
Tuah ayam nampak di kaki, tuah pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian tentunya jatuh nampak pada jumlah undian peminat.
Tahun 2020 nampaknya menjadi milik penyanyi ‘Adlina Marie’, Haqiem Rusli apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular untuk edisi kali ini.
Anugerah itu diterima Haqiem daripada Dato’ Rosyam Nor setelah dia membawa pulang kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiomi Malaysia dan Lagu Paling Boom Popular, terlebih dahulu malam ini.
Dengan undian sebanyak 22,332,676, Haqiem menzahirnya rasa syukur kepada Allah SWT di atas rezeki ini.
ARTIKEL BERKAITAN: “Reward Yourself..” Haqiem Rusli Beli Kereta Premium Pada Usia 22 Tahun
“Allahuakbar. Terima kasih kepada famili saya. Mak abah yang sedang tengok (di rumah). Qiem harap mak abah berbangga dengan Qiem.
“Terima kasih kepada TV3, Berita Harian, FMC dan Qiemillio (kelab peminat) yang terus mengundi Haqiem. Terima kasih kepada sahabat-sahabat saya. Assalamualaikum.
Dengan kemenangan ini, Haqiem menerima sebuah kereta model Nissan Leaf dan sebuah trofi.
BACA LAGI: Siapakah Isyariana, Artis Wanita Baharu Popular
Daripada ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’, Kini Mulan Jameela Cantik Berhijab

Siapa yang tidak kenal dengan pelantun suara 'Makhluk Tuhan Paling Seksi' Mulan Jameela yang merupakan selebriti kelahiran negara jiran kita, Indonesia.
Kalau dulu kita semua sedia maklum bagaimana penampilannya sebelum ini, tapi tidak perlulah diungkit semula kerana kini Mulan sudah pun berhijrah dan tampil dengan imej berhijab.
Cantik sungguh bila personaliti ini berpakaian sempurna menutup aurat. Terbukti bahawa tidak mustahil untuk seseorang individu itu berubah menjadi lebih baik.
Penghijrahan selebriti Indonesia ini mendapat perhatian oleh seorang pensyarah yang memberi pandangannya terhadap perubahan positif yang dilakukan oleh Mulan Jameela.
Menurut Avana Fatni SyukurLee, ada 8 perkara yang kita semua boleh belajar daripada kisah hidup Mulan dan antaranya adalah seperti berikut:
1. Hidayah itu milik Allah
2. Jangan cepat menghina dan menghukum peribadi orang yang mungkin tidak sealim anda
3. Iman itu boleh turun dan naik
4. Wanita berhijab, tertutup itu lebih indah berbanding yang terbuka
5. Lebih banyak ilmu agama dipelajari, lebih banyak keinsafan. Dia mendalami ilmu agama
6. Pilih kawan yang menuju ke syurga bukan neraka. Dia memilih untuk bersahabat pada yang membimbing ke syurga
7. Hijrahnya dengan meninggalkan apa yang dia suka buat sebagai artis
8. Beri peluang untuk siapa pun berubah
Kesimpulannya, semua manusia boleh berubah. Jangan pernah sesekali kita memandang rendah dengan peribadi orang lain kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian harinya.
Sungguh, hidayah itu milik Allah. Sebagai hambanya kita sentiasa perlu berdoa agar dibukakan jalan kebaikan dalam kehidupan seharian.
Moga kekal istiqamah, insyaAllah!
6 Filem & Drama Korea Yang Pernah Diadaptasi Ke Layar Hollywood

