
Industri hiburan Kpop dikejutkan dengan kematian seorang bekas ahli kumpulan f (x) yang juga merupakan penghibur dan pelakon, Sulli.
Masa kematian dilaporkan sekitar pukul 4 petang waktu tempatan. Menurut pihak polis Seongnam, rakan sekerja Sulli menjumpai mayat individu tersebut di apartmennya sekitar jam 4.30 petang.

Polis kini sedang memeriksa sama ada Sulli meninggalkan nota bunuh diri dan sedang menyiasat butiran sebenar kejadian tersebut.
Buat masa ini, pihak SM Entertainment masih belum memberi maklum balas berkenaan laporan tersebut.
Gadis berusia 25 tahun ini juga menjadi cameo Hotel De Luna dan pernah mencetuskan kontroversi antaranya sering memuat naik foto tanpa memakai bra dan menjadi selebriti yang mempunyai attitude yang kurang baik.
Apa-apa pun, kita tunggu pengesahan pihak polis dan pihak pengurusan mereka.
Sumber: Koreaboo
Tuai Emas Kedua Peribadi, Catatan Sawda Hasbullah Disahkan Rekod Remaja Dunia

Terbaru, pelumba basikal trek yang semakin meningkat naik Sawda Hasbullah terus melakar sejarah tersendiri apabila meraih emas peribadi keduanya dengan mengungguli acara pecut remaja wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 di Velodrom Nasional, Nilai pada Selasa.
Dalam pada itu, Sawda memastikan emas miliknya selepas menewaskan pelumba Korea Selatan, Park Hye Rin dengan keputusan 2-0 di pentas final.
Pada Ahad lalu, Sawda mencipta sensasi apabila memecahkan rekod remaja wanita Asia yang juga rekod dunia dalam acara 1 kilometer (km) ujian masa, sekaligus menghadiahkan emas pertama buat skuad berbasikal trek remaja negara di ATC 2025.
“Saya terlepas peluang meraih emas dalam acara pecut berpasukan dan keirin, jadi saya berusaha sebaik mungkin dalam acara pecut hari ini”
“Apa pun, saya sangat berpuas hati dengan penampilan saya di ATC,” katanya, yang turut meraih pingat perak menerusi acara pecut berpasukan wanita.
Pencapaian di ATC kali ini menjadikan Sawda sebagai atlet wanita pertama dalam kategori remaja yang berjaya menghadiahkan pingat buat Malaysia sepanjang penyertaan dalam kejohanan kompetitif itu.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jom Pit Stop di 5 Stesen MRT Ini Sempena Hari Kemerdekaan Ke 60

Isi Kandungan
ToggleWalaupun kebanyakan daripada kita masih belum melepasi usia suku abad, tetapi masih ramai di kalangan remaja yang boleh menghargai sejarah kemerdekaan Malaysia.
Kudos!
Namun, apabila penulis bertanyakan kepada mereka apa perancangan mereka untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 60 esok, ramai yang sekadar menjawab, “Aku nak tidur je lah dekat rumah, penat!” atau lebih teruk, “Alah, itulah gunanya siaran langsung di televisyen. Duduk rumah, tengok TV.”
Tsk, tsk. Janganlah macam tu. Tak semestinya korang perlu berhimpun di Dataran Merdeka esok. Ada banyak lagi cara untuk korang menyambut Hari Kemerdekaan. Contohnya seperti mencuba sistem perkhidmatan awam baru, Mass Rapid Transit atau MRT yang baru beroperasi sejak awal bulan lalu.
Tapi, apa destinasi yang best untuk korang tuju?
Stesen MRT Merdeka
Terletak berdekatan dengan Stadium Merdeka, ia merupakan port terbaik untuk korang mengimbas kembali sejarah kemerdekaan negara. Disebabkan ia cukup bersejarah, rekaan untuk stesen MRT Merdeka ini juga disiapkan khas bersempena peristiwa 31 Ogos 1957.
Selain daripada kalimah rukun negara yang disusun pada dinding stesen MRT Merdeka, terdapat juga rekaan ‘recess and relief’ yang membentuk Jalur Gemilang. Seriously, this is so Instagram worthy!


Berdekatan dengan stesen MRT Merdeka adalah bangunan-bangunan publik seperti Masjid Al-Bukhary, YMCA, bangunan Persatuan Bola Keranjang Malaysia dan sudah tentu, stadium Merdeka.
Psst, selepas ini tak perlulah lagi korang berebut tempat parkir kereta jika ingin menonton konsert live di sini. Hehe..
Stesen MRT Muzium Negara


Siapa lagi dah pernah merentasi jalan raya ke stesen MRT Muzium Negara ni? Korang sebenarnya boleh berjalan kaki di laluan bawah tanah dari KL Sentral ke sini.
Bukan selalu kita menyambut Hari Kemerdekaan. Jadi tak salah untuk kita meluangkan masa dan melawat Muzium Negara esok. Sekarang ini, Muzium Negara sedang menganjurkan Pameran Kuala Lumpur 2017 sempena Sukan SEA 2017. Dapatlah korang sedikit sebanyak mempelajari sejarah sukan dan atlet terkemuka Malaysia satu masa dulu.
Stesen MRT Mutiara Damansara

Memang dekat sangat stesen MRT ini dengan bangunan Curve dan IKEA yang terletak bersebelahan. Tapi kalau korang teringin untuk ke Sunway Giza atau The Strand Kota Damansara, banyak saja kenderaan teksi, Grab, Uber dan bas Rapid KL yang boleh korang naiki.
Istimewanya di sini, sempena kehangatan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 ini, stesen MRT Mutiara Damansara membuat gimik trek larian di hadapan pintu masuk tren. Ramai jugalah yang sudah memuat naik video parodi atlet lari pecut di sini.


Korang bila nak buat? Jom buat video slow-mo esok sempena Hari Kemerdekaan!
Stesen MRT Cochrane

Rekaan di bahagian atas stesen ini kelihatan seperti struktur muzium Louvre di Paris.
Stesen MRT Cochrane mengambil nama sempena Jalan Cochrane. Jalan bersejarah ini pula mengdaptasi nama bekas Ketua Setiausaha Negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu Charles Walter Hamilton Cochrane.
Dari stesen ini, korang boleh berjalan kaki kurang 10 minit saja untuk menuju ke MyTown Shopping Mall dan IKEA Cheras. Tak perlulah lagi untuk berebut parking di IKEA esok. Gerenti ramai orang!
Fun facts! Korang tau tak, walaupun ramai orang yang menyebut nama stesen ini sebagai ‘ko-kren’, sebutannya yang betul ialah ‘koc-ren’
Stesen MRT Semantan
Walaupun stesen MRT ini tidaklah sepopular 4 stesen MRT di atas, namun ia adalah stesen yang wajib korang tahu kewujudannya jika korang ingin ke Publika, Mont Kiara.

Haaa, baru nak ambil tahu kan. Daripada stesen MRT Semantan ini, korang boleh menaiki bas Rapid KL T821 menuju ke Publika atau Mahkhamah Tinggi Kuala Lumpur.
Selain daripada itu, korang juga boleh menuju ke Bandar Utama dari stesen ini dengan menaiki bas Rapid KL 800.

So guys, what else are you waiting for? Jangan bazirkan cuti Hari Kemerdekaan korang dengan tidur saja di rumah dari pagi hingga ke petang. Ambil peluang menaiki sendiri perkhidmatan MRT untuk ke destinasi yang disebut di atas.
Pada kesempatan ini, REMAJA juga nak mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada korang semua! Semoga setelah 60 tahun kita merdeka daripada penjajahan kuasa asing, minda dan mentaliti kita juga merdeka daripada sebarang pengaruh negatif yang mencemarkan diri, negara dan bangsa.
“Rindu Memanglah Rindu, Tapi..” Ramai Setuju Bazar Ramadan 2020 Dibatalkan?

Tradisi Bazar Ramadan di seluruh negara sudah sebati dengan rakyat Malaysia pada setiap tahun.
Tak kiralah latar belakang, peringkat umur dan bangsa, kita semua pasti akan mengerumuninya setiap kali tiba bulan Ramadan untuk mendapatkan makanan yang sukar dijumpai pada bulan-bulan lain.
Namun persoalannya, dengan situasi semasa wabak Covid-19, adakah wajar jika bazar Ramadan diteruskan pada tahun ini?
*
Semalam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata mereka sedang ‘memikirkan’ kaedah baru untuk menggantukan bazar Ramadan di Kuala Lumpur.
Kata beliau, walaupun ada negeri seperti Terengganu yang memansuhkan bazar Ramadan fizikal pada tahun ini, situasi di Kuala Lumpur adalah berbeza.
“Kita tahu, bazar Ramadan konvensional seperti sebelum ini tidak dibenarkan beroperasi di Kuala Lumpur kerana wabak. Tetapi kita masih akan memikirkan cara yang sesuai kerana ia merupakan satu keperluaan di sini (Kuala Lumpur).
“Penduduk di bandar yang bekerja amat bergantung kepada makanan sedia dimakan ketika berbuka puasa.
“Kita masihh ada masa lagi untuk fikirkan cara bagi memenuhi permintaan (bazar Ramadan) tanpa melanggari kawalan kesihatan,” kata beliau lagi.
Betul lah tu. Sekiranya bazar Ramadan dilaksanakan, ia perlu selari dengan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membendung penularan Covid019. Antaranya, perlulah ada sistem untuk mengekalkan jarak 1 meter di antara pengunjung dan soal kebersihan perlu dijadikan keutamaan.
*
Sementara itu, tinjauan REMAJA di media sosial pula mendapati netizen rata-rata lebih rela sekiranya bazar Ramadan pada tahun ini dibatalkan. Mereka berpendapat perlaksaan bazar Ramadan hanya akan mensia-siakan usaha Perintah Kawalan Pergerakan selama 28 hari dan memungkinkan berlakunya gelombang Covid-19 ketiga.
“Rindu tu memanglah rindu, tetapi saya lebih pentingkan kesihatan diri sendiri. Saya lebih rela beli secara online, harapnya ramai pengusaha makanan pada bulan Ramadan akan menjualnya secara online & melakukan penghantaran,” kata salah seorang pengguna Twitter.
Betul juga. Walaupun kita mungkin menjaga jarak di antara pengunjung, kita tidak boleh ‘assume’ bahawa pengunjung lain akan melakukan tindakan yang sama. Lihat sajalah keadaan bazar Ramadan pada setiap tahun, sesak!
Apa pendapat korang?