Baru berusia 23 tahun namun dia sudah bergelar juara dunia, dan mengungguli beberapa pertandingan tenis antarabangsa. Siapa boleh lupa kemenangannya ke atas Serena William di pertandingan US Open pada tahun 2018 yang mencetus kontroversi apabila penonton yang berada di stadium seolah-olah bersorak sinis tidak merestui kemenangan tersebut.

Kini namanya semakin bersinar dan menjadi perhatian ramai. Naomi yang merupakan anak kacukan yang mana ibunya merupakan warga jati Hokkaido, Jepun dan ayahnya pula merupakan lelaki asal dari dari daerah Jacmel, Haiti. Memiliki dua kewarganegaraan dia membesar di AS namun bertanding mewakili negara kelahirannya iaitu Jepun.

Ads
Bintang Tenis Remaja, Naomi Osaka Dipilih Sebagai Wajah Baru Louis Vuitton
Naomi bersama Nicolas Ghesquiere. Sumber gambar: Louis Vuitton

Terbaharu, bintang muda ini telah diumumkan sebagai duta baru jenama mewah Louis Vuitton. Ini merupakan kali pertama Naomi menjadi wajah kepada jenama mewah dan dia akan menghiasi kempen musim bunga/panas 2021 Louis Vuitton oleh pereka fesyen Perancis dan juga Pengarah Kreatif jenama tersebut, Nicolas Ghesquiere.

Ads

Menurut kenyataan jenama mewah berusia ratusan tahun ini, Naomi merupakan lambang seorang wanita yang bebas, moden serta serba boleh. Dalam hantaran di laman Instagram Nicolas Ghesquiere berkata, “Naomi merupakan seorang wanita hebat yang mewakili generasinya dan juga merupakan suri teladan kepada semua. Kerjaya dan keyakinannya sangat memberi inspirasi.”

Ads
Bintang Tenis Remaja, Naomi Osaka Dipilih Sebagai Wajah Baru Louis Vuitton
Menghiasi kulit majalah fesyen Vogue bagi edisi Januari 2021 dalam persalinan Louis Vuitton. Sumber gambar: Vogue US

Tinjauan di Instagram Naomi pula, dia meluahkan perasaan teruja dengan pemilihannya sebagai wajah baru jenama tersebut dan dia berkongsi momen Louis Vuitton yang pernah di lalui. Kongsinya, “Saya membelikan ibu beg Louis Vuitton Ketika berusia 16 tahun sebagai hadiah harijadi kepadanya. Sejak itu ia telah menjadi tradisi. Adakah ini kitaran kehidupan? Ya!”

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI