BLINKS! Lihat Fans Treatment Untuk Konsert Blackpink Hujung Minggu Ini

Share

Korang dah bersedia untuk menyambut kehadiran Blackpink di Stadium Malawati Shah Alam, hujung minggu ini?!

 

Khabarnya, Jisoo, Jennie, Lisa dan Rosé sudahpun tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk bersiap sedia bagi konsert Blackpink In Your Area Kuala Lumpur. Selain itu, sumber juga mengatakan mereka akan merekod satu episod Blackpink Diaries di sini. Tak sabarnya nak tonton!

 

Seperti kebiasaan di konsert grup K-Pop, para peminat tegar mereka sudah bersiap-sedia dengan perancangan ‘Fans Support’ di dalam stadium sewaktu konsert berlangsung.

Oleh itu, agar korang yang bertuah (!) dapat menghadiri konsert Blackpink pada hari esok dan lusa, why not korang hadam apa yang BLINKS di Malaysia sudah rancangkan terlebih dahulu. Tak adalah krik-krik nanti hehe..

 

Sebelum Show Di Backstage

  1. Menghantar kek khas untuk menyambut Blackpink.
  2. Menghantar flower stand.
  3. Sediakan kain rentang untuk ditanda tangani oleh peminat yang hadir, ia akan dihantar ke backstage.

 

Di Atas Pentas

  1. Mereka akan sediakan kek khas untuk menyambut hari kelahiran Rosé pada 11 Februari lepas. Menariknya, tiga anggota Blackpink yang lain juga menyambut hari kelahiran masing-masing pada bulan Januari – Mac. Boleh lah sambut sekali.
  2. Sediakan snek tradisional Malaysia.
  3. Sebaik saja tamat konsert, mereka akan menghadiahkan 4 set Baju Kurung kepada anggota Blackpink sebagai hadiah istimewa.

 

Hari Kedua Konsert

  1. Semasa menyanyikan lagu Kiss & Makeup, peminat diminta melekat dan menyalakan sticker berwarna di flashlight telefon masing-masing.
  2. Nyalakan flashlight telefon dan nyanyikan lagu Stay (lagu terakhir) semasa menunggu bahagian encore.

 

3. Lakukan Mexican wave semasa Blackpink menyanyikan lagu Ddu-du Ddu-du di bahagian encore (dua lagu terakhir).

4. Naikkan handbanner yang diberikan di luar stadium semasa lagu Stay (lagu terakhir) dan selepas video peminat dimainkan di skrin.

 

Have fun BLINKS!

Jaga keselamatan baik-baik okay.

BACA: Kalau Selalu Lakukan 5 Perkara Ini, Koranglah Lelaki Idaman Jennie

 

Published by
FZ