Usaha usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Shukri bersama Nur Sajat dan penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna merakam album Bobo Di Mana, nampaknya sekali lagi menjadi kontroversi.
Bobo Di Mana dikatakan sebuah lagu lucah kerana aksi “goyang lebih penyanyinya”, mampu merosakkan minda para remaja malah pelbagai komen negetif dilemparkan para netizen sejak lagu itu dilancarkan secara rasmi Khamis lalu. Jika Aliff, Sajat dan Lucinta bertanya Bobo Di Mana, mungkin disebabkan marah dengan lagu berkenaan, ada netizen membuat parodi menjawap BOBO DI NERAKA! Marah sungguh bukan.
Di sebalik isu tidak suka menonton ini, sekalipun baru lima hari disiarkan di official mereka di laman You Tube, lagu Bobo Di Mana sudah mendapat 3,081,161 view dengan 27 k menyukai dan 232 k tidak menyukainya (jumlahnya setakat ditulis).
Satu soalan, tak suka tapi tetap nak tengokkan! Inilah naluri kuat manusia untuk mengetahui di sebalik apa yang hangat diperkatakan. Tapi nampaknya para netizen tidak segan silu mempamerkan rasa ketidak puasan hati mereka termasuk ada yang mahu buat report terus ke You Tube kerana merasakan lagu ini mengandungi kelucahan melampau.
Untuk rekod, sebelum Bobo Di Mana, lagu Abang Nak Tegur nyanyian Aliff Shukri dan Sajat yang dilancarkan 10 bulan lalu juga mendapat 2.630,003 tontonan dengan 54k menyukai sementara 136k tidak menyukainya.
Jika mengikut rekod dari dua buah album berkenaan, usaha mengambil penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna nampaknya tidak membuahkan hasil kerana semakin ramai tidak menyukainya. Tapi mungkinkah netizen mempamerkan “kemarahan” kepada dua usahawan tersebut sebagai signal “mereka sudah muak”.