Blackpink & Yuna Keluarkan Video Teaser Untuk Single 5 April Ini, Kami Pilih..

Share

 

Semuanya adalah kebetulan semata.

Agak-agak, kumpulan Blackpink dan penyanyi antarabangsa kelahiran Malaysia, Yuna pernah terfikir tak yang mereka akan sama-sama melancarkan album atau single pada hari sama?

Mungkin tidak, tetapi itulah yang bakal berlaku 5 April ini.

Masing-masing sudahpun mengeluarkan teaser kepada muzik video rasmi masing-masing semalam. Blackpink dengan lagu Kill This Love manakala Yuna dengan lagu Forevermore.

Jom kita lihat siapa yang lebih exciting.

Blackpink sudah melancarkan kempen #KillThisLove sejak Isnin minggu lalu dan peminat K-Pop (atau sesiapa saja yang mengenali  Blackpink – which is like half of the world’s population

) teruja menantikannya.

Dengan konsep persis ejen perisik, teaser Blackpink menampilkan Lisa yang hanya berdiri dan berjalan di tempat yang sama. Jelas, ini bukanlah video muzik mereka. Takkanlah..

Bagaimanapun, kami yakin imej Blackpink di dalam video Kill This Love akan nampak sematang poster dan klip teaser ini.

 

 

Beralih kepada single Forevermore oleh Yuna, ia adalah single khusus buat pendengar di Malaysia memandangkan Yuna tampilkan tulisan berbahasa Melayu, Inggeris, Cina dan India dalam klip berdurasi 10 saat di bawah.

 

 

Menariknya, teaser pertama Yuna yang dimuat naik pada hari Jumaat lalu mempunyai vibe sama seperti muzik video ‘Ddu-Du Ddu-du’ oleh Blackpink!

 

Buat masa ini, kita hanya tahu terdapat motorsikal, stesen minyak dan abang bikers di dalam video muzik Forevermore. But other than that, terpaksalah kita tunggu beberapa hari lagi.

***

Jadi persoalannya, teaser siapa yang REMAJA rasakan lebih menarik..?

Sorry K-Poppers, but Yuna takes this one.

Bukan apa, visual yang dihidangkan kepada pendengar dan peminat ternyata lebih bermisteri, menarik dan berjaya ‘memancing’ hati kami.

#KillThisLove juga bagus, cuma kita belum tahu apa yang ingin disampaikan oleh mereka kecuali imej ejen perisik. Apapun, kita nantikan 5 April ini untuk Blackpink dan Yuna. Support dua-dua okay!

 

Published by
FZ