Bintang Korea Sulli Ditemui Mati, SM Entertainment Masih Belum Beri Kenyataan Rasmi

Share

Industri hiburan Kpop dikejutkan dengan kematian seorang bekas ahli kumpulan f (x) yang juga merupakan penghibur dan pelakon, Sulli.

Masa kematian dilaporkan sekitar pukul 4 petang waktu tempatan. Menurut pihak polis Seongnam, rakan sekerja Sulli menjumpai mayat individu tersebut di apartmennya sekitar jam 4.30 petang.

Polis kini sedang memeriksa sama ada Sulli meninggalkan nota bunuh diri dan sedang menyiasat butiran sebenar kejadian tersebut.

Buat masa ini, pihak SM Entertainment masih belum memberi maklum balas berkenaan laporan tersebut.

Gadis berusia 25 tahun ini juga menjadi cameo Hotel De Luna dan pernah mencetuskan kontroversi antaranya sering memuat naik foto tanpa memakai bra dan menjadi selebriti yang mempunyai attitude yang kurang baik.

Apa-apa pun, kita tunggu pengesahan pihak polis dan pihak pengurusan mereka.

Sumber: Koreaboo

Published by
Noor Ain Norman