Selepas BTS, Giliran BLACKPINK Dijemput PBB Kupas Isu Dunia

Share

Kumpulan penyanyi wanita terkenal dunia ini mencipta fenomena menerusi muzik mereka yang mengasyikkan. Dengan lagu-lagu menjadi juara carta dan muzik video mencecah bilion tontonan, tidak dapat disangkal lagi pengaruh mereka kepada masyarakat.

Terbaru, kumpulan Blackpink yang dianggotai oleh empat gadis menawan, Lisa, Rose, Jennie dan Jisoo telah dilantik sebagai penyokong rasmi bagi Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menerima surat dari Duta Britain. Sumber gambar: Soompi

Perlantikan itu telah berlangsung kelmarin, 25 Februari 2021 bertempat di kediaman rasmi Duta British ke Korea Selatan, yang mana mereka menerima surat peribadi yang ditulis sendiri oleh Perdana Menteri Britain, Borris Johnson.

Dalam surat itu, Boris mengucapkan tahnniah kepada kumpulan tersebut kerana berjaya menaikkan kesedaran terhadap isu perubahan iklim menerusi video yang dilakukan mereka berkenaan isu tersebut. Ditonton lebih 10 juta kali di pelbagai platform sosial media, ia ternyata berjaya menyampaikan mesej dan menyedarkan ramai pihak betapa seriusnya isu ini.

“Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mendidik diri sendiri tentang perubahan iklim. Kita haris tahu apa yang terjadi, kerana ia memberi kesan kepada kita semua. Kami mahu belajar lebih lagi tentang perkara ini dan kami berharap agar peminat kami pun akan turut serta bersama,” ujar ahli kumpulan BLACKPINK.

Jadi apa lagi BLINKS! Mainkan peranan anda sekarang. Turut serta dalam kempen cakna terhadap perubahan Iklim. Menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kelestarian planet ini.

Sumber: Soompi & Youtube BLACKPINK

Published by
Fiezreen