Berita baik buat peminat kumpulan Kpop popular Blackpink, grup yang dianggotai oleh Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo ini khabarnya sudah menyelesaikan proses rakaman album terbaru mereka.
Menurut laporan Star News, Blackpink baru sahaja selesai merakamkan lagu baru mereka dan kini sedang menjadualkan tarikh penggambaran bagi muzik video lagu tersebut.
Mereka akan menjalani penggambaran MV pada bulan Mei dan kemudiannya akan membuat come back pada awal atau pertengahan Jun nanti.
Namun, pihak pengurusan mereka, YG Entertainment masih belum dapat memberikan tarikh sebenar untuk pelancaran album terbaru itu dan akan mengumumkan secara rasmi kepada para peminat jika sudah mempunyai tarikh tetapnya nanti.
Wah, daebak! Baguslah tu, lagi pun lagu Kill This Love pun dah dilancarkan pada setahun yang lepas, jadi sesuai sangatlah kalau mereka nak keluar dengan single terbaru.
Sudah tentu khabar baik ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh peminat kumpulan Blackpink yang pastinya sudah tertunggu-tunggu kehadiran mereka semula dalam industri hiburan.
Tazabarrr!
Sumber: allkpop
“Cukuplah Dengan Play Victim” Puteri Sarah Minta Suaminya Usah Putar Belit Cerita
Nampaknya kemelut rumah tangga antara pengarah terkenal tanah air, Syamsul Yusof dan isterinya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana masih belum berakhir apabila mereka dilihat saling membalas kenyataan di media sosial.
Terbaharu, Puteri Sarah menjawab kenyataan yang telah dibuat oleh suaminya mengenai tindakan pengarah itu menyekatnya di aplikasi WhatsApp.
Menurut Sarah, Syamsul memutar belit cerita berhubung konflik yang berlaku dalam rumah tangga mereka. Bukan itu sahaja, bahkan pelakon berkenaan turut meminta Syamsul untuk berhenti mencipta ‘drama’ seolah-olah dia adalah mangsa keadaan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Moga Kedua-Dua Isteriku Tenang…” Pesanan Ringkas Syamsul Yusof Buat Puteri Sarah & Ira Kazar
“Twistlah cerita selagi boleh. Tak apa lah nak minta lepas pun. Jangan lepas ini twist lagi cerita pula ‘Sarah yang minta lepaskan sangat, saya tak nak. Selama ini saya sayang dia. Cukuplah dengan ‘play victim’ (mangsa keadaan) dan menyalahkan,” tulisnya panjang.
Puteri Sarah tampil mencoretkan perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory, pada tengah pagi tadi.
Semalam, Puteri Sarah dalam satu perkongsian entri yang sama, meminta agar dirinya dilepaskan kerana dia tidak rela dimadukan dengan cara yang tidak mengikut syariah.
Pada hari sama, pengarah itu turut mendedahkan dia terpaksa menyekat aplikasi WhatsApp isterinya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan situasi hubungan mereka.
Jumaat lalu, pengarah filem Mat Kilau itu akhirnya menamatkan segala spekulasi apabila membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand. Pengakuan itu dibuat Syamsul menerusi satu video yang dimuat naik menerusi Instagramnya.
Sekadar informasi, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Puteri Sarah Liyana
8 Ahli Keluarga Diraja Yang Pernah Melakukan Pekerjaan ‘Biasa-Biasa’
Keluarga Diraja sering mendapat perhatian masyarakat kerana mungkin ramai yang begitu kagum dengan kemewahan dan gaya hidup mereka. Namun, bukan semua keluarga Diraja mempamerkan kehidupan mewah semata-mata, malah ada juga yang lebih selesa untuk hidup bersederhana.
Kali ini, Remaja nak berkongsi antara keluarga Diraja di luar negara yang pernah melakukan pekerjaan ‘biasa-biasa’ sahaja seperti rakyat biasa.
Jom kita lihat perkongsian ini.
1. Princess Sofia dari Sweden bekerja di hospital
Puteri Sofia mempunyai keperibadian yang hebat. Beliau mengambil jurusan perakaunan dan specialized in business development. Selain daripada itu, beliau juga instructor yoga dan pernah bekerja di New York. Tidak lama dulu, Puteri Sofea pernah menjadi sukarelawan untuk meringankan beban pekerja professional dalam bidang kesihatan dan perubatan.
Dia telah menghadiri kursus latihan secara online untuk membantu sebuah hospital di Stockholm. Dia memberi bantuan kepada doktor dan jururawat daripada segi kerja pembersihan, kerja-kerja dapur dan membasmi kuman.
2. Prince William sebagai juruterbang ambulans
Prince William memutuskan untuk memilih bidang ketenteraan sebagai kerjaya dan ia adalah pekerjaan yang berbahaya untuk keluarga diraja. Beliau menyertai latihan dengan Tentera Laut Diraja dan Tentera Udara Diraja.
Selepas berkhidmat dengan Tentera Udara pada tahun 2014, William menerima peranan sepenuh masa sebagai juruterbang ambulans. Jawatan itu dibayar, namun beliau menyumbangkan gajinya kepada badan amal.
3. Princess Charlene dari Monaco sebagai perenang profesional
Dilahirkan di Zimbabwe, Puteri Charlene memulakan kerjayanya sebagai perenang pada tahun 1996 di Kejuaraan Afrika Selatan. Beliau juga pernah mewakili Afrika Selatan di Olimpik Sydney pada tahun 2000 tetapi selepas 7 tahun, beliau bersara kerana kecederaan bahu.
Kini, Charlene mengadakan pertemuan dengan atlet Paralimpik dan mengunjungi pusat pemulihan kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran.
4. Princess Charlotte dari Hanover bekerja sebagai penulis penerbitan
Bukan hanya cantik, puteri ini juga sering memberi sumbangan kepada masyarakat dan beliau merupakan penulis dan editor majalah yang diterbitkan. Beliau merupakan editor bagi majalah Above pada tahun 2009.
Kemudian, beliau meninggalkan peranan ini untuk menumpukan pada penubuhan projek-projek berkaitan ekologi dan fesyen. Pada tahun 2009, Charlotte mengumumkan bahawa beliau ingin menerbitkan 3,000 salinan Ever Manisfeto yang mengungkap bagaimana industri fesyen mempunyai kesan berbahaya terhadap persekitaran global.
5. Princess Mary dari Denmark sebagai pengurus akaun dan guru
Ayahnya merupakan seorang professor akademik & Matematik, maka tidak hairanlah sekiranya beliau mempunyai bakat yang sama. Pada tahun 1998, setelah ibunya meninggal dunia, belia mengundurkan diri dari jawatan pengurus akaun dan berhijrah ke Amerika dan Eropah. Beliau mengajar bahasa Inggeris di sebuah business school di Paris.
Setelah berpindah semula ke Denmark, beliau bekerja sebagai perunding projek untuk bahagian komunikasi dan pemasaran.
6. King Willem-Alexander dari Belanda bekerja sebagai juruterbang
Semasa Raja Willem-Alexander masih muda, beliau berkhidmat di Royal Netherlands Navy. Williem-Alexander adalah juruterbang dan beliau mengakui sekiranya beliau bukan seorang raja, beliau ingin menjadi juruterbang syarikat penerbang untuk terbang ke luar negara dengan pesawat yang bersaiz besar.
7. Prince Nikolai dari Denmark merupakan seorang model
Nikolai adalah anggota kelaurga diraja Denmark yang berusia 21 tahun. Beliau menemui minatnya pada tahun 2018 dan mula berkerja sebagai model fesyen. Beliau membuat penampilan sulung di London Fashion Week dan membuat pertunjukan fesyen di Dior Homme 2020 baru-baru ini.
8. Prince Joachim dari Belgium sebagai pegawai Tentera Laut
10 tahun yang lalu, Putera Joachim menjalani kursus latihan tentera sukarelawan dan kemudian menamatkan pendidikannya di Nautical School di Bruges untuk menjadi pegawai di Tentera Laut Belgium.
Boleh dikatakan kebanyakan keluarga Diraja tidak kiralah di luar negara atau negara kita sendiri, memang merendah diri dan sentiasa dijadikan inspirasi buat masyarakat sekeliling. Salute!
Sumber: brightside.me
G-Dragon Beli Rumah Termahal Di Korea Selatan, Bayar Secara Tunai
Semakin ramai anak muda telah membuktikan kemampuan mereka untuk membeli rumah pada usia muda dengan hasil titik peluh sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN : Pandai Kumpul Aset, Masya Masyitah Beli Rumah Kedua Di Usia 21 Tahun
Kali ini cerita tentang idol K-pop popular iaitu G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Young dikhabarkan telah membeli salah satu rumah yang termahal di Korea Selatan. Malah beliau membeli rumah itu secara bayaran tunai.
Seriuslah beli rumah secara tunai?
Menurut mahkamah berdaftar, G-Dragon membeli rumah seluas 2,624 kaki persegi (224 meter) yang terletak di kawasan Hannam-don, Yonsan-Gu, Seoul, Korea Selatan pada akhir bulan Mac tahun ini.
Malah jualan rumah itu telah menetapkan jualan paling tertinggi pada tahun 2022 dengan harga KRW16.4 bilion atau lebih kurang RM57 juta.
Rumah tersebut terkenal dengan nama Nine One Hannam mendapat tempat kedua sebagai kompleks rumah elit yang termahal selepas rumah elit di Cheongdam.
Malah perkara ini menjadi bualan hangat dengan peminat artis Korea kerana ketua dari kumpulan Big Bang itu telah membayar keseluruhan harga tersebut dengan secara tunai.
Lebih menarik lagi, G-Dragon juga telah menandatangani kontrak transaksi untuk 6 buah isi rumah yang lain dengan jumlah yang sama.
Seperti yang sedia maklum, G-Dragon merupakan artis yang memilki hak cipta lagu terbanyak berbanding dengan artis kumpulan K-Pop yang lain.
Bukan itu sahaja, artis tersebut adalah duta jenama untuk barang ternama sehingga jenama pakaiannya PEACEMINUSONE pernah berkolaborasi dengan jenama kasut terkemuka iaitu Nike.
BACA LAGI : Idea Kreatif Raja K-Pop, G-Dragon Transform Kasut Nike AF 1 ‘Para-Noise’
Hmm…Pernah tak korang terfikir berapa pendapatan ikon Kpop sampai boleh beli rumah termahal dengan cash ni, hebat kan?
SUMBER : 1
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.