Blindfold Challenge! Dewi Remaja Perlu Mekapkan Kawan Dengan Mata Tutup

Share

 

Jom kita recap sekejap apa yang terjadi di sebalik tabir episod kelima program Dewi Remaja 2018/2019.

 

Pada minggu ini, mereka semua mempunyai cabaran dalam bidang pengacaraan. Tetapi task tersebut datang dengan sedikit twist apabila mereka perlu berhadapan dengan selebriti kecil, Nik Harraz dan Alana dalam satu temubual.

Kemudian, mereka perlu ke luar pula untuk melakukan cabaran berbentuk Vlog hosting

untuk tema-tema tertentu seperti ‘Makan’, ‘Healthy Lifestyle’, ‘Dekorasi’, ‘Travel’ dan sebagainya.

Sebelum melakukan itu semua, para dewi telah bertemu dengan pengasas Obsess Cosmetics, Puan Hafizatul Atikah yang juga merupakan salah seorang penaja bagi Dewi Remaja musim kesepuluh ini.

Tujuannya? Tentulah untuk mempelajari produk solekan yang betul sebelum mereka berada di tengah panas dan hujan semasa melakukan cabaran Vlog. Bukan sebarangan mekap okay yang boleh dipakai untuk task outdoor, kalau tak betul muka boleh kelihatan bertompok dan tidak sekata.

Apa yang korang tak lihat di sebalik tabir babak bersama Obsess Cosmetics itu adalah cabaran yang kami lakukan bersama finalis selepas itu.

Cabarannya ialah Blindfold Challenge di mana Dewi dibahagikan kepada 4 team. Setiap team mempunyai seorang ‘mangsa’, seorang ‘beauty guru’ dan seorang instructor. Sambil memakai blindfold, mereka perlu menyiapkan solekan menggunakan produk Obsess Cosmetics dalam masa 3 minit je. TIGA MINIT!

Hhm, cuba tengok siapa yang paling helok..

 

 

Team 1

Ernisha, Tia Sarah & Rania

Produk yang digunakan Tia Sarah pada akhir video: Obsess Cosmetics Concealer Pen Light

 

 

Team 2

Haneesya, Fazreen & Anna

Produk yang digunakan Fazreen pada akhir video: Obsess Cosmetics Liquid Matte Lipstick

 

 

 

Team 3

Rasya, Arena & Sherin

Produk yang digunakan Arena pada akhir video: Obsess Cosmetics DD Cushion Foundation

Team 4

Lydia, Zeera & Aween

Produk yang digunakan Zeera pada akhir video: Obsess Cosmetics Blusher Stick

 

Published by
FZ