Kebiasaan, kemeriahan musim anugerah pada setiap awal tahun akan dimulakan oleh acara Golden Globes yang cukup berprestij dan dinanti-nantikan oleh orang ramai.
Masakan tidak, Golden Globes merupakan acara yang menjadi penanda aras terhadap segala ramalan bagi kategori filem yang dicalonkan untuk acara-acara anugerah berikutnya seperti Screen Actor Guild Awards (SAGs), BAFTA Awards, Critic Choice Awards dan penutup gemilang di Anugerah Akademi atau Oscars.
Golden Globes yang berlangsung pada hari ini bagaimanapun tampak berlainan apabila ia tidak semeriah tahun-tahun lalu. Ruang media sosial tidak ‘gegak-gempita’ dengan klip momen-momen menarik. Tiada juga foto-foto rasmi yang memperlihatkan gaya fesyen selebriti terkenal di karpet merah.
Ini kerana Golden Globes 2022 tidak disiarkan secara langsung di saluran NBC. Acara karpet merah bagi meraikan para pengkarya televisyen dan filem juga dibatalkan sama sekali.
Senario ini bukan disebabkan oleh ancaman varian COVID-19 tetapi disebabkan oleh tindakan boikot penggiat industri seni di Hollwyood terhadap penganjur acara, HFPA atau dikenali sebagai the Hollywood Foreign Press Association.
Menurut laporan, majoriti firma perhubungan awam (PR) yang mengendalikan para selebriti, produksi filem dan drama telah sebulat suara memboikot acara Golden Globes yang dituduh sebagai penganjur seksis dan rasis.
Ads
HFPA dilaporkan tidak melantik seorang pun panel juri berkulit hitam atau wakil wartawan berkulit hitam dalam kalangan 87 orang yang terlibat dalam pemilihan pemenang.
Beberapa aktres terkenal seperti Scarlett Johansson pula mendakwa dirinya menjadi mangsa pertanyaan seksis sewaktu acara anjuran HFPA dilangsungkan tidak lama dahulu.
Lebih malang lagi apabila muncul dakwaan berlakunya kegiatan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan ahli HFPA.
Oleh yang demikian, sesetengah syarikat produksi besar seperti Netflix telah mengambil tindakan lebih proaktif untuk memboikot dan tidak membenarkan klip karya produksinya dimainkan di Golden Globes 2022.
Ads
Sentimen sama turut disuarakan oleh produksi Disney yang beranggapan kegemilangan acara Golden Globes telah ‘diranapkan’ oleh HFPA sendiri. Majoriti penggiat seni kini melaungkan kebencian terhadap HFPA yang selama ini ‘bermaharajalela’ menjadi penganjur walaupun hakikatnya penganjuran mereka bermasalah.
Dengan ketiadaan karpet merah, sidang media dan program siaran langsung, acara Golden Globes 2022 ibarat langsung tidak diadakan. Apa yang telah dilakukan oleh penganjur pada sebelah pagi tadi hanyalah mengumumkan senarai pemenang di media sosial dan trofi anugerah akan dihantar ke alamat pemenang pada keesokan harinya.
Untuk pengetahuan, antara nama-nama besar yang dinobatkan sebagai pemenang pada edisi kali ini termasuklah Will Smith (King Richard), Nicole Kidman (Being the Ricardos) dan Andrew Garfield (tick, tick…BOOM!). Bagaimanapun, tiada seorang pun buat masa ini yang telah memberi ucapan mengenai kemenangan mereka sebagai tanda boikot.
Ads
Lebih mengecewakan apabila pelakon terkenal, Tom Cruise juga dilaporkan mengembalikan semula tiga trofi Golden Globes yang pernah diterimanya sebelum ini.
Boikot ini juga membuatkan ramai terkilan tidak dapat melihat pelakon O Yeong-su yang terkenal menerusi drama Squid Game menaiki pentas bagi menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Bagi Siri, Mini Siri atau Filem Televisyen.
Jujurnya, ramai yang kecewa dengan ketiadaan acara Golden Globes yang dianggap sebagai acara wajib bagi memulakan musim anugerah di Hollywood. Namun jika inilah pengorbanan yang perlu dilakukan demi meningkatkan semula martabat Golden Globes sebagai peneraju acara anugerah pada masa akan datang, kami pasti ramai yang akan kembali memberi sokongan apabila ia dianjurkan semula pada tahun 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tak kenal dengan label terkemuka FIZIWOO yangsering digayakan oleh vvip, selebriti dan orang-orang kenamaan.
Tapi jangan risau, korang pun boleh pakai baju yang direka oleh Fiziwoo ini.
Terbaru LILIT berkolabrasi dengan pereka fesyen ternama WOO/FIZIWOO untuk koleksi pakaian wanita yang mampu milik.
Menariknya kolaborasi LILIT X Fiziwoo ini mengambil langkah berani dengan membawakan cetakan lembut kepada para peminat LILIT.
Selain itu kolabrasi ini juga memperkenalkan rekaan yang lebih segar, potongan one-for-all disertakan beberapa teknik seperti pleats dan cetakan. Pelbagai jenis rekaan untuk blaus, skirt, jumpers, dan seluar panjang, koleksi kerjasama LILIT.
Bab harga pula, korang jangan risau sebabnya koleksi X WOO/FIZIWOO ini dijual dengan harga yang berpatutan dan berbaloi untuk dimiliki! Ia bermula dari RM99 sehingga RM199.
Rekaan ini didatangkan dengan saiz dari XS sehingga XXL.
Direka khas buat korang yang nak bergaya dengan merasa yakin terhadap diri mereka. Silhouettes yang ayu dan beralun dengan perincian seperti leher tinggi cetakan floral dan pleats lembut, sementara warna pada palet dan cetakan adalah lembut dan elegan yang tidak pernah anda lihat sebelum ini.
Jadi peminat Fiziwoo jangan lepaskan peluang untuk dapatkan koleksi LilitXFiziwoo ini. Dilancarkan secara eksklusif di butik FashionValet Publika, dalam talian dan aplikasi telefon bermula 28 januari 2020. Malam ni guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengumuman kemunculan semula Lisa Manoban dari kumpulan sensasi Korea Selatan, Blackpink bagi musim ketiga program realiti menjadi idol China ‘Youth With You’ telahpun menjadi perbualan hangat awal bulan ini.
Setelah ia disahkan oleh YG Entertaiment pada 7 Januari lalu, BLINKS di semua platform media sosial jelas teruja dengan kemunculan semula rapper dan penari lincah itu bagi musim kedua berturut-turut.
Ini memandangkan impak yang dibawakan Lisa pada musim lalu apabila penonton dapat melihat betapa seriusnya dia semasa sesi latihan para peserta sehingga klip program itu menjadi tular.
Menginjak 2 minggu kemudian, ‘Youth With You 3’ kembali mencuri tumpuan pada hari Ahad lalu apabila mereka mengumumkan senarai penuh 119 peserta ataupun ‘trainee’ yang terpilih bagi bertanding.
Dalam ramai-ramai peserta, salah seorang daripadanya ialah Jun Liu yang dilaporkan berasal dari Malaysia!
Untuk pengetahuan, Jun Liu merupakan seorang tenaga pengajar tarian dan koreografer di studio tarian terkenal di Korea Selatan, 1Million Dance Studio. Dia tampil berbeza dengan latar belakang keturunan darah Cina berbanding jurutari lain yang merupakan warga Korea.
Sebagai tenaga pengajar termuda di sana, Jun Liu sebenarnya telah mengutip banyak pengalaman setelah dia mula menari sejak usia 7 tahun. Jelas, dia tertarik untuk menyertai industri hiburan dan merasakan keputusan untuk belajar di Korea Selatan adalah tepat demi mengejar cita-citanya itu.
Katanya dalam satu temuramah bersama Bili Bili, “Saya bermula dari seorang pelajar tarian di 1Million dan mengambil video koreografi bersama beberapa jurutari. Kami berlatih bersama dan terus diserap masuk menjadi tenaga pengajar.
“Saya tidak menunjukkan cara yang ‘sempurna’ untuk menari, saya hanya berkongsi cara saya ekspresikan diri melalui tarian. Saya lebih memilih untuk dikenali sebagai dance artist berbanding dance teacher.
Perlahan-lahan, Jun Liu mendapat kepercayaan untuk menjadi koreografer bagi beberapa single penyanyi di Korea seperti untuk kumpulan GOT7 (menerusi lagu Lullaby) dan juga grup lain di China. Malah dia juga pernah menjadi model penari untuk iklan komersil, Vivo.
Berbekalkan minat, bakat dan potensi yang ada, Jun Liu akan menjadi salah seorang trainee ‘Youth With You 3’ yang akan memberikan saingan sengit dalam program tersebut.
Jom lihat beberapa persembahan tarian yang melibatkan Jun Liu di 1Million Dance Studio.
Di kalangan peminat K-pop perkara ini bukanlah satu masalag bagi mereka. Pastinya mereka akan cukup kenal dengan wajah-wajah K-pop idols pujaan masing-masing.
Tapi pernah tak kamu dengar terutamanya daripada bukan peminat K-pop yang sering mengatakan ‘penyanyi K-pop semuanya muka lebih kurang’. Atau ‘aku tengok mereka ni semua sama tak ada beza’.
Ya, itu mungkin benda biasa kita dengar. Tapi hakikatnya memang ada selebriti K-pop dan Korea yang mempunyai wajah seiras. Malah ramai di antara mereka telah mengelirukan ramai orang. “Are we seeing double?” Mungki itu yang menjadi persoalan penuh misteri. LOL
Jom saksikan foto-foto ‘pelanduk dua serupa’ artis Korea di bawah. Adakah kamu rasa wajah mereka memang seiras?
Sepasang sudah anak Song Joong Ki pasangannya Katy Louise Saunders.Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali...