Aduhh Stormi Webster, dia sememangnya merupakan anak paling bertuah di dunia ini.
Stormi yang merupakan anak sulung kepada sosialit serta pemilik Kylie Cosmetics, Kylie Jenner telah menyambut hari lahir keduanya dan netizen tak boleh menerima betapa besarnya skala parti yang dianjurkan.
Pada hari lahir sulungnya tahun lepas, ramai yang terkejut melihat Kylie menyediakan sebuah taman tema bernama Stormi World demi anaknya itu. (TBH, Stormi tak akan ingat pun sesaat daripada pengalaman tersebut)
Tahun ini, Stormi World kembali semula dengan khemah marquee besar, replika inflatable dengan muka Stormi sebagai pintu masuk, ride sebenar dan BANYAK lagi tarikan lain.
Dengan tema 2 Is Better Than 1 (kerana ia hari lahir keduanya, duh), Kylie sempat berkongsi beberapa klip menerusi Instagram Story.
Di dalam khemah tersebut, Kylie menyediakan zon bertema seperti Trolls World, Frozen World dan Stormi World.
Para jemputan akan diberikan peta setelah masuk ke dalam – yes it was that HUGE. Manalah tahu ada yang tersesat dalam khemah itu.
Di satu sudut, terdapat juga kedai merchandise untuk jemputan – serius sama seperti di dalam taman tema sebenar.
Apa yang menarik perhatian penulis adalah bagaimana netizen memberi reaksi mereka terhadap birthday party tersebut. Antaranya termasuklah:
“Saya boleh membeli mansion dengan kos parti ini. Siap dengan kereta mewah di dalam garaj.”
“Boleh tak Kylie Jenner ambil saya sebagai anak angkat?”
“Disneyland is shooketh.”
“Satu hari nanti, orang akan membeli tiket untuk masuki Stormi World.”
*
Apapun, Kylie Jenner jelas boleh menanggung kos parti ini setelah koleksi kosmetik terbarunya berjudul Stormi habis terjual dalam beberapa hari saja!
We are SO jealous.