Di sana sini boleh dilihat orang ramai menyerbu gerai-gerai durian yang merupakan perniagaan bermusim. Lebih meriah jika buah durian dijual dalam harga masuk akal dan tidak terlalu mahal. Kadang kala orang bukan berkira apa jenisnya, buah kahwin, kampung atau bukit tapi bagi yang jenis tak kisah, asal namanya durian, mereka akan membelinya.
Di sebalik orang menyerbu gerai-gerai durian, tentu kita tertanya-tanya berapa agaknya income si penjual buah dalam semalam? Berapa keuntungan mereka peroleh hasil jualan bermusim ini?
REMAJA menemuramah seorang tokey durian, Muhammad Firdaus bin Abdullah, 35 tahun berasal dari Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor.
Orangnya sangat sempoi malah setiap malam kerjanya hanya membuat fb live memaklumkan lelongan harga-harga durian yang dijual dalam harga yang cukup rendah. Malah ketika REMAJA menemuramahnya, Firdaus melelong durian kahwin jenis 101 pada harga RM15 sekilo. Dan ternyata, kurang dari setengah jam, berbakul-bakul buah tersebut disambar pembeli yang datang tanpa putus-putus.
Lebih menarik berdasarkan pengalamannya berniaga, Firdaus memberi peluang kepada anak muda untuk turut sama membantunya membuat jualan di mana dia mempunyai lebih 30 orang pekerja yang membantunya di enam buah gerai miliknya di serata Selangor.
Bila start berniaga? Saya bermula pada usia 9 tahun. Ketika itu saya berniaga ikan di Pasar Petaling Jaya. Saya belajar dari bawah bagaimana kehidupan seorang peniaga. Dari situ saya menimba pengalaman demi pengalaman dan rasa puas bila mampu pegang duit sendiri.
Berapa tan habis durian dalam semalam dan berapa income? Jelas Firdaus, sehari bagi enam lokasi kedainya di serata Selangor seperti di Puchong Prima, Bandar Saujana Putra Sungai Buloh, Pasar Malam Air Hitam Puchong, belakang Petronas Puchong dan lain lagi, dalam semalam saja, dia mampu menjual sekitar 10 tan tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad (biasanya 15 tan semalam). Sales biasanya dalam semalam cecah RM20,000 dan selepas ditolak harga belian, keuntungan antara 15-20 peratus semalam.
Bagaimana Firdaus memberi peluang kepada belia dalam mendidik mereka menjadi usahawan bermusim? Kata anak muda berusia 35 tahun ini, perniagaan bermusim ini merupakan satu peluang untuk anak muda belajar bagaimana mahu menjadi usahawan.
“Saya memberi peluang kepada belia dengan purata gaji RM60 kepada RM100 lebih mengikut kepakaran yang ada pada mereka. Kerja di gerai durian ini biasanya melibatkan kerja keras. Biasa saya tawarkan gaji berbaloi dengan kepakaran. Makan minum saya support dan saya didik mereka untuk kenal jenis-jenis buah. Bagi saya, anak muda khususnya orang Melayu harus mengambil peluang perniagaan bermusim ini kerana ia memberikan pendapatan lumayan.Boleh saya katakan, pendapatan biasanya merupakan gaji setahun bagi mereka yang makan gaji.
Macam sama, sudah enam tahun saya berniaga durian dan alhamdulillah, rezeki itu tidak pernah putus.Bila berniaga, kita kena letak sasaran apa kita mahu capai. Kalau musim raya, saya jual barangan raya. Kena cepat ambil peluang dan masa yang sama, kita bantu anak muda mengenainya juga,” katanya yang sangat ramah.
Durian negeri mana paling terbaik? Jelas Firdaus, pendapat ini hanya pendapat peribadinya saja sebagai penjual durian di mana dia mengatakan durian dari Perak iaitu Batu Kurau dan buah dari Tangkak, Johor antara yang terbaik dirasainya.
“Lain orang lain pandangan tapi ini pendapat saya sebagai penjual durian. Ada banyak tempat seperti Raub, Gua Musang, Balik Pulau dan sebagainya. Tapi bukan semua durian saya ambil kerana ada buah tak tahan lama.
“Kalau durian bukit yang ditanam di lereng bukit,buahnya jauh lebih baik dari bawah. Tapi orang kita memang suka makan durian dan setiap hari habis bila diserbu,”katanya lag.
Sebagai peniaga bermusim, Fridaus akui dia mendapatkan terus dari pekebun dan tidak hairanlah harga dijualnya agak murah berbanding biasa.
“Saya tak guna orang tengah. Sebab itu kitab oleh jual murah dari biasa,”katanya mengakui sebagai tokey durian, dia boleh tahu berapa hasil jualan di setiap gerai setiap kali timbangan dilakukan.
“Saya didik pekerja untuk saling mempercayai sama ketika saya belajar ketika kecil untuk berlaku jujur ketika saya kecil dahulu. Bila mereka terima income yang agak baik dan bukan upah yang murah, tak pernah timbul duit shot dan sebagainya. Alhamdulillah, hubungan dengan pekerja sangat baik,?” katanya lagi.
Dalam itu seorang pekerjanya, Muhammad Ali bin Adnan, 25 tahun berkata, dia sudah dua tahun lebih bekerja dengan Firdaus dan banyak belajar mengenai selok belok perniagaan.
“Walau ini perniagaan bermusim tapi alhamdulillah, saya seronok bekerja. Kalau tidak kerja saya join krew drama dan lain-lain kerja. Tapi dalam bidang ni, apa yang penting kena sabar kerana ada juga pelanggan suka marah-marah,” katanya lagi.