Isi Kandungan
ToggleFilem atau drama adaptasi sudah tidak asing lagi buat penonton di rumah kerana sememangnya genre nukilan ini mendapat sambutan ramai. Bukan hanya di negara kita, trend adaptasi ini juga popular di seluruh dunia.
Filem dan drama Korea tidak terkecuali diangkat menjadi naskhah adaptasi dan apa yang menariknya, industri di Hollywood juga turut mengadaptasi hasil drama-drama dan filem mereka sebagai hiburan di kaca tv. Tidak dinafikan karya hiburan Korea antara yang terbaik, buktinya ia menjadi pilihan peminat di seluruh dunia.
Berikut kami senaraikan antara filem dan drama Korea yang diadaptasi kepada versi Hollywood. Check this out!
Good Doctor/The Good Doctor
Good Doctor merupakan drama Korea yang bergenre perubatan, dibintangi oleh Joo Won dan Moon Chae Won. Drama ini kemudiannya diadapatasi kepada versi Hollywood dengan judul The Good Doctor.
My Sassy Girl
Filem ini popular sekitar tahun 2001 dan tidak hairanlah jika Fox Home Entertainment mengambil keputusan untuk mengadaptasi My Sassy Girl dengan menggunakan judul yang sama. Dibintangi oleh Jun Ju Hyun dan Cha Tae Hyun, filem ini antara komedi romantis yang paling berjaya dalam sejarah industri hiburan Korea.
II Mare/The Lake House
Filem Korea yang ditayangkan pada tahun 2000 ini telah diadaptasi oleh Hollywood dengan menukar judulnya menjadi The Lake House dan ditayangkan pada 2006. Ia mengisahkan tentang Jun Ji Hyun yang baru berpindah ke rumah baru dapat berkomunikasi dengan penghuni rumah sebelumnya. Tidak hanya memiliki jalan cerita yang romantis, filem ini juga penuh dengan misteri.
A Tale of Two Sisters/The Uninvited
Filem seram A Tale of Two Sisters ditayangkan pada 2022 dan diadaptasi menjadi The Uninvited pada tahun 2009. Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita yang mengalami kejadian aneh selepas pulang dari rumah sakit jiwa.
Old Boy
Filem thriller misteri yang ditayangkan pada 2003 ini diadaptasi 10 tahun kemudian dengan judul yang sama. Menceritakan tentang seorang suami yang tiba-tiba dituduh membunuh suaminya sendiri.
Into The Mirror/Mirrors
Nampaknya Hollywood sangat gemarkan filem atau drama yang bergenre misteri. Mirrors menceritakan tentang seorang bekas polis dan keluarganya yang menjadi sasaran kuasa jahat dengan menggunakan cermin sebagai pintu masuk ke rumah mereka.
Korang dah tonton kesemua filem dan drama adaptasi Korea ini?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kai EXO Kembali Dengan Konsert Jelajah Solo, Bakal Hangatkan Pentas Kuala Lumpur Mei Ini!

Nampaknya kali ini Malaysia tak kena skip guys!
Selepas hampir dua tahun menyepi kerana menjalani latihan perkhidmatan tentera, kini penyanyi, Kai EXO kembali dengan kejutan besar buat peminat apabila beliau mengumumkan konsert jelajah dunia KAION 2025 buat pertama kali.
Menerusi sebuah perkongsian di media sosial rasmi EXO, Kai atau nama sebenarnya Kim Jong In (31) adalah salah seorang idola K-pop yang terkenal dengan tarian paling bertenaga dan aura tersendiri menyatakan konsert jelajah itu bakal diadakan bermula Mei akan datang.
Apa yang lebih mengujakan, Kai juga akan melancarkan album mini baharu pada April, menandakan kemunculan semula solonya selepas album Rover yang meletup pada 2023 lalu.
Kai yang sebelum ini popular menerusi lagu hit seperti Mmmh, Peaches dan Rover, sudah pastinya membuatkan ramai peminat tidak sabar menunggu konsep terbaru yang bakal dibawakan oleh ‘performance king’ ini pada album akan datang.
Jelajah Konsert Solo Pertama Kai
Dalam pada itu, konsert jelajah ini akan bermula di Seoul pada 17-18 Mei di Olympic Handball Gymnasium sebelum Kai bergerak ke bandar-bandar Asia lain seperti Macau, Jakarta, Singapura, Taipei, Manila, Bangkok, Yokohama, Hong Kong dan termasuk Kuala Lumpur, Malaysia!
Sekadar info, ini merupakan konsert solo pertama secara offline sepanjang 13 tahun Kai berada dalam industri hiburan. Terdahulu, Kai pernah melangsungkan konsert solo ‘KLoor’ pada tahun 2021, namun ia hanya diadakan secara dalam talian.
Dan jangan risau sebab kali ini, korang yang peminat Kai berpeluang menyaksikan persembahan hebatnya secara face-to-face dan sudah tentu vibe dia lain macam!
Sementara itu, butiran lanjut mengenai pembelian tiket akan diumumkan dari masa ke semasa dan pastikan korang tunggu info dari media sosial rasmi EXO dan juga di aplikasi Weverse.
Pada masa yang sama, selain sibuk dengan comeback dan konsert, Kai juga bakal menjadi hos rancangan web popular berjudul ‘Changing Majors’ Musim 6 yang akan ditayangkan bermula 27 Mac ini, pada pukul 6 petang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.