One Direction merupakan boyband terhangat yang pernah menjadi kegilaan remaja-remaja bukan sahaja di Amerika Syarikat bahkan seluruh dunia. Namun selepas berpecah pada tahun 2016, masing-masing membawa haluan sendiri dan berjaya sebagai penyanyi solo.
Terbaru, Liam mengumumkan bahawa dia sudah bertunang dengan Maya Henry yang merupakan seorang model asal Texas ketika muncul di rancangan bual bicara pagi Good Morning America. Dia berkongsi, “Kami berdua sangat-sangat gembira.”
Ads
Gosip mengenai pertunangan mereka berdua mula bersebaran apabila Maya dilihat memakai sebentuk cincin berlian ketika sedang menjamu selera bersama Liam.
Untuk pengetahuan korang.
Ads
Sebelum bertunang dengan Maya. Liam pernah memiliki hubungan dengan penyanyi, Cheryl Cole yang merupakan salah seorang juri ketika dia menyertai rancangan realiti X-Factor UK pada tahun 2010.
Menerusi hubungan tersebut, Liam memiliki seorang anak lelaki yang diberi nama Bear Grey Payne yang lahir pada tahun 2017.
Ads
***P/S – Bilalah agaknya One Direction nak buat comeback ya? Harap-harap Zayn Malik join sekali. Baru best!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengurus atau pembantu peribadi (PA) memainkan peranan amat penting dalam mengatur jadual dan merencanakan karier seni seseorang selebriti itu.
Malah, hubungan pengurus dan PA dengan artis juga sangat rapat kerana mereka boleh dilabelkan sebagai mastermind di sebalik tabir karier artis terbabit.
Justeru, tidak hairanlah, selebri Korea Selatan, Jung Hae In sanggup menunaikan impian pengurusnya dengan menghadiahkannya sebuah kereta mewah.
Hae In, 36, memberitahu hadiah sebagai tanda penghargaan kerana menjaganya dengan baik sepanjang bergelar pengurusnya.
Pelakon drama While You Were Sleeping itu juga memberitahu kenderaan dibeli itu juga adalah hadiah paling mahal pernah diberikan kepada seseorang.
“Kami telah mengharungi banyak perkara bersama dan dialah yang menjaga semua perkara berkaitan karier saya.
“Pengurus saya antara individu bersama dengan saya sejak awal kemunculan saya dalam industri seni,” katanya ketika muncul dalam program You Quiz on the Block.
Tidak hanya kereta mewah, Hae In juga turut memberi pengurusnya seutas jam tangan mewah.
Dalam pada itu, Hae In memberitahu dia memang sudah lama menyimpan hasrat memberi hadiah berkenaan kepada pengurusnya.
Malah dia pernah berazam pengurusnya menjadi orang pertama akan menerima hadiah daripadanya apabila dia sudah berjaya sebagai pelakon.
“Masa mula-mula saya bergelar pelakon, saya tiada wang dalam simpanan. Apabila dia mendapat gaji, dia akan belikan saya makanan kegemaran saya.
“Bertahun-tahun dia buat perkara sama terhadap saya malah dia banyak berkorban untuk saya.
“Saya memang berazam dia akan jadi orang pertama saya mahu belikan hadiah jika saya sudah berjaya sebagai pelakon,” katanya.
Bagus Hae In, tak lupa jasa dan kerja keras pengurusnya.
Blackpink kekal diminati dan tidak berganjak daripada radar hiburan antarabangsa.
Baru sahaja meluncurkan album kedua mereka, Born Pink pada 16 September lalu bersama-sama single kedua berjudul Shut Down, ia telah meraih sambutan hebat daripada peminat dan pendengar antarabangsa hingga berjaya mencatat sejarah tersendiri.
Sebaik menemui pendengar, baik album Born Pink mahupun trek tersebut telahpun mendominasi carta iTunes di pelbagai negara. Tambah membanggakan para Blinks, Shut Down kini menduduki tangga pertama dalam carta Global Top Songs di Spotify sekaligus menjadi lagu kedua Blackpink yang menjuarai carta selepas lagu Pink Venom, bulan lalu.
Pencapaian ini mungkin kedengaran biasa memandangkan populariti luar biasa yang dimiliki Blackpink.
Namun, ia sebenarnya telah menjadikan kumpulan yang diwakili oleh Jisoo, Rose, Jennie dan Lisa ini sebagai artis K-pop pertama yang mempunyai dua buah lagu pada kedudukan teratas dalam carta Spotify. Belum pernah kumpulan K-pop lain memiliki pencapaian seakannya sebelum ini.
Peminat Di Amerika Syarikat Melangkaui Peminat Di Korea Selatan
Menariknya, Shut Down yang distrim sekerap 6.6 juta kali pada hari pertama ia diluncurkan telah menarik perhatian luar biasa daripada para Blinks di Amerika Syarikat.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,037,386 strim hadir daripada negara Uncle Sam itu, mengatasi Korea Selatan. Ini bagaimanapun tidak bermaksud sokongan yang diterima Blackpink daripada negara asal mereka ‘suam’ semata. Cumanya, pasaran muzik pop dunia lebih meluas di Amerika Syarikat.
Di samping itu, penerimaan peminat terhadap album Born Pink juga tidak mengecewakan apabila jumlah jualan pada hari pertama ia diluncurkan melebihi jumlah sejuta! Berbanding dengan jumlah jualan album sebanyak 589,310 menerusi album sulung mereka, The Album pada tahun 2020, Born Pink telah mencatatkan jualan hampir selipat kali ganda.
Ia secara tidak langsung menjadikan Blackpink sebagai artis wanita pertama yang berjaya melakukannya. Sebelum ini, hanya kumpulan BTS dan SEVENTEEN yang pernah mencatatkan rekod jualan melebihi sejuta pada hari pertama ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali vokalis kumpulan Maroon 5 yang kacak dan berbakat, Adam Levine. Lelaki yang mendapat jolokan Sexiest Man Alive dan isterinya, Behati Prinsloo menggambarkan rumah mereka sebagai ‘magik’!
Jom lihat rumah Adam dan Behati ni, sumpah cantik gila!
Untuk info, rumah ladang yang dibeli oleh pasangan ini daripada Ben Affleck dan Jennifer Garner telah dirancang dan dibina oleh Cliff May pada akhir 1930-an.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...