
Industri hiburan Kpop dikejutkan dengan kematian seorang bekas ahli kumpulan f (x) yang juga merupakan penghibur dan pelakon, Sulli.
Masa kematian dilaporkan sekitar pukul 4 petang waktu tempatan. Menurut pihak polis Seongnam, rakan sekerja Sulli menjumpai mayat individu tersebut di apartmennya sekitar jam 4.30 petang.

Polis kini sedang memeriksa sama ada Sulli meninggalkan nota bunuh diri dan sedang menyiasat butiran sebenar kejadian tersebut.
Buat masa ini, pihak SM Entertainment masih belum memberi maklum balas berkenaan laporan tersebut.
Gadis berusia 25 tahun ini juga menjadi cameo Hotel De Luna dan pernah mencetuskan kontroversi antaranya sering memuat naik foto tanpa memakai bra dan menjadi selebriti yang mempunyai attitude yang kurang baik.
Apa-apa pun, kita tunggu pengesahan pihak polis dan pihak pengurusan mereka.
Sumber: Koreaboo
“HARAM Dan Sebarkan Ia Juga HARAM,” PU Raihan Jelaskan Al-Quran Bukan Kitab RAMALAN Atau TILIKAN!

Kecanggihan teknologi telah merubah media dengan memperluaskan skop sebagai platform penyebar maklumat yang amat besar sehingga dapat mempengaruhi tingkah laku masyarakat.
Perkembangan teknologi komunikasi dan media membolehkan ilmu pengetahuan dan budaya dikongsi oleh manusia sejagat. Tapi yang tak seronoknya bila ada ‘keyboard warriors’ yang dengan sewenang-wenangnya menyampaikan berita yang tidak betul dan netizen yang tak tahu apa hanya memanjangkan posting itu dengan satu button ‘share’ dan berita itu menjadi viral.
Lagi-lagi la bila timbul virus pandemik Covid-19 ni, semua nak dikongsikan.
Baru-baru ini bekas finalis Pencetus Ummah, Raihan Husni atau PU Raihan baru-baru ini ada memuat naik satu status tentang isu perkongsian netizen mengenai tilikan atau ramalan Covod-19 memalui Al-Quran.
Al-Quran bukan kitab RAMALAN atau TILIKAN!
Ada yang sudah mula berbicara tentang tarikh hari ini 3 April, 3 kematian baru akibat COVID-19 dan 3333 jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia.
Ada pula yang cuba berteori 3333 jumlah jangkitan dengan Ayat 33 pada surah ke-33 di dalam Al-Quran.
Mengaitkan nombor surah dan nombor ayat Al-Quran dengan jumlah jangkitan COVID-19 jelas satu penyelewengan dari kaedah sebenar penafsiran Al-Quran yang dibawa oleh para Ulama’ Mufassirin.
Takwilan ini BATIL, mempercayainya HARAM dan menyebarkannya juga HARAM.
Jawapan bagi Firman Allah SWT :
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى
“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu”
(Al-Ahzab: 33).
Yang dimaksud dengan ayat di atas hendaklah wanita supaya berdiam di rumahnya dan tidak keluar melainkan ada keperluan.
Sedangkan maksud berhias seperti tingkah laku orang Jahiliyyah adalah jika seorang wanita keluar di hadapan lelaki Ajnabi.
Antara cara berdandan wanita zaman Jahiliyyah adalah dengan menampakkan leher, anting-anting dan kalung mereka.
Yang pastinya tiada kaitan langsung dengan COVID-19, apatah lagi PKP!
So korang jangan la sesedap nak tekan butang share kalau tak tahu betul atau tidak berita itu, takut-takut jatuh haram dan dapat dosa kering je. huhu
Majikan TAK BOLEH Beri Pekerja “Unpaid Leave” Di Bawah Akta Kerja 1955, Peguam Ajar Cara Nak Buat Kalau Kena

Wabak coronavirus yang dikategorikan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakibatkan kebanyakan negara terjejas. Tidak hanya dari aspek kesihatan tetapi juga membawa kepada kemelesetan ekonomi apabila sekatan perjalanan dikeluarkan.
Apabila ekonomi tidak mampu berkembang seperti biasa, harga minyak mentah yang semakin hari semakin menurun mencetuskan kebimbangan wujudnya kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi yang besar. Malah Bank Dunia pada satu sidang media baru ini meramalkan 11 juta penduduk di Asia Timur dan Pasifik jatuh miskin akibat kesan COVID-19 ini.
Bila sebut soal ekonomi, kita pasti terbayang soal gaji bagi pekerja makan gaji. Kalau syarikat tidak berupaya beroperasi seperti biasa kerana wabak COVID-19 ini, ada syarikat mengambil pendekatan memotong gaji pekerja, memotong elaun, memberi cuti tanpa gaji, bekerja dari rumah dan paling menyedihkan dibuang kerja terus. Sekali gus mengakibatkan pekerja hilang pendapatan.
Bagi pekerja yang terpilih, mereka pasti susah hati. Mana mahu bayar hutang bank terutama melibatkan pembelian rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya. Itu belum lagi tuntutan hutang lain yang mungkin membebankan individu berhutang.

REMAJA menemuramah peguam, Mohamad Nasruddin Ab Rahman, 26 tahun dari Baharuddin Ali & Co mengenai hak pekerja.
Apakah tindakan dan hak pekerja jika nama mereka tersenarai dalam pemotongan gaji, memberi cuti tanpa gaji atau memaksa pekerja mengambil cuti tahunan dan sebagainya lagi kerana syarikat mahu melakukan penjimatan.
Adakah boleh pekerja dikenakan unpaid leave (cuti tanpa gaji), bolehkah gaji pekerja dipotong tanpa persetujuan pekerja dan lain-lain isu.
Pekerja terbahagi kepada 2 iaitu dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 Atau Di Bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
Sebelum membincangkan lebih jauh, korang kena tahu korang dalam kategori apa. Ini paling penting kerana kategori pekerja terbahagi kepada dua.
Menurut Mohamad Nasruddin, bagi mana-mana pekerja DI BAWAH GAJI RM2000 (gaji basic), pekerja manual (bergaji hari), mereka ini secara automatik dilindungi oleh Akta Kerja 1955.
“Maksudnya di sini kalau pekerja kena tindakan pemotongan gaji, diberi unpaid leave ataupun diberhentikan tanpa menerima faedah penamatan yang mana pekerja rasa DIRINYA DIANIAYA, pekerja boleh buat laporan ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk tindakan diambil kepada majikan. Kes kemudian akan dibicarakan di Mahkamah Buruh yang mana dalam kebanyakan kes kami kendalikan, kes banyak berpihak pada pekerja.
“Proses daripada laporan ke JTK hingga dirujuk ke Mahkamah Buruh akan mengambil masa selama berbulan juga. Di Mahkamah Buruh, pekerja perlu mengemukakan bukti kukuh, bukti surat diberhentikan kerja, diberi notis pemotongan gaji dan sebagainya kerana pekerja tertakluk di bawah kontrak perkhidmatan di mana kegagalan majikan membayar gaji penuh seperti termaktub dalam perjanjian kontrak kerja adalah satu kesalahan,” katanya memulakan perbualan.

Bagaimana dengan pekerja bergaji atas RM2000?
Bagi pekerja gaji atas RM2000, Mohamad Nasruddin menjelaskan pekerja tidak dilindungi secara automatik di bawah Akta Kerja 1955 tetapi Akta Perhubungan Perusahaan 1967 boleh membantu pekerja yang teraniaya, tetapi untuk kes pembuangan kerja secara tidak adil sahaja yang mana sebarang laporan perlu dibuat di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP). Tiada had minimum gaji untuk laporan ke JPP.
“Untuk isu-isu seperti pemotongan gaji atau pemberian unpaid leave, pekerja bergaji lebih daripada RM2000 boleh membuat laporan ke JTK sekiranya laporan tersebut dibuat di bawah Seksyen 69B Akta Kerja 1955 yang memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah JTK untuk mendengar aduan pekerja bergaji atas RM2000 tetapi tidak lebih dari RM5000.
Selain itu, pekerja bergaji RM 2000 ke atas juga mempunyai pilihan untuk membawa isu pemotongan gaji oleh pekerja ke Mahkamah Sivil. Pekerja boleh buat tuntutan dan kes akan didengari oleh Hakim Mahkamah Sivil,” katanya lagi.
Tapi apa yang paling utama, tak kira gaji bawah RM2000 atau gaji atas RM2000, MAJIKAN TIDAK BOLEH MEMBERIKAN UNPAID LEAVE KEPADA PEKERJA. Ini fakta kita kena tahu kerana pekerja ada hak mereka di samping majikan ada hak mereka juga,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, bukan saja tak boleh beri Unpaid Leave (cuti tanpa gaji) tapi majikan juga tak boleh potong gaji dan tak boleh memberhentikan pekerja sesuka hati tanpa alasan munasabah.
Kalau time COVID-19 ini majikan kata nak potong gaji atau Unpaid Leave kita bagaimana nak buat?
Mohamad Nasruddin menjelaskan seandainya majikan memberi notis kita tidak diberi gaji selama beberapa bulan mengikut situasi wabak COVID-19, paling penting PEKERJA JANGAN TANDATANGAN SURAT dalam masa terpantas.
“Maksud saya di sini, bukan sign terus sebaliknya ambil masa sedikit. Pertama bila tahu nama mereka tersenarai, pekerja harus menghantar Whatsapp kepada majikan bertanya kenapa nama mereka tersenarai dalam ramai-ramai pekerja syarikat. Minta majikan senaraikan apa kekurangan pekerja dan sebab mengapa mereka dipilih. Kalau tak guna Whatsapp, hantar emel kepada syarikat dan minta penjelasan ini.
Kenapa ini harus dilakukan? Nanti tak tandatangan pun majikan boleh amik tindakan?
Kata Mohamad Nasruddin, kiriman WhatsApp dan emel itu adalah bukti bahawa satu perbualan telah dilakukan antara pekerja dan majikan. Dan ia adalah bukti di mahkamah kelak sekiranya perkara ini dibawa oleh pekerja,” katanya memaklumkan hal ini.
Masa yang sama, pekerja juga harus menghubungi JTK (khususnya gaji di bawah RM2000 dan tidak melebihi RM 5000) untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung hal ini. Bagi mereka yang bergaji di atas RM2000, pihak JPP memang ada peruntukan iaitu bagi kes pembuangan pekerja secara tidak adil sahaja untuk kes didengari.
Jelasnya lagi, ada sesetengah majikan menggunakan “bentuk ugutan” seperti tak sign berhenti kerja saja tapi andai berlaku hal ini, “ugutan” itu juga bukti kita boleh menyaman majikan atas dasar pembuangan kerja secara konstruktif di Mahkamah Buruh.
Jelasnya lagi banyak pekerja tidak mengetahui hak mereka secara jelas kerana mereka tidak peka isu. Namun hanya menyedarinya apabila diberhentikan kerja.
Program subsidi Upah RM600
Ketika PKP dilakukan, kerajaan memperkenalkan Program Subsidi Upah kepada majikan dengan syarat majikan yang membuat permohonan tidak boleh memberhentikan pekerja dalam tempoh enam bulan lamanya seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru ini.
Menurut Mohamad Nasruddin, antara pertanyaan yang banyak diajukan oleh orang awam adalah mengenai Program Subsidi Upah yang mana bolehkah gaji mereka dipotong beberapa peratus dari gaji asal.
Adakah majikan boleh memotong gaji pekerja selepas pemohonan Program Subsidi Upah diluluskan oleh pihak kerajaan?
“Jawapannya TIDAK BOLEH. Apa yang kita kena tahu ialah Program Subsidi Upah yang ditawarkan oleh pihak kerajaan bertindak sebagai bantuan kepada majikan untuk meneruskan operasi harian dan masa yang sama mengelakkan pekerja hilang punca pendapatan khususnya golongan B40.
“ Majikan yang mana permohonan telah diluluskan tidak boleh membuang pekerja, memotong gaji ataupun memberi cuti tanpa gaji (unpaid leave) kepada pekerja (berpendapatan RM 4000 ke bawah), lebih-lebih lagi pekerja yang tersenarai dalam Program Subsidi Upah yang dimohon. Gaji perlu dibayar penuh kepada pekerja,” katanya mengakhiri perbualan.
Note : Pihak kami meminta maaf di atas kekeliruan artikel mengenai Program Subsidi Upah yang disiarkan semalam yang menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Artikel sudah diperbetul dan diperincikan semula.
Budak U Mulakan Pengajian 1 Julai Ini, KPT Umumkan Kemasukan Pelajar Sesi 2020/2021

Jika ramai yang tertanya-tanya bilakah sesi pengajian baru akan dimulakan di sebalik sesi persekolahan yang belum diketahui, Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan akhbar hari ini mengumumkan kemasukan pelajar baru akan dimulakan bermula 1 Julai ini.
Mesyuarat khas Menteri-menteri mengenai perlaksaan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 16 Mei 2020 telah meluluskan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan pengendalian aktiviti akademik di kampus institusi pendidikan tinggi (IPT) semasa dan pasca PKP.
KPT ingin memaklumkan bahawa semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020.
Semua aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan.
Walau bagaimana pun, pengecualian diberikan kepada 5 kategori pelajar berkeperluan untuk pulang ke kampus secara berperingkat bagi melaksanakan PdP seperti berikut.
Dengan Serta Merta
- Pelajar pasca siswazah mod penyelidikan di universiti awam dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) diberikan kebenaran menyambung penyelidikan dengan kadar segera. Kelonggaran ini hanya dibenarkan kepada pelajar yang berkeperluan hadir secara fizikal ke makmal, bengkel, studio reka bentuk atau memerlukan peralatan khusus bagi menjalankan penyelidikan.
Tertakluk kepada tarikh penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
- Pelajar semesta/ tahun akhir bagi pengajian di peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda yang perlu melaksanakan kerja-kerja klinikal, latih amal, makmal, bengkel, studio reka bentuk, praktikal atau yang memerlukan peralatan khusus.
Pelajar dalam kategori ini dibenarkan untuk melaksanakan PdP di kampus seawal 1 Julai 2020.
- Pelajar semesta /tahun akhir yang tidak mempunyai akses yang diperlukan dan persekitaran yang tak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian. Pelajar kategori ini dibenarkan untuk pulang ke kampus seawal 1 Julai 2020 dan menggunakan infra struktur di kampus bagi PdP secara dalam talian.
- Pelajar berkeperluan khas yang mengikuti program pendidikan dan Latihan teknikal dan vokasional (TVET) di Politeknik dan Kolej Komuniti yang perlu dapat bimbingan secara bersemuka bagi melaksanakan PdP kerana masalah pembelajaran adalah dibenarkan seawal 1 Ogos 2020.
- Bagi sesi akademik 2020/2021 di semua Universiti Awam, Institutsi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti bagi kemasukan ke peringkat sijil, asasi dan diploma untuk lepasan SPM serta kemasukan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi lepas STPM dan setaraf.
Kemasukan pelajar adalah secara berperingkat seperti berikut.
- Kemasukan pelajar sijil dan diploma, Politeknik serta Kolej Komuniti seawal 1 Julai 2020.
- Kemasukan pelajar asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda di IPTS seawall 1 Julai 2020
- Kemasukan pelajar asasi dan diploma di Universiti awam, seawal 1 Ogos 2020 dan
- Kemasukan pelajar ijazah sarjana dan pasca siswazah MOD,penyelidikan di university awam dan IPTS seawall 1 Oktober 2020.