Aktor terkenal Korea Selatan, Lee Sun Kyun ditemui meninggal dunia di tempat letak kereta di Taman Waryong, Seoul, lapor agensi berita Yonhap yang memetik laporan polis, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: 10 Kdrama Dibintangi Lee Sun Kyun, Pelakon Filem “Parasite” Ditemui Tak Sedarkan Diri
Berita kematian Sun Kyun disahkan Balai Polis Seongbuk, Seoul selepas menerima panggilan daripada isterinya, Jeon Hye Jin yang melaporkan suaminya ada meninggalkan nota bunuh diri sebelum menghilangkan diri.
Polis turut menjumpai arang dalam kereta Sun Kyun, sekali gus mengukuhkan dakwaan bahawa pelakon itu meninggal dunia akibat bunuh diri.
Sun Kyun berdepan kontroversi apabila didakwa terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
Dalam tempoh beberapa bulan ini, Sun Kyun berdepan kontroversi apabila didakwa terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
Korea Selatan mempunyai undang-undang ketat membabitkan dadah dan kebiasaannya boleh dihukum sekurang-kurangnya enam bulan penjara atau sehingga 14 tahun bagi pesalah dan pengedarnya.
Sebelum ini, Sun Kyun dilaporkan disoal siasat polis sebanyak tiga kali, bagaimanapun aktor itu berkata, dia ditipu untuk mengambil dadah oleh pelayan bar yang kemudiannya cuba memeras ugutnya.
Dilahirkan pada 1975, Sun Kyun membintangi Parasite yang juga filem bukan berbahasa Inggeris pertama yang memenangi Anugerah Akademi (Oscar) Ke-92 pada 2020.
Aktor itu juga memainkan peranan utama dalam beberapa filem popular Korea Selatan seperti Helpless pada 2012 dan All About My Wife (2014).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: Koreaboo, Soompi