Syarikat pakaian sukan antarabangsa, PUMA membuat keputusan untuk menghentikan penajaan pasukan bola sepak kebangsaan Israel selepas kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) tamat pada 2024.
Menurut jurucakap PUMA, keputusan tersebut bagaimanapun sudah dirancang sejak tahun lalu dan tiada kaitan dengan konflik peperangan yang berlaku di Gaza.
Keputusan ini sebaliknya adalah strategi syarikat tersebut untuk mengoptimakan lagi portfolio pemasaran sukannya.
Ads
“Di PUMA, kami memahami bahawa perkongsian strategik akan selalu berubah secara semulajadi dan kami yakin hala tuju baharu ini akan membenarkan kami untuk meneruskan inovasi sekaligus menguasai industri fesyen sukan,” katanya.
Pasukan bola sepak kebangsaan Israel yang menerima tajaan daripada PUMA.
Untuk pengetahuan, Sejak tahun 2018, PUMA telah menyediakan pakaian dan peralatan sukan kepada pasukan bola sepak kebangsaan Israel.
PUMA berdepan gesaan boikot daripada seluruh dunia terutamanya persatuan aktivis kemanusiaan susulan kerjasamanya dengan IFA itu gara-gara IFA yang berpangkalan di Tebing Barat.
Ads
Gesaan itu semakin lantang dilaungkan setelah serangan pasukan ketenteraan Israel ke atas Gaza pada tahun ini yang membunuh lebih 18,000 rakyat Palestin.
Kapten pasukan bola sepak kebangsaan Israel, Eli Dasa.
Dalam satu kenyataannya kepada Reuters pada Selasa, PUMA mendedahkan kontrak syarikat itu dengan beberapa persekutuan bola sepak kebangsaan lain termasuklah dengan Serbia juga akan tamat pada 2024 dan ia tidak akan diperbaharui.
Ads
Katanya lagi, PUMA akan mengumumkan perjanjian baharu dengan beberapa persekutuan bola sepak dan menyebutnya sebagai, “Satu strategi kecil yang lebih baik”.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pakar perubatan kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri sering berkongsi dengan netizen isu berkaitan perubatan menggunakan laman sosial medianya.
Terbaru, menggunakan aplikasi Question di laman Instagram, dia meminta netizen berkongsi mitos perubatan yang sering didengari di mana dia akan memberikan komen mengenai perkara tersebut.
Percaya atau tidak, banyak juga mitos perubatan yang selama ini yang kita ingatkan betul namun sebenarnya salah sama sekali.
Moga-moga dengan perkongsian Dr Amalina ini dapatlah memberikan sedikit manfaat kepada netizen ya. Moga-moga selepas ini tak adalah muncul mitos yang pelik-pelik lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita pemergian pelakon berbakat, Allahyarham Ashraf Sinclair pada pagi semalam nyata telah mengejutkan ramai pihak.
Namun tiada siapa yang lebih terkejut melainkan ahli keluarganya sendiri, termasuklah adik Ashraf – Aishah Sinclair.
Menurut perkongsian oleh rakan penyampai radionya Rod & Prem, Aishah sudah bersiap sedia untuk ke udara pada jam 5.48 pagi semalam di konti stesen radio MIX ketika menerima berita tersebut.
Kata 2 orang rakannya itu menerusi program MIX Breakfast yang ke udara dari 6 pagi hingga 10 pagi, berita tersebut disampaikan sendiri oleh ibu Aishah, arwah Asyraf dan Adam – Khadijah Abdul Rahman.
Terkejut, dia terus bergegas pulang ke rumah untuk mengambil penerbangan segera ke Jakarta bersama ibu bapanya.
Pergi Dengan Tenang
Aishah yang juga pernah membintangi drama Gol & Gincu The Series bersama Asyraf juga dimaklumkan adiknya itu meninggal dalam keadaan sedang tidur di Hospital MMC, Jakarta pada jam 3.45 pagi (waktu tempatan) semalam.
Menerusi posting di Instagram pada tengah malam tadi, Aishah sedih tetapi reda dengan pemergian tersebut.
“Tempat pengabadian terakhir.
“Terima kasih kepada semua orang yang menghubungi, memanggil dan terbang ke sini.
“Ini merupakan antara hari-hari paling sukar untuk keluarga saya, kasih sayang dan sokongan kalian amat kami hargai.
“Satu perkara yang pasti, Ashraf amat disayangi oleh ramai orang.”
*
Untuk pengetahuan, Allahyarham Ashraf Sinclair atau nama penuhnya, Ashraf Daniel Bin Mohammad Sinclair juga merupakan finalis akhir Hero Remaja 1997.
Bila sebut kanser, hanya kematian terbayang dalam diari mereka yang disahkan mengidap penyakit ini. Sepanjang proses rawatan pula, perlu menghadap radioterapi dan kimoterapi yang pastinya amat menyakitkan.
Tapi apabila disahkan pulih dan bebas dari penyakit berbahaya ini, rasa syukur itu sukar diungkapkan. Perasaan yang sama inilah juga dirasai oleh seorang remaja, Syuhaini Mohd Dzulkifli, 21 tahun dari Jeli, Kelantan.
Oktober lalu, dia menjalani pembedahan membuang sebahagian tulang peha dan betis dalam menghentikan kanser terus merebak di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Sudah rezekinya, selepas menjalani pembedahan tersebut, ketumbuhan itu sudah tiada dan kini dia perlu menjalani rawatan susulan setiap enam bulan sekali.
REMAJA menghubungi Syuhaini atau mesra disapa Ernie di kalangan rakan-rakan sudi berkongsi kisahnya demi memberi inspirasi kepada mereka yang senasib.
Beginilah keadaan Ernie sekarang. Kesihatannya nampak semakin pulih. Ahad ini dia akan jalani kemoterapi kali ke empatBeginilah situasinya ketika bulan Oktober tahun lalu. Kanser tulang dihadapinya memerlukan pembedahan segera
Bagaimana tahu ada kanser tulang?
Mulanya saya rasa lenguh-lenguh di bahagian badan. Tapi ketika itu saya tak terfikirkan tentang kanser. Bila urut lenguh tak juga hilang. Tapi saya perasan di bahagian lutut kiri semakin bengkak.
Kemudian follow up di mana?
Bila bengkak lutut semakin membesar, saya pergi ke Klinik Kesihatan. Buat ujian tapi tak dapat kesan kenapa bengkak. Tapi bengkak makin besar. Saya disuruh buat fisioterapi tetapi bengkak semakin jelas kelihatan. Sampailah rujukan dibuat ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan dari situ nampak seperti ada ketumbuhan. Ketika itu tidak tahu ada kanser lagi. Kanser tulang ini hanya disahkan ketika saya berada di HUSM, itu pun selepas isi ketumbuhan diambil.
Ibu bapa yang banyak memberi dorongan untuknya agar bertabah dengan semua ujian
Bagaimana perasaan ketika itu?
Rasa menangis teruk. Tanya kenapa diuji begini sedangkan saya tidak nampak apa-apa tanda yang saya ada penyakit bahaya ni.
Tapi kemudian saya rehda dengan ujian ini. Ketika itu saya bekerja dengan mengajar di sebuah tadika di Kuantan. Bila tahu sakit saya berhenti dan balik kampung.
Ini gambar Ernie ketika dalam sakit dan sebelum teruk
Apa yang buat Ernie sukses dengan kanser?
Bulan Oktober tahun lalu, saya merayu minta bantuan kewangan kerana pembedahan ini memerlukan RM15,000. Alhamdulillah pembedahan ini berjaya. Doktor memasukkan besi dari paras peha ke bawah lutut. Besi ini boleh dibengkokkan. Buat masa ini tidak boleh solat berdiri lagi kerana dalam proses pemulihan tapi masa depan, boleh seperti diberitahu oleh doktor.
Bagi, saya untuk sukses, kita perlu ikut saranan doktor kerana mereka lebih pakar. Ada orang memilih berubat kampung dan sebagainya tapi saya percaya dengan keputusan pakar. Lagi pun kanser tulang saya masih di peringkat awal kerana saya segera membuat pemeriksaan doktor bila tidak sihat.
Alhamdulillah kerana pemeriksaan awal dan tak bertangguh inilah penyakit saya dapat dikesan awal. Ada setengah dari kita membiarkan kesakitan melarat baru mahu ke doktor. Nasihat saya kalau ada kelainan pada anggota tubuh badan kita segera bertemu doktor kerana lebih mudah mengesan penyakit. Saya mahu pulih sebab saya mahu kembali aktif.
Nasihat saya, kanser ini perlukan rawatan awal kerana lagi awal dapat dikesan, lagi mudah untuk doktor jalankan tugas mereka. Terdahulu saya sudah buat 3 kali kimoterapi dan tinggal lagi tiga pusingan. Insya Allah hari Ahad ini akan buat lagi sekali. Buat masa ini, jumpa doktor pun 6 bulan sekali.
So korang, insya Allah dengan doa semua, moga Syuhaini terus sukses dengan kehidupannya. Kita mungkin insan terpilih yang diuji dengan kesakitan tetapi paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak di antara kita yang sering terlepas pandang tentang pentingnya penggunaan pelindung matahari SPF atau sunblock, kan?
Tapi, sebenarnya, penggunaan sunblock setiap hari, terutamanya...