Hampir 22 tahun sudah berlalu semenjak filem pertama adaptasi karya terbitan novel J.K. Rowling disiarkan kepada umum. Pelakon yang terkenal dengan wataknya, Harry kini menjangkakan anak pertamanya dengan teman wanitanya, Erin Darke.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Harry Potter Buat Reunion Sempena Cuti Natal & Kami Obses!
Daniel Radcliffe dan pasangannya, Erin Darke.
Berdasarkan Scott Boute, wakil pelakon tersebut, pasangan itu sudah lama berharap akan kehadiran cahaya mata. Dikatakan bahawa Radcliffe dan Darke telah bersama selama sedekad selepas pertemuan pertama mereka semasa penggambaran filem Kill Your Darlings pada tahun 2013.
Darke yang kelihatan manis bersama ‘baby bumpnya’ dikesan baru-baru ini di New York City bersama bintang kelahiran Fullham itu. Jelas kelihatan seri ibu mengandung di raut wajahnya. Lurve sangat!
Turut dilaporkan, Radcliffe sempat berkongsi bersama media portal, Newsweek bahawa dia terbuka untuk mendedahkan anak-anaknya kepada keajaiban set filem suatu hari nanti.
Radcliffe ketika membintangi filem Harry Potter.
“Saya mahu anak-anak saya berada di sekitar set filem,
“Namun walaupun set filem adalah tempat yang menarik untuk kanak-kanak terokai, sisi kemasyhuran dunia seni adalah satu perkara yang harus dielakkan sebaik mungkin,” ujar bintang terkenal itu.
Sekadar informasi, Erin Darke memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2009 apabila dia pertama kali muncul dalam filem pendek berjudul Obelisk Road. Sejak itu, dia telah dipaparkan dalam pelbagai filem dan siri televisyen, termasuk The Marvelous Mrs. Maisel, Good Girls Revolt dan Dietland.
BACA LAGI: Penampilan Terbaru Song Ji Hyo Nampak “Handsome”, Bakal Jadi Trend Rambut 2022?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Getty Images, Splash News