Siapa sahaja tidak kenal dengan figura terkenal, Beyonce? Bekas ahli kumpulan Destiny’s Child itu bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi hebat, bahkan dia juga seorang ibu yang hebat kepada tiga orang cahaya mata.
ARTIKEL BERKAITAN: Habiskan RM200 Juta! Beyonce & Jay-Z Sah Jadi Pemilik Rumah Termahal Di California
Jumaat lalu, Beyoncé menjemput anak sulungnya, Blue Ivy ke atas pentas semasa perhentian Jelajah Dunia Renaissance di Paris.
Semasa bintang pop itu menyanyikan lagu “My Power” dan “Black Parade” dari album Renaissance, anak perempuannya yang berusia 11 tahun turut serta menari bersama dengan penari lain di atas pentas.
Penyanyi legenda itu juga memuatnaik gambar penampilan mengejut anak perempuannya di laman Instagram sebagai tanda penghargaan.
“Anak sulungku yang cantik. Saya sangat bangga dan berterima kasih kerana berpeluang menjadi ibu kamu.
“Anda membawa kami begitu banyak kegembiraan, wahai anakku,” puji penyanyi tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji kecantikan dan kemahiran menari anak sulung penyanyi tersebut.
Maklumlah, manakan tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?
BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Beyonce