Selepas bergelut dengan isu kesihatan, bintang francais filem Avengers, Chadwick Boseman, 43 telah disahkan meninggal dunia beberapa jam yang lalu.
Pemegang watak popular, King T’Challa dalam filem Black Panther itu telah mengharungi sakit kanser kolon untuk tempoh 4 tahun.
Dalam sebuah kenyataan rasmi di Twitter beliau, ia menyebut, “Dengan rasa sedih, kami mengesahkan pemergian Chadwick Boseman. Ia adalah satu penghargaan untuk diri mendiang dalam menjayakaan watak King T’Challa dalam Black Panther.
ARTIKEL BERKAITAN : 10 Babak Cameo Stan Lee
Sebelum ‘meletup’ sebagai adiwira Marvel Studios, Boseman terlebih dahulu dikenali menerusi filem 42 (sebagai Jackie Robinson) dan filem Get On Up (sebagai James Brown).
Sebelum ini, Marvel Studios pernah dikejutkan dengan pemergiaan pengasasnya, Stan Lee.