
Khabar baik buat peminat kumpulan K-pop Blackpink apabila filem pertama mereka berjudul ‘BLACKPINK: The Movie’ akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 30 September ini.
Karya yang dinamakan ‘BLACKPINK’s 4+1 PROJECT’ ini merupakan antara pelan terbesar yang pernah dikelola syarikat label mereka, YG Entertainment untuk meraikan ulang tahun kumpulan popular itu.

Filem ‘BLACKPINK: The Movie’ akan dibahagikan kepada beberapa segmen seperti ‘The Room of Memories’, ‘Beauty’, ‘Unreleased Special Interviews’ dan rakaman daripada konsert jelajah BLACKPINK ‘In Your Area’ pada tahun 2018 serta ‘The Show’ yang baru dilangsungkan pada tahun 2021. Menariknya, filem ini juga akan menemui penonton 4DX di pawagam terpilih.
Jadi bagi Blinks di luar sana, tiket tayangan filem ‘BLACKPINK: The Movie’ akan mula dijual esok, 25 September 2021 di pawagam-pawagam terpilih. Fuh, mesti laku keras! Silap-silap boleh ‘jammed‘ di laman web Golden Screen Cinemas esok, hehe.

Sumber: (1)
“Vaksin Tidak Akan Dibeli Selagi Belum Berdaftar Dengan NPRA,”- Tan Sri Dr Noor Hisham

Virus Covid-19 sehingga kini masih lagi belum mempunyai vaksin yang seratus peratus boleh menyembuhkan. Namun beberapa penemuan baru yang telah dikeluarkan memberi sedikit cahaya sebagai permulaan untuk membendung penyebaran virus ini dengan lebih luas.
Walaupun begitu, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak akan mengguna pakai mana-mana vaksin Covid-19 selagi ia belum didaftarkan dengan National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA).
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham sendiri menegaskan bahawa tindakan ini diambil bagi memastikan ujian klinikal terhadap semua vaksin tersebut selamat digunakan selain berkesan untuk merawat virus terbabit.
Dalam sebuah sesi taklimat pada Sabtu kelmarin, beliau berkata, “Sehingga kini masih tiada data yang dimaklumkan kepada kita berhubung keberkesanan dan keselamatan vaksin yang dihasilkan, Cuma yang ada adalah daripada laporan media.
“Jadi kita tidak boleh ambil laporan media dan daftarkan vaksin tersebut sebaliknya memerlukan data hasil kajian dilakukan khususnya kajian peringkat akhir. Kita tidak akan membeli mana-mana vaksin jika ujian klinikal belum tamat bagi memastikan ia selamat digunakan dengan bekesan.”
Umum mengetahui yang sebelum ini sebuah syarikat farmaseutikal, Pfizer, telah mengeluarkan kenyataan bahawa vaksin Covid -19 semakin hampir medapat kelulusan daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) bagi tujuan membenarkan penggunaan yang dijangka bermula pada bulan depan.
Sumber: Astro Awani
***P/S- Soal vaksin bukan boleh dibuat mainan kerana jika salah digunakan boleh membawa kemudaratan. Kita sebagai rakyat Malaysia silalah patuhi segala SOP yang telah dikeluarkan pihak kerajaan agar lekuk gelombang Covid-19 ini berjaya kita ratakan. Sekaligus kehidupan akan menjadi seperti sediakala. Jangan lupa untuk sentiasa memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan.
Nak Tahu Tip Efektif Belajar Bahasa Tak? Wanita Ini Belajar 7 Bahasa Guna Cara Tersebut!

Assalamualaikum, Ni Hao, Anneyong Haseyo, Konniciwa, Bonjour, Hola!
Sekali pandang macam mudah je kan kalau nak belajar bahasa ni kan? Tapi sebenarnya ia mengambil masa serta konsisten seseorang untuk menjadi benar-benar fasih dalam satu-satu bahasa itu.
Kalau kita lihat sekarang ini, bahasa hangul (Korea Selatan) semakin mendominasi masyarkat terutamanya apabila hallyu wave menyerang. Boleh dikatakan semua orang fahamlah kalau ada yang cakap anneyong haseyo.
Selain itu, masyarakat juga semakin sedar pentingnya bahasa ketiga dari segi kelangsungan hidup. Lagi banyak bahasa anda fasih, lagi mudah peluang pekerjaan yang bakal anda perolehi.
Namun begitu, bukan mudah untuk seseorang itu menguasai bahasa apatah lagi bahasa yang mempunyai tulisan.
Bagaimanapun, wanita ini berkongsi bebenang di laman Twitternya, @toiletsareFire mengenai bagaimana dia boleh menguasai tujuh bahasa selama 17 tahun.
Ya, jangan terkejut kalau seseorang itu mengambil masa bertahun untuk fasih dalam bahasa yang dipelajarinya.
1. Sambil Belajar Bahasa, Belajar Juga Budayanya
Untuk lebih memahami mengenai bahasa yang sedang anda pelajari, seelokknya anda turut belajar mengenai budayanya juga. Dengan cara itu, anda akan lebih senang faham dan mudah untuk masuk.
2. Gunakan aplikasi
Jangan pandang remeh aplikasi di telefon pintar anda ya! Ia sebenarnya sangat membantu terutamanya yang ada quiz. Tiadalah anda bosan mengadap buku sahaja kan?
3. Jangan Samakan Dengan Belajar Bahasa Ibunda!
Setiap bahasa mempunyai lenggoknya yang tersendiri. Oleh itu, jangan cuba nak berlagak pandai dan mempersoalkan kenapa sesuatu ayat itu macam itu dan sebagainya.
Contohnya, kalau dalam bahasa Melayu, kita akan cakap saya suka makan ayam tapi di dalam sesetengah bahasa lain ia jadi terbalik seperti Ayam saya suka makan.
4.Rajin-Rajin Tengok Filem/Drama Dalam Bahasa Yang Anda Tengah Belajar!
Haa… yang ini siapa minat drama Korea mesti suka! Dah belajar tu kenalah praktis kan? Dan cara terbaik adalah dengan tonton drama bahasa yang korang tengah belajar tu. Kalau baru nak belajar, boleh lah rely on substitle, tapi kalau dah mahir sikit cuba tengok tanpa subs, mana yang tak faham tu boleh cari makna dalam kamus!
5. Rajin-Rajinlah Tulis Nota!
Sama macam waktu kita ambil SPM, punyalah banyak nota kita tulis kan? Samalah macam belajar bahasa. Kenalah rajin tulis nota dan ayat-ayat baru yang kita belajar. Barulah cepat ingat.
6. Cakap dengan diri sendiri
Kalau malu nak cakap dengan orang, cuba cakap dengan diri sendiri bahasa yang anda tengah belajar tu. Contohnya cakap depan cermin, benda simple-simple je macam perkenalkan diri. Secara tak langsung nanti anda akan jadi yakin nak cakap dengan orang.
7. Jangan Malu!
Biasalah budak baru belajar mesti akan buat silap kan? Oleh itu, jangan malu kalau buat silap tapi pastikan korang belajar daripada kesilapan itu. Lagi best kalau korang cari pen-pal supaya dapat praktis sama-sama.
Belajar itu bukanlah mudah tapi ilmu yang kita dapat itu sebenarnya sangatlah berharga!
Teringin Asam Laksa Padu Di Aeon Tu Tapi Malas Nak Beratur? Jom Buat Sendiri, Ini Resepinya!

Laksa merupakan makanan popular kegemaran rakyat Malaysia. Hidangan ini juga dijadikan sebagai makanan selesa atau ‘comfort food’ bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.
Bagi mereka yang tidak suka beratur panjang hanya untuk membeli laksa anda tidak perlu risau, kerana resepi laksa yang dikongsi oleh Sharifah Zuhaiza melalui laman Facebooknya sama seperti laksa Aeon! Pasti aroma dan rasa laksa yang lebih kurang ini akan puaskan hati anda sebagai penggemar laksa Aeon itu.
RESEPI LAKSA ALA-ALA AEON
Ok gaisss. Aku nak share resepi laksa sama rasa laksa aeon tu. Memang sedap nanges bucu meja punya. Suami aku yang x makan laksa pon makan bertambah. Dahlah senang giler buatnya.
BAHAN
– Sardin 2 tin kecil (1 tin blend, 1 tin lenyek kasar je)
– Pes asam pedas adabi
– Bawang besar
– Bawang holland setengah biji
– Asam keping
– Belacan
– Daun kesum
– Bunga kantan
– Bebola ikan
– Laksa basah
CARA MASAK
1. Blend sardin 1 tin, pes asam pedas, bawang, belacan. (boleh juga nak blend nenas sikit)
2. Campak semua bahan dalam periuk. Bubuh air. Masak ler ikut pekat mana kuah yang kita nak. Jangan lupa buh garam dan gula.
3. Sos/kuah sardin tu bubuh sikit. Kalau suka rasa ikan yang kuat buh semua pon xpe. Tapi better buh sikit2 sampai dapat rasa yang kita suka. Takut bau hanyir.
4. Last sekali buh bebola ikan. Petis udang terpulang nak buh ke x. Nak buh nenas pon boleh. Daun pudina pon boleh. Anak2 aku x makan jadi aku x buh. Olah ikut selera masing2.
5. Taaraa, dah siap. Resepi atas ni untuk 3-4 orang makan ye.
So apa lagi, jom la cuba! Kecur pula penulis tengok laksa ni lama-lama.hiks
Sumber : Sharifah Zuhaiza