Hiburan

“Bismillahirrahmanirrahim…” Shasha Abedul Lebih Tenang Dengan Imej Berhijab, Rakan Selebriti Sambut Baik Perubahan

Share

Penampilan terbaru pelakon muda, Shasha Abedul menjadi perhatian pengikutnya apabila kini dilihat sudah mengenakan hijab.

Shasha, 28 yang meniti populariti menerusi drama bersiri Projek: Anchor SPM pada tahun 2021 juga dilihat telah memadamkan majoriti foto-foto miliknya yang tidak mengenakan hijab di platform Instagram miliknya.

BACA: Manis Berhijab! Lihat 9 Dewi Remaja Yang Telah Berhijrah Imej – REMAJA

Menyoroti hantaran terbaru Shasha semalam, gadis tersebut memuat naik imej terbaru berserta beberapa momen sepanjang bulan September yang menyaksikan penghijrahannya itu.

“September. Perjalanan baharu permulaan baharu. Bismillahirrahmanirrahim.

“Doakan saya semoga kekal istiqomah, sentiasa dan selalu. InsyaAllah, dengan izinNya,” catat Shasha.

Meninjau ruangan komen, rata-rata rakan selebriti termasuk Daiyan Trisha, Arena Wan, Aniq Suhair, Harith Zazman dan ramai lagi menyambut baik perubahan imej tersebut dan mendoakan agar jilid baharu dalam kehidupannya ini akan dipermudahkan.

Cantik dalam dan luar. Saya amat gembira untuk kamu.” – Mimi Lana

Gembira untuk kamu!!!” – Daniel Cheang

Kamu kelihatan cantik sangat Shasha sayang.” – Liyana Jasmay

MasyaAllah” – Isha Nor Sham

Terdahulu, Shasha telah mengerjakan ibadah Umrah di tanah suci bersama ibu saudaranya pada Mac tahun ini selepas mula menyimpan niat sejak tahun lalu.

Demi menunaikan ibadah sepanjang bulan Ramadan dan meraikan Syawal di tanah suci, Shasha komited untuk mengosongkan aktiviti seni dan hanya pulang ke Malaysia pada hari raya keempat.

BACA: Shasha Abedul Tunai Umrah Sepanjang Ramadan, Mohon Doa Agar Urusan Dipermudah Di Tanah Suci Mekah – REMAJA

Sebelum berangkat, Shasha juga berkongsi dirinya telah mempersiapkan stamina dan kecergasan untuk menunaikan ibadah berpuasa selama sebulan di sana termasuklah dengan bersenam pada setiap hari.

Dalam pada itu, Shasha dipercayai akan meneruskan kerjayanya sebagai seorang penggiat seni biarpun sudah berhijab.

Selain Projek: Anchor SPM, Shasha juga pernah membintangi naskah-naskah popular lain termasuklah Projek: High Council, Air Mata Di Bumi Matador 2, Chandelier, Lelaki Lingkungan Cinta, Kau vs Aku, Voice Note

dan Sara Sajeeda.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN