Bagi peminat Kamen Rider, sudah tentu mereka mengenali pelakon Akira Kubodera yang juga pernah membintangi siri Pretty Guardian Sailor Moon sekitar tahun 2003 dahulu.
Pelakon lelaki itu telah disahkan meninggal dunia di apartmentnya dan dipercayai akibat membunuh diri. Akira ditemui koma di kediamannya di Tokyo pada Jumaat dan disahkan mati selepas tiba di hospital.
Siasatan polis mengesahkan pelakon berusia 43 tahun itu mati akibat bunuh diri. Kematiannya ini disahkan oleh agensi pelakon itu dalam sebuah kenyataan media pada Sabtu lepas.
Menurut kenyataan itu, kematian mengejut ini membuatkan rakan serta ahli keluarganya tidak dapat menerima kenyataan. Mereka masih ingin mendapatkan maklumat sebenar kejadian dan memohon pihak media untuk tidak menganggu ahli keluarga.
Akira Kubodera dilahirkan dan dibesarkan di Tokyo. Selebriti ini ditemui oleh ejen pencarian bakal ketika dia masih belajar. Mula menjadi model pada tahun 1995 dan pada tahun 1999 dia sudah memualakan kariernya sebagai pelakon, sebelum beralih ke siri TV pada tahun 2003.
Ads
Kubodera paling dikenali dengan watak Kunzite dalam Pretty Guardian Sailor Moon, sebuah adaptasi televisyen daripada siri manga Sailor Moon.
Walau bagaimanapun, berita kematiannya ini dijadikan bahan netizen di media sosial.
Ads
Ads
Walaupun hanya mahu bergurau, rasanya tidak sesuai jika berita kematian dijadikan bahan lawak. Kita tidak tahu situasi apa yang dialami oleh si mati. Hormati keluarga mangsa.
KEJUARAAN MotoGP ialah acara berkelas dunia. Segala apa yang terlibat sama ada jentera, pelumba, pasukan dan kejuruteraan, ia diiktiraf umum sebagai sukan permotoran antara terbaik di planet Bumi sejak 1949.
Tapi korang tahu tak rupanya ada kelibat seorang mekanik anak Melayu Malaysia pertama di Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP).
Mekanik yang dimaksudkan ialah anak kelahiran Parit Buntar, Perak iaitu Habibtullah Mohamad Fuad atau lebih dikenali sebagai Habib.
Cipta Rekod Anak Tempatan Malaysia Pertama
Bertanggungjawap sebagai mekanik nombor tiga untuk pasukan RNF Racing, beliau mencipta rekod sebagai anak tempatan Malaysia pertama bertugas sebagai mekanik dalam kelas utama Kejuaraan Dunia MotoGP.
Habib dipilih disebabkan beliau merupakan individu yang bekerja keras, menepati masa, suka membantu dan kalau dibandingkan mekanik lain, dia mekanik yang bagus selepas bermula dari bawah hingga MotoGP.
Tugas Mekanik Nombor Tiga
Bukan mudah mengalas tugas sebagai mekanik ketiga, Habib perlu membantu mekanik nombor satu dan dua. Jadi, apa-apa yang berkaitan motosikal, ketiga-tiga inilah akan bertanggungjawab. Apa membezakan dua dan tiga hanyalah pengalaman.
Sebagai mekanik Melayu pertama dalam MotoGP, Habib tidak melihat masalah komunikasi sebagai batu penghalang untuk membina kerjaya cemerlang bersama pasukan RNF MotoGP Team.
Mahir Bahasa Inggeris, Sepanyol Dan Itali
Mula bersama RNF MotoGP Team musim lepas, Habibtullah, 37 tahun berkata kerjayanya menuntut beliau untuk memahami dan bertutur bukan sahaja dalam bahasa Inggeris malah bahasa Sepanyol dan Itali.
Bapa kepada tiga orang anak itu berkata ini kerana kebanyakan rakan sekerjanya di hentian pit merupakan warganegara Sepanyol dan Itali.
“Dahulu saya tak tahu langsung berbahasa Itali namun sejak tahun ini saya tahu serba sedikit memandangkan jurutera saya dari sana. Bagi Bahasa Sepanyol pula, saya sudah berinteraksi (dalam bahasa Sepanyol) selama lapan tahun memandangkan saya pernah bersama krew pasukan dari Sepanyol dalam kancah Moto2 sejak 2014,” katanya kepada pemberita pada hari terakhir Ujian Musim Sejuk MotoGP 2023.
Ditanya bagaimana mula bergelumang dalam dunia permotoran, Habib berkata beliau sememangnya dibesarkan dalam keluarga yang meminati sukan itu.
“Ayah saya merupakan pelumba motorcross, dari situ saya sudah terpengaruh dengan dunia permotoran. Saya menjadi mekanik sejak umur 14 tahun lagi dalam satu perlumbaan di Batu Tiga, Shah Alam dan dari situlah segalanya bermula,” katanya.
Beliau berkata minat dan kerjaya dalam dunia permotoran menyebabkan beliau terpaksa berkorban masa dengan keluarga kerana jadual yang padat sepanjang tahun.
“Sebanyak 21 perlumbaan perlu ditempuhi tahun ini, kalau ikutkan masa memang tak banyak bersama keluarga. Nasib baik ada teknologi panggilan video untuk ubat rindu kepada mereka,” katanya.
Nasihat Agar Tidak Berputus Asa
Habib turut berpesan agar golongan remaja dan anak muda yang berminat untuk bekerja di belakang tabir sukan permotoran, khususnya untuk berada dalam dunia MotoGP, agar tidak berputus asa dalam mengejar impian.
Mengenai cabaran musim ini, beliau mengakui masih lagi menyesuaikan diri dengan enjin Aprilia yang digunakan pasukannya musim ini berbanding Yamaha pada musim lepas.
Kesemua pelumba dan pasukan akan terlibat dalam ujian dua hari di Autodromo Internacional do Algarve, Portimao, Portugal pada 11 dan 12 Mac ini, dengan perlumbaan pertama musim 2023 berlangsung di litar sama dua minggu kemudian (24-26 Mac).
Wah, hebatlah abang Habib ni, moga kejayaan abang Habib ini memberi inspirasi kepada kita semua lagi-lagi yang meminati bidang permotoran dan dunia MotoGP.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasanya berapa tahun bagi graduan baru bekerja dapat mengumpulkan RM171,500 untuk membeli satu topeng muka emas jika gaji permulaan sekitar RM2000? Itu belum lagi menolak komitmen lain seperti hutang kereta, sewa rumah, makan dan lain lagi. Jawapannya tunggu lagi beberapa 10 tahun akan datang baru dapat kumpul jumlah tersebut.
Mungkin merasakan topeng muka diperbuat dari emas, seorang lelaki di India sanggup menghabiskan AS$40,000 (RM171,500) untuk topeng muka khas bagi melindunginya daripada koronavirus (Covid-19).
Menurut ahli perniagaan, Shankar Kurhada, 49, dari bandar Pune, topeng bersalut 60 gram emas itu mengambil masa selama lapan hari untuk dihasilkan.
“Ia ialah topeng muka yang nipis dan mempunyai liang kecil yang membolehkan saya bernafas. Saya tidak pasti sama ada ia boleh melindungi saya daripada jangkitan Covid-19, namun saya ada juga mengambil langkah berjaga-jaga yang lain,” ujarnya.
Jelas Kurhada, dia suka memakai perhiasan emas termasuk gelang tangan dan rantai yang beratnya mencecah sehingga satu kilogram.
“Saya mendapat idea selepas membaca laporan media tentang seorang lelaki memakai topeng muka diperbuat daripada perak. Orang ramai turut meminta untuk mengambil swafoto bersama saya. Mereka kagum melihat saya memakai topeng muka di pasar,” ujarnya.
Ketika ini, India telah mewajibkan pemakaian topeng muka di tempat awam sebagai usaha untuk membendung penularan Covid-19 yang telah mencatatkan kira-kira 650,000 kes jangkitan dan lebih 18,600 kematian. – AFP / Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Finalis Indonesia Idol 2021, Jemimah Cita telah pun mencetus fenomena selepas video nyanyiannya menerusi lagu Cinta Dalam Hati menjadi viral gara-gara nyanyian olahan yang menarik perhatian penonton.
Malah, ia juga turut dijadikan challenge di media sosial dengan tanda pagar #jemimahchallenge. Menariknya, ramai selebriti tidak ketinggalan untuk melakukan cabaran ini dan rata-rata daripadanya memberikan lontaran vokal yang cukup umph!
Tak percaya? Jom kita lihat himpunan video berikut:
Ha, macam mana guys? Siapa paling power? Semua pun best kan. Tak sangka nyanyian Jemimah jadi viral sampai ke negara kita. Lenggok suara dan teknik nyanyiannya yang berbeza menyanyikan lagu dari kumpulan Ungu itu menjadi antara kelebihan yang dimilikinya.
Jemimah juga sebelum ini pernah mendapat standing oviation daripada lima orang juri Indonesian Idol, Ari Lasso, Rossa, Anang, Maia Estianty dan Judika di persembahan final showcase Indonesia Idol 2021 akhir bulan lalu.
Paling best, Rossa dengan Judika pun buat sekali tau.
Langkah penyanyi rock tempatan, Yazid Lovehunters akhirnya terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) pada minggu kelima, yang berlangsung malam...