
Siapa cakap orang gemuk je nak kurus, orang kurus pun nak naikkan berat badan tau!
Setiap orang pasti mendambakan berat badan yang sempurna dan ideal, sama ada lelaki mahupun perempuan
Seorang pengguna Twitter @syuraibrhm telah berkongsikan beberapa tips ringkas bagi menambahkan berat badan
Kalau ya, jom ikut perkongsian gadis ini untuk mendapatkan berat badan ideal.
Sebelum ini, berat hanya 38kg
Jaga makan!
Tip pertama kena rajin minum susu setiap hari!
Kena makan makanan yang menggemukkan seperti keju dan coklat.
So korang boleh la try yang ada masalah susah nak naikkan berat badan ni!
Selamat beramal dan moga bermanfaat kepada semua!
Sumber : Twitter @syuraibrhm
Lakaran Ceria Pada ‘Cape’ Miss Universe Malaysia 2022 Pamer Kreativiti Artis Tempatan, Nini Marini

Wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik, Miss Universe 2022, Lesley Cheam pada hari ini telahpun menyempurnakan saingan di peringkat preliminary dengan jayanya.
Lesley, 26 bersama-sama 84 wakil negara lain dengan penuh bangga telahpun membawa nama negara masing-masing menerusi empat segmen berbeza.
Ia termasuklah segmen pengenalan nama Malaysia dan pertunjukan kostum nasional di mana Lesley mempersembahkan kostum rekaan Hatta Dolmat bertemakan keunikan tarikan geografi negara, Kota Kinabalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Kostum Gunung Kinabalu Simbolik Miss Universe Malaysia Sebagai Wanita Pada Posisi Tertinggi – REMAJA

Ia diikuti pusingan pakaian mandi dan akhir sekali pusingan gaun malam yang juga direka khas oleh Hatta Dolmat.
Menariknya tentang pusingan pakaian mandi pada edisi ke-71 Miss Universe ini, setiap wakil negara diminta untuk merekacipta lakaran pada sehelai fabrik putih kosong untuk dijadikan aksesori tambahan berupa cape pada bahagian bahu.
Lesley menerusi organisasi Miss Universe Malaysia telahpun berkolaboratif dengan artis tempatan, Nini Marini bagi rekaan cape ini.


Kata Nini menerusi video yang dimuat naik, inspirasi di sebalik cape ini hadir daripada perbualannya dengan Lesley sendiri mengenai agenda menyebarkan kebaikan kepada orang ramai.
“Apabila terfikir mengenai Malaysia, negara ini adalah mengenai masyarakatnya yang baik hati. Lesley ingin berkongsi mesej tersebut dengan semua orang dan ia adalah sesuatu yang penting baginya.
“(Lesley) juga sukakan bunga matahari dan perkara menceriakan. Dia juga sempat memberitahu saya mengenai warna-warna kegemarannya dan hasilnya, saya telah menghasilkan rekaan ‘Cape of Kindness’.
“Saya telah sertakan bentuk bunga matahari, jika diterbalikkan ia kelihatan seperti pohon bunga matahari malah mempunyai corak seakan akarnya.”
“Saya berharap dahannya akan kelihatan seperti sayap. Saya memanggilnya ‘Sayap Kelopak’ (Wings of Petals) untuk Lesley. Apabila dia menebarkan kain sewaktu berpusing, dia ibarat sedang menebarkan kebaikan kepada semua penonton di sana.
“Saya berharap Lesley merasa cukup bertenaga apabila memakai (cape) ini,” tinta Nini yang juga merupakan suri hati kepada rapper, Joe Flizzow.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Nini menyifatkan persembahan Lesley yang menyarungkan ‘Cape of Kindness’ itu semasa pusingan pakaian mandi telah dilaksanakan dengan cukup baik dan membanggakan dirinya sebagai pereka.
FOTO: Instagram Nini Marini & Lesley Cheam
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
11 Produk Syampu Organik Terbaik Untuk Rawat Masalah Rambut

Isi Kandungan
ToggleMemilih syampu yang tepat adalah penting bagi memastikan rambut kekal sihat sepanjang hari. Sebaiknya, cari syampu yang berasaskan bahan organik kerana ia dapat membantu memudahkan penjagaan rambut dan mengelakkan daripada rambut rosak.
BACA: 10 Syampu Terbaik Untuk Atasi Masalah Kelemumur
Syampu organik tidak mengandungi bahan kimia, sebaliknya menggunakan tumbuh-tumbuhan, herba mahu pun buah-buahan semula jadi. Maka tidak hairanlah sekiranya bahan yang digunakan mampu menyihatkan rambut.
Berikut kami kongsikan antara syampu organik yang boleh korang cuba.
1. Palmer’s Coconut Oil Conditioning Shampoo

Mengandungi vitamin E dan kandungan minyak pudina yang baik untuk kulit kepala. Ia juga dapat mengatasi masalah kulit kepala dan masalah kegatalan serta menjadikan rambut lebih kuat dan sihat.
2. Nature’s Organic Sense Hair Shampoo Anti-Dandruff

Syampu yang mengandungi bahan organik bagi merawat masalah rambut gugur.
3. Himalaya Anti-Hair Fall Shampoo

Syampu ini mempunyai dua fungsi iaitu mencegah rambut gugur dan membekalkan vitamin untuk kulit kepala. Sesuai digunakan untuk semua jenis rambut.
4. Hask Argan Oil Repairing Shampoo

Syampu ini mampu merawat kerosakan rambut yang pecah di tengah dan hujung, serta mencegah rambut menjadi kusut.
5. Follow Me Green Tea Shampoo Anti-Dandruft

Syampu ini bebas daripada paraben dan berkesan untuk mengawal rambut gugur, malah menyihatkan rambut secara semula jadi dengan kandungan bahan organik.
6. Botaneco Garden TRIO Oil Anti Dandruff Shampoo

Diperkaya dengan khasiat tumbuhan seperti minyak jojoba, minyak kelapa, mentol, minyak daun the, daun pudina dan climbazole.
7. GRAFEN Emerald Blossom Perfume Shampoo

90 peratus kandungan syampu ini adalah diperkaya dengan bahan semula jadi. Ia juga dapat mengelakkan daripada rambut gugur dan masalah botak.
8. Shampoo Melaleuca (Natural) Herbal

Syampu ini terdiri daripada dua jenis iaitu biasa dan herba. Bagi jenis herba ia diperbuat daripada bahan semula jadi botanikal yang mampu mengurangkan masalah rambut gugur.
9. Shiseido The Hair Care Adenovital Shampoo

Syampu organik ini diformulasi daripada buah aprikot, adenosine, ekstrak ononis, ekstrak ashitaba, ekstrak lingzhi, ekstrak lada Jepun dan dipropylene glycol yang mampu melembabkan rambut.
10. Moist Diane Be True

Diperbuat daripada keratin vegan untuk membaiki struktur rambut secara menyeluruh dengan ekstrak air mawar bagi mewujudkan haruman bak mawar merah. Syampu ini juga diperkaya dengan sumber terbaik untuk rambut kerinting, ekstrak Kale & Quinoa, kaya dengan vitamin A, E dan anti-oksidan untuk meningkatkan tahap penghidratan.
11. Love Beauty and Planet (LBP)
Produk syampu dan perapi Love Beauty and Planet dirumus untuk menyinarkan rambut, di samping melindungi rambut berwarna menerusi produk Murumuru Butter & Rose. Produk ini juga mendorong rakyat Malaysia untuk menyayangi diri mereka dengan memilih produk rambut yang diperbuat daripada 100% bahan semula jadi dan juga menggunakan botol boleh dikitar semula.
BACA: Wanita Ini Kongsi Petua Rambut Gugur Dengan Hanya Guna Syampu & Garam, Memang Berkesan
Selepas ini bolehlah korang cuba guna syampu-syampu organik yang kami senaraikan ini. Selamat mencuba!
**
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hilangkan ‘Skin Tag’ Guna Cuka Epal, Tak Perlu Bazir Buat ‘Laser’ Lagi

Isi Kandungan
ToggleBiarpun dikatakan tidak merbahaya, namun jika lebihan kulit ini makin membesar akan menyebabkan seseorang rasa tidak selesa dan sekaligus menjejaskan rasa keyakinan untuk tampil di khalayak.
Skin tag ini juga sering timbul pada wanita terutama yang baru mengalami kenaikan berat badan, perubahan hormon, faktor usia dan disebabkan faktor genetik.
Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan rawatan dermatologi seperti pancaran laser, tetapi kos agak mahal. Selain itu untuk lebih bajet, anda boleh gunakan cuka epal untuk menghilangkan masalah kulit ini.
Caranya adalah dengan ambil sedikit cuka epal dan letakkan di mana-mana bahagian skin tag dan urut perlahan-lahan.
Boleh dilakukan berulang kali. Jika lakukan lebih kerap, pastinya skin tag ini lama-kelamaan akan tanggal sendiri.
Panduan:
1. Ambil kapas muka dan tuang cuka epal.
2. Gosokkan perlahan-lahan pada skin tag.
3. Anda mungkin perlu lakukan dua atau tidak kali sehari selama beberaa hari atau minggu sehingga melihat perubahan pada skin tag.
4. Akan berubah warna jadi semakin gelap dan akan jatuh sendiri.
Lihat Video Ini:
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.