Sebelum ini finalis Dewi Remaja 2019 Myra Natasya telah pun membuat pengakuan bahawa dia merupakan anak kepada pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman. Jelas Myra, dia berasa lega kerana tidak perlu merahsiakan lagi perkara ini daripada orang ramai.
Kali ini, ayah kandungnya itu telah membuat kenyataan berkaitan perkahwinannya yang lampau. Menurut Halim Othman, dia tidak mendaftarkan perkahwinan itu di Malaysia kerana rumah tangga itu tidak aman dan akhirnya mereka membawa haluan hidup masing-masing. Disebabkan oleh itu, nama Myra tidak berbintikan nama Halim, sebaliknya diberi nama Myra Natasya Abdullah.
Jelas Halim, dia bersama bekas isteri tidak sampai setahun hidup bersama selepas berkahwin pada 1994 dan apabila Myra dilahirkan pada 1995, mereka sudah tidak lagi duduk sebumbung dan segala urusan anak dibuat oleh ibu Myra.
“Masa daftarkan itu memang bekas isteri letak nama bapa Myra, Abdullah sebab perkahwinan kami di Thailand berkenaan tidak didaftarkan di Malaysia dan ia dianggap tidak sah. Ketika itu, saya juga kata kepada bekas isteri tidak perlu besarkan cerita yang Myra anak saya, sebab tak mahu jadi ‘complicated’ dan dia akan terganggu,” katanya kepada Harian Metro.
Ads
Myra memang dijaga sepenuhnya oleh ibunya sejak mereka berpisah dan disebabkan sebuk dengan kerjaya pada 1996 dan 1997, maka urusan penceraian dapat diselesaikan di Thailand pada 1998 ketika Myra berusia 3 tahun.
Halim tidak menafikan berasa kesal kerana melihat anak kandungnya itu berbintikan Abdullah tetapi dia sedar dan terima hakikat serta percaya ada rahmat disebalik apa yang berlaku ini.
“Bila saya fikir-fikirkan lagi, kadang-kadang nama ini apabila kita terima dengan ikhlas binti Abdullah itu mungkin ia juga membawa banyak tuah kepada Myra sekarang. Alhamdulillah, saya reda dengan nama Myra binti Abdullah itu dan dengan penjelasan ini kisah kami boleh ditutup dan sekarang ‘move on’ untuk kehidupan seterusnya. Malah, saya juga bersyukur hubungan dengan ibu Myra juga semakin baik,” jelasnya.
Myra juga kini dilihat semakin aktif sebagai pengacara televisyen dan telah membintangi beberapa buah drama tempatan. Gadis berusia 27 tahun ini sedang sibuk menjalani penggambaran drama terbaharunya, Dilema Sebuah Anugerah.
Remaja mengucapkan selamat maju jaya buat Myra Natasya dan semoga dengan bakat yang ada dalam diri anak muda ini dapat menempatkan dirinya lebih jauh dalam industri hiburan tanah air.
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sepanjang penganjuran pencarian Dewi Remaja selama 10 musim terdahulu, banyak perubahan telah berlaku apabila zaman berubah dari semasa ke semasa.
Antaranya termasuklah penukaran cara penyertaan. Dahulu finalis perlu menghantar borang dan kemudiannya pemenang bulanan akan dipaparkan di cover Majalah Remaja. Kini tidak lagi, sejak edisi 2014/2015, Majalah Remaja menganjurkan ujibakat terbuka kepada peserta untuk hadir.
Malah edisi 2014/2015 yang dimenangi oleh Raysha Rizrose itu juga memecah sejarah apabila ia merupakan edisi pertama yang membenarkan peserta berhijab untuk menyertai pencarian.
Setelah 3 edisi dianjurkan, pencarian Dewi Remaja 2019 menjadi edisi pertama yang menyaksikan seorang finalis Hijabi melangkah ke pentas finale.
Syamira Izzati, 22 baru saja diumumkan sebagai finalis terakhir dalam kedudukan Top 5 sebentar tadi live di rancangan MeleTOP.
Ia diumumkan oleh pengacara tetap, Nabil Ahmad dan Noor Neelofa yang merupakan Dewi Remaja 2009/10.
Menurut Syamira, dia berbangga untuk mewakili remaja Hijabi secara amnya di pentas finale. Dirinya ingin membuktikan gadis berhijab juga punyai personaliti dan kebolehan yang boleh dibawa ke hadapan dalam industri seni dan apa jua bidang yang ingin mereka ceburi.
Ini sekaligus melengkapkan Top 5 Dewi Remaja 2019; yang terdiri daripada Adriana Ghafar, Nynaa Harizal, Shatirah Amanda, Shaza Bae dan Syamira Izzati. Adakah imej berhijab Syamira bakal menjadi kelebihan buatnya untuk tampil berbeza pada finale Dewi Remaja 2019?
Sama-sama kita nantikan dengan menonton acara finale pada 14 Disember ini (Sabtu) jam 9.00 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Namun sebelum itu, saksikan dahulu sesi live karpet merah #redONELiveStage yang akan bersiaran di Facebook Majalah Remaja pada jam 8.30 malam pada hari yang sama.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang mengikuti update pencarian Dewi Remaja 2019 pada hujung minggu lalu, pastinya korang sudah melihat kelibat pelakon cantik ini di dalam salah sebuah bilik penjurian.
Anzalna Nasir merupakan finalis Dewi Remaja 2019 dan istimewanya pada edisi kali ini, Anzalna menjadi salah seorang juri sesi ujibakat yang dianjurkan.
Apakah antara kriteria yang membuatkan seorang peserta ujibakat Dewi Remaja mara ke pusingan seterusnya?
“Saya suka apabila masuk saja ke bilik juri, mereka sudah tampil bersedia. Usah teragak-agak dengan keyakinan diri sendiri kerana itu yang akan membuat juri tertarik untuk berkenalan dengan korang.
“Perasaan gementar itu tentulah ada tetapi ubahnya kepada semangat untuk menonjolkan diri.
“Disebabkan ini adalah ujibakat Dewi Remaja, penampilan peserta pun haruslah kemas dan kena gaya.
Namun, ada juga keluhan yang dilepaskan Anzalna pada minggu pertama ujibakat. Ujarnya, kebanyakan daripada peserta yang hadir seakan tidak melakukan persediaan yang rapi.
Ada yang tidak tahu bagaimana untuk memperkenalkan diri. Ada juga yang pernah hadir ke banyak ujibakat lain sebelum ini tetapi seakan-akan inilah ujibakat pertama mereka.
“Nasihat saya, pilih bakat TERBAIK yang ingin dipersembahkan. Jika kamu katakan tahu menyanyi, jadi penyanyi terbaik di sini. Jika ingin berlakon, lakonkan betul-betul dan bukan setakat ala kadar. Ini adalah Dewi Remaja, jadi saya mencari yang luar biasa.
“Saya ingin sangat melayakkan seramai mungkin peserta ke peringkat seterusnya. Tetapi kamu perlu tolong diri sendiri dahulu. Prepare betul-betul,” nasihatnya lagi.
So there you go girls, kamu sudah tahu rahsia untuk layak. Lakukan sebaik mungkin pada minggu kedua ini okay!
Kami akan menemui korang pada 14 & 15 September (hujung minggu) ini dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Jumpa korang di Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.
Pelakon dan usahawanita popular, Noor Neelofa dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan PU Riz selamat menimang seorang cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan ibu negara, jam 10.5 malam kelmarin.
Haris tampil memaklumkan bahawa keadaan ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat. Ini juga merupakan cahaya mata kedua pasangan tersebut setelah mereka anak sulung mereka, Muhammad Bilal dilahirkan pada 29 Januari 2022.
Memetik kenyataan rasmi yang diserahkan kepada pemberita, dia berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT. Macam anak sulung dulu, kali ini pun saya berada di sisi isteri sepanjang proses bersalin itu. Dia memang kuat.
“Apa pun, terima kasih kepada keluarga dan semua yang sentiasa menitipkan doa buat kami sekeluarga,” ujar Haris.
Sementara itu, mereka hanya akan berkongsi nama bayi ini selepas genap tujuh hari selepas hari kelahirannya.
“Semoga kehadiran anak kedua ini selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa.
“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang. Semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya Insya-Allah,” katanya.
Tahniah Neelofa, Haris dan Bilal! Semakin meriah keluarga juara Dewi Remaja 2009/2010 ini ya, hehe..
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...