Pelumba basikal junior negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri kini dianggap permata dalam pembikinan rentetan kejayaannya. Terbaru, pelumba cilik kelahiran Sungai Petani, Kedah ini mencipta detik sejarah negara apabila memenangi pingat emas acara 500 meter ujian masa pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di New Delhi, semalam.
Menariknya, Remaja berusia 19 tahun itu mencatat nama sebagai pelumba wanita Malaysia pertama memenangi emas di kejohanan itu apabila melakarkan catatan masa 35.499 saat (s) di Velodrom Kompleks Indira Gandhi, New Delhi.
Pencabar terdekat Kim Bomi dari Korea Selatan berada di kedudukan kedua dengan catatan masa 36.374s manakala wakil tuan rumah, Mayuri Dhanaraj di tempat ketiga dengan masa 36.481s, menurut laman rasmi kejohanan www.atcc2022.com.
Ads
Sementara itu, pelumba Olimpik, Muhammad Shah Firdaus Shahrom meraih pingat perak dalam acara akhir keirin lelaki selepas tumpas kepada pelumba Jepun, Kohei Teraski manakala pingat gangsa menjadi milik pelumba Kazakhstan, Sergey Ponomaryov.
Seorang lagi pelumba keirin negara, Fadhli Zonis hanya mampu mengakhiri saingan di tempat ketujuh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beberapa minggu lalu dunia sukan asia digemparkan dengan kisah transisi gender seorang bekas pemain bola tampar wanita kebangsaan Indonesia, Aprilia Santini Manganang yang telah disahkan sebagai seorang lelaki susulan keadaan kongenital yang jarang berlaku yang dikenali dengan nama Hipospadia
Kini Mahkamah daerah Tandano di wilayah Sulawesi Utara telah memutuskan permohonan yang dibuat oleh Sarjan Kedua Aprilia Santini Manganang untuk menukar namanya kepada nama lelaki diluluskan. Nama baru yang dipilihnya ialah Aprilio Perkasa Manganang.
Keputusan itu telah diputuskan oleh hakim Nova Loura Sasube. Dalam laporan Tribun News, menariknya nama tersebut telah diberikan oleh isteri kepada ketuanya, Diah Erwiany yang merupakan isteri kepada Kepala Staf Angkatan Darat (KSAD) Andika Perkasa.
Ketika menyampaikan nama baru itu kepada Aprilia, Diah tidak dapat menahan tangisan kerana nama yang diberikan itu seolah-olah doa tulus dari hatinya sebagai seorang ibu. Dia juga meminta suaminya untuk mendidik Aprilia menjadi lelaki yang bertanggungjawab sesuai dengan jantina barunya itu.
Kini dikenali sepenuhnya dengan nama Aprilio Perkasa Manganang, jejaka berusia 28 tahun ini sudah boleh tersenyum dengan jantina barunya yang sepadan dengan fizikal dan susuk tubuhnya yang kekar.
Nampaknya usaha seorang remaja yang mendaftarkan diri dalam Twt Jodoh@TwtCariJodoh yang tular di kalangan warga twitter seminggu ini sudah menarik minat seorang remaja sekolah, menggunakan nama nick nama eyyel, berusia 14 tahun untuk turut sama mencari jodoh. Lebih tak tahan, dengan pekerjaan sebagai KETUA RUMAH HIJAU DAN JUGA KETUA TINGKATAN, eyyel atau nama twitternya, @soyadanial begitu sempoi membalas tweet akak-akak dan abang-abang yang berjenaka dengannya.
REMAJA tidak pasti sama ada Eyyel faham atau tidak web mencari jodoh ini atau remaja berusia 14 tahun ini sekadar suka-suka memasuki tweet berkenaan. Tapi nampaknya “usahanya” mencari jodoh buat warga twitter lain memuji semangatnya. Ada yang menyuruhnya menghabiskan sekolah dahulu, membantu ibu bapa apabila sudah dewasa dan macam-macam nasihat diberikan untuk masanya yang masih panjang. Ada yang menyuruhnya besar dahulu sebelum mereka menyambut cintanya. Lebih tak tahan, bila ada yang memberi komen tentang baju kemejanya yang kelihatan sama seperti milik bapanya, Eyyel membalas tweet berkenaan dengan memaklumkan dia mengumpul duitnya sendiri untuk membeli baju berkenaan.
Baca jer komen-komen netizen nie, memang kelakar habis.
Nanti korang boleh tengok banyak lagi komen netizen yang begitu melayannya. tapi yang bestnya eyyel pun begitu sempoi menjawap semua tweet dari netizen. REMAJA juga doakan Eyyel dapat jodoh yang baik apabila besar nanti. Amin.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Negara kita mencatatkan jumlah kenaikan mendadak kes baharu COVID-19 baru-baru ini. Semalam, sebanyak 10,089 kes baharu COVID-19 telah dicatatkan dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,914,220 kes.sebanyak 13,215 kes positif. Ini merupakan angka kes tertinggi dicatatkan ditahun 2022 ini.
Takut pisang berbuah dua kali, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa beberapa pengumuman penting akan dibuat pada sidang media pukul 5 petang hari ini.
Beberapa pengumuman penting pada PC jam 1700hrs hari ini.
Some key Omicron updates at my weekly PC 1700hrs today. pic.twitter.com/onDvF7ZL2U
Menurutnya, sidang media itu juga adalah untuk memberi kemas kini terbaru mengenai varian Omicron yang melanda Malaysia ketika ini.
Orang ramai boleh menonton sidang media itu di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.
Malah, Khairy turut mengingatkan orang ramai menerusi kirimannya di Twitter semalam berkata Malaysia kini berdepan dengan gelombang Omicron sepenuhnya dan menggesa orang ramai termasuk warga emas untuk segera mendapatkan suntikan dos penggalak.
Mesti hal penting hendak disampaikan petang ini, apa agaknya ye.huhu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejarah tercipta di bumi Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila atlet silat negara, Thamaraj Vasudevan menjuarai kategori bebas Putera di Kejohanan Pencak Silat...