Bintang Tenis Amerika Syarikat, Serena Williams Umum Bakal Bersara Demi Anak

Share

Siapa yang tak kenal dengan Serena Williams bintang tenis bertaraf dunia ini. Melihat kelincahannya beraksi di gelanggang tenis tidak pernah membuatkan kita kecewa.

ARTIKEL BERKAITAN : Siapa Bintang Tenis 18 Tahun, EMMA RADUCANU Yang Bakal Jadi Jutawan?

Namun, malangnya bintang tenis terkemuka dunia ini mengumumkan akan bersara daripada dunia tenis tidak lama lagi.

Serena Williams di Australian Open 2021. (Foto: Getty Images/Cameron Spencer)

Menurut laporan Vogue, Serena Williams memberitahu keputusannya yang mahu bersara adalah kerana ingin menambah bilangan ahli keluarganya.

Tindakannya ingin mempunyai anak lagi adalah kerana anak perempuannya, Olympia yang berusia 4 tahun itu berhasrat mahu menjadi seorang kakak.

Serena yang membesar dengan lima adik beradik perempuan menyatakan kakaknya adalah wira terhadap dirinya. Jadi memberikan Olympia seorang adik merupakan keputusan yang telah lama difikirkan oleh Serena.

Serena Williams dan anak perempuannya, Olympia. (Foto: AFP melalui Getty Images/MICHAEL BRADLEY)

Pada tahun 2017, ramai tidak menyedari bahawa ikon tenis tersebut sedang mengandung Olympia ketika perlawanan Terbuka Australia. Disebabkan usianya kini sudah 41 tahun membuatkan Serena ingin lebih fokus kepada keluarga.

Serena berkata dia dan suami sedang berusaha untuk mempunyai anak lagi. Mengikut maklumat kesihatan daripada doktor Serena menyatakan bahawa mereka boleh menambah bilangan ahli keluarga apabila sudah bersedia.

Selain memberi tumpuan kepada ahli keluarga, bintang tenis tersebut juga ingin fokus firma pelaburannya iaitu Serena Ventures. Difahamkan perlawanan Terbuka Amerika Syarikat pada tahun ini akan menjadi perlawanan terakhir Serena Williams.

Pemain tenis Serena Williams baru-baru ini tampil di muka depan majalah Vogue. Kali ini dia tidak keseorangan kerana dia bersama Olympia, anak perempuannya yang baru berusia empat tahun.

Serena Williams dan anak perempuannya, Olympia, pada majalah Vogue keluaran September 2022. (Foto: Vogue/Luis Alberto Rodriguez)

Vogue tampilkan kedua-duanya untuk edisi khas, iaitu Isu September 2022. Untuk muka depan, yang dirakam oleh jurugambar Luis Alberto Rodriguez, Serena Williams bergambar di pantai dengan gaun Balenciaga berona biru laut dan anting-anting statement

Bulgari.

Besar pengorbanan seorang ibu ni kan….huhu

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana