Bukan tugas yang mudah ya untuk menghiburkan hampir 7,000 orang penonton fanatik K-pop!
Namun itulah yang berjaya dilakukan oleh grup K-pop perempuan paling sensasi masa ini, Blackpink. Bertempat di Stadium tertutup Malawati Shah Alam, semalam merupakan hari pertama mereka bertemu dengan peminat yang menggelarkan diri mereka BLINKs sebelum bakal kembali menggegarkan pentas untuk kali kedua, hari ini.
Tepat jam 6.30 petang, Blackpink muncul selepas instrumental pembukaan bertaraf antarabangsa, sesuatu yang boleh dijangkakan daripada grup kendalian YG Entertainment.
Tampil mempersembahkan lagu-lagu hit seperti Ddu-du Ddu-du, Boombayah, As If It’s Your Last, Stay, Kiss & Make Up dan hampir 13 lagi buah lagu, Blackpink nyata tak mengecewakan walaupun mereka masih boleh dianggap sebagai grup ‘Maknae’. Tambahan pula apabila Blackpink diiringi live band khas yang selalu muncul untuk mana-mana persembahan grup atau penyanyi label YG Entertainment.
Selain tempo muzik berlainan, tarian on–point, dan setlist menarik, salah satu sebab ramai memuji Blackpink semalam adalah disebabkan profesionalisma mereka berempat dalam mengendalikan pentas.
Rose, Jisoo, Jennie dan Lisa masing-masing tidak kekok melayan BLINKs Malaysia walaupun kali pertama ke negara ini. Sewaktu menyanyikan lagu Stay (Encore), mereka kekal tenang ketika sebahagian peminay membaling anak patung (soft toys) ke atas pentas walaupun ia dilarang. Lisa sempat mengusik, “No
throwing things guys,” namun masih mengutip hadiah tersebut dan memeluknya.Semasa persembahan Kiss & Make Up pula, kelibat Jennie hilang seketika dari ‘pentas terapung’. Namun, rapper utama Blackpink itu kembali menyertai tiga anggota lain selepas membetulkan kedudukan in-ear monitor-nya.
Rose juga dilihat profesional ketika lagu Playing With Fire dinyanyikan. Dia juga seperti ‘bergelut’ dengan kedudukan in-ear monitor dan kadangkala berhenti menari. But she was quick to pick up the pace!
Secara keseluruhannya, REMAJA pasti ramai BLINKs yang berpuas hati dengan penganjuran konsert In Your Area [Kuala Lumpur] semalam. Bagi yang akan menyaksikan Blackpink pada malam ini, have fun and be safe okay.