie menulis sebagai kapsyen foto dengan hati putih yang diselitkan daripada lirik lagu Taylor Swift.
Bongiovi, 20, turut berkongsi berita itu di Instagramnya sendiri, yang diberi kapsyen, “Selama-lamanya.”
Pasangan ini telah muncul di permaidani merah beberapa kali selama bertahun-tahun, termasuk di tayangan perdana antarabangsanya untuk Stranger Things Musim 4 dan Enola Holmes 2 pada tahun 2022.
Menurut laporan People, Millie dan Jake mula-mula dikhabarkan akan berpacaran pada Jun 2021 dengan memuat naik foto swafoto bersama.
Cuma pada masa itu Jake masih menyematkan perkataan BFF atau best friend forever. Kemudian pada November 2021, Milly memuat naik foto dirinya mencium Jake. Dan pada awal 2023, Millie menamakan Jake sebagai pasangan hidupnya.
Rata-rata peminat dan rakan selebriti membanjiri komen mereka dengan ucapan gembira kepada pasangan muda itu. Tak kurang juga yang terkejut dengan pertunangan mereka disebabkan usia mereka yang masih muda.
Congrats guys!
BACA LAGI : Kini Berusia 22 Tahun, Anak Tunggal Paul Walker Bertunang
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.