Pelakon senior Hollywood dan bintang naskhah hit The Godfather Part II, Robert De Niro tampil mendedahkan dirinya baru sahaja menimang cahaya mata ketujuhnya, pada usia 79 tahun.
Berita baik tersebut dibuat De Niro sewaktu dirinya hadir ke acara Entertainment Tonight Canada untuk mempromosikan filem terbaharunya, About My Father.
Pada sesi temu bual tersebut, aktor filem popular The Intern memperbetulkan kenyataan yang dikeluarkan oleh hos ET Canada, Brittnee Blair yang mengatakan dia mempunyai enam orang cahaya mata.
Ads
“Tujuh sebenarnya. Saya baru menimang cahaya mata,” katanya seperti dilaporkan Insider.
Ads
De Nico bagaimanapun tidak memperincikan siapa ibunya dan bila anak tersebut dilahirkan.
Sekadar informasi, pemenang dua kali Oscar itu diketahui mempunyai dua orang anak menerusi perkahwinan pertamanya bersama Diahnne Abbott.
Ads
Aktor itu juga memiliki sepasang kembar lelaki hasil perkongsian hidup bersama pasangannya yang juga seorang model, Toukie Smith dan dua lagi anak dengan bekas isterinya, Grace Hightower.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, penyanyi dan komposer Altimet menawarkan untuk menyumbang separuh kutipan royalti harta inteleknya tahun ini bagi membantu membayar denda skuad bola sepak Selangor FC (SFC) susulan penarikan diri pasukan pada perlawanan Piala Sumbangsih, 10 Mei lalu.
Altimet atau nama sebenar Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Selangor berkata menerusi aplikasi X, beliau sedia berbuat demikian jika SFC sudi menerima tawaran tersebut.
“Saya akan sumbangkan separuh kutipan royalti harta intelek saya tahun ini untuk bayar denda ini jika SFC sudi”
Kredit: X @altimet
Sebelumnya, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan memaklumkan SFC didenda RM100,000 dan pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Super 2024/2025 susulan ketidakhadiran mereka pada perlawanan Piala Sumbangsih menentang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.
Skuad Merah Kuning itu juga perlu membayar pampasan kerugian ditanggung JDT selaku pasukan tuan rumah perlawanan pembukaan musim itu dan MFL dengan jumlahnya akan dimaklumkan kelak.
Selain itu, perlawanan Liga Super minggu ke-14 antara Selangor dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga akan dimainkan tanpa penonton.
Selangor dilaporkan terpaksa menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala Sumbangsih susulan insiden bintangnya Mohamad Faisal Abdul Halim menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon kacak berusia 24 tahun, Raja Muhammaf Atiqullah Raja Azman Shah selamat mengikat tali pertunangan pada malam Sabtu lalu bersama gadis pilihan hatinya, Alia Natasha.
Tampil sedondon dalam persalinan berona ungu lilac, majlis pertunangan Atiq dan Alia itu telah dilangsungkan di Seremban, Negeri Sembilan.
Kongsi Atiq selepas majlis tersebut, keluarga kedua-dua belah pihak telahpun memilih tarikh pernikahan sekitar tahun 2025. Bagaimanapun buat masa ini, Atiq merasakan lebih molek untuknya merahsiakan perkara tersebut.
Atiq yang mula dikenali dek penangan fenomena drama Nur yang disiarkan di saluran TV3 tidak lama dahulu berkata, dirinya akan mengambil tempoh masa kurang dari setahun ini untuk mempersiapkan diri sebelum bergelar seorang suami.
Biarpun umum mengetahui Atiq mempunyai latar belakang pendidikan dalam aliran keagamaan sewaktu di bangku sekolah, Atiq merasakan banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki olehnya untuk melangkah ke fasa alam rumah tangga.
“Seperti pasangan lain, kami akan menggunakan tempoh ini untuk melakukan persiapan majlis. Tetapi bagi saya sendiri, saya akan mengambil masa ini untuk memperbaiki diri.
“Perangai lama saya kenalah diubah sebab kita hendak bergelar seorang suami dan perlu bertanggungjawab terhadap isteri nanti. Tak boleh nak seronok-seronok macam dulu. Kena fikir dahulu akibat kepada setiap perbuatan kita.
“Saya pun perlu belajar tentang cara menguruskan diri dari segi menjadi seorang yang adil, penyabar dan bijak menguruskan soal kewangan keluarga,” katanya.
Dalam pada itu, Atiq menyifatkan sekarang adalah waktu yang tepat untuknya bergelar seorang suami. Tampil lebih matang berbanding dahulu, Atiq enggan memberi terlalu banyak tekanan terhadap dirinya dan pasangan dalam melakukan persiapan perkahwinan.
Sebaliknya, adalah lebih baik menurutnya untuk mengambil langkah satu-persatu agar segalanya berjalan secara lancar.
Tragedi yang meragut hampir 200 nyawa pada hujung minggu pesta Halloween di Itaewon, Seoul baru-baru ini masih mengejutkan penduduk dunia.
Tatkala orang lain mencaturkan spekulasi di sebalik kejadian demikian, hakikatnya hanya
mereka yang berada di kawasan tersebut yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Ini termasuklah pelakon Korea, Yoon Hong-bin yang merupakan salah satu saksi di sana.
Yoon Hong-bin
Katanya dalam satu hantaran yang kini telahpun dipadamkan daripada akaun media sosialnya, dia dapat merasakan dan melihat petanda-petanda kecil bahaw sesuatu yang teruk akan berlaku di situ.
Pelakon drama My Love, My Family itu memaklumkan dirinya berada di sebuah bar yang terletak di Itaewon untuk meraikan pesta Halloween untuk kali pertama dalam hidup. Siapa sangka, yang pertama itu juga mungkin sekali menjadi yang terakhir buatnya sekiranya tidak bernasib baik.
Sumber Foto : REUTERS
“Semalam saya menyaksikan bencana di hadapan mata sendiri. Sewaktu keadaan kelam-kabut itu, saya terdengar orang ramai menjerit agar tidak menolak sesama mereka. Manakala anggota polis yang ditempatkan di jalan raya utama sahaja.
“Sewaktu saya keluar dari bar sebentar untuk merokok, saya melihat mangsa dikejarkan ke dalam ambulans dan beberapa lagi mangsa lain dibaringkan pada jalan agar CPR (rawatan Cardiopulmonary Resuscitation) boleh dilakukan ke atas mereka,” catat pelakon berusia 28 tahun itu.
Tidak sekadar berdiri di tepi sebagai pemerhati, Hong-bin juga berkata dia sempat melakukan CPR kepada seorang mangsa pesta yang cedera selama 20 minit sambil teman wanita mangsa mengurut kaki dan lengan mangsa agar dia kembali sedar.
“Orang ramai sedang menangis dan memohon agar mangsa-mangsa di situ kembali sedar tetapi hanya seorang sahaja mangsa di situ yang diselamatkan. Malangnya, mangsa yang cuba dibantu oleh saya tidak dapat diselamatkan,” kesalnya.
Tambah Hong-bin lagi, secara logiknya, tragedi sebegini boleh dielakkan dan jumlah mangsa juga tidak seharusnya mencecah angka seramai yang direkodkan. Bagaimanapun, dengan kekurangan jumlah pegawai polis di kawasan kejadian, keadaan menjadi kelam-kabut.
Untuk pengetahuan, Korea Selatan kini dalam tempoh berkabung sehingga 5 November ini seperti yang diumumkan oleh Presidennya, Yoon Suk-yeol. Manakala, hampir kesemua acara besar dan program televisyen telah ditangguhkan atau dibatalkan serta-merta untuk menghormati tragedi yang berlaku.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...