Korang tahu tak amalan berbekam di wajah mampu jadikan kulit korang lebih flawless.
Sebenarnya, teknik bekam ini telah wujud sejak dahulu lagi. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, cawan atau mangkuk kaca telah digunakan untuk tujuan berbekam. Manakala, orang Cina pada zaman kuno pula berbekam menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah kotor dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di negara Barat hingga sekarang.
Kebaikan Berbekam
1. Rawat Kulit Bermasalah
Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit dan juga resdung, terapi bekam boleh dilakukan bagi merawat masalah berkenaan. Bekam juga mampu melancarkan aliran darah pada bahagian wajah agar kelihatan awet muda. Kulit muka yang bermasalah berpunca daripada bakteria-bakteria yang berkumpul dalam darah pada bahagian bawah muka. Apabila bekam darah dilakukan, kesemua bakteria tersebut akan disedut keluar bersama darah kotor yang pekat.
2. Kesegaran Tubuh Badan
Ads
Terapi bekam dilakukan bertujuan untuk memanas dan melancarkan aliran tenaga dalam darah, sekaligus mampu membuatkan tubuh seseorang kembali segar dan bertenaga. Darah yang keluar menerusi kulit hasil daripada rawatan bekam adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah ini yang mendorong pelbagai penyakit dalam tubuh badan seseorang.
3. Kurangkan Migrain dan Senggugut Pada Wanita
Berbekam juga mampu mengurangkan migrain dan masalah senggugut pada wanita, serta melancarkan peredaran darah yang tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat pada badan, dan terapi bekam akan melancarkan kembali peredaran darah tersebut.
4. Buang Angin Dalam Badan
Ads
Bagi individu yang sering mengalami keletihan dan kelesuan, bekam pada kawasan leher, bahu dan otot mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan. Kebiasaannya, selepas berbekam, seseorang itu akan sendawa dan banyak angin akan keluar daripada badan, hasilnya badan akan terasa lebih ringan.
Untuk info, terapi bekam ini terdiri daripada dua jenis teknik iaitu bekam kering dan juga bekam basah. Namun, mereka yang berbekam dinasihati agar tidak mandi 3 jam selepas menjalankan bekam.
Namun apa hukumnya berbekam, ikuti penjelasan menurut muftiwp.gov.my ini :
Ads
Ulasan ringkas berkaitan hadith-hadith berbekam
Jumhur ulama’ mengatakan dibolehkan mengambil upah untuk berbekam kerana larangan yang terdapat di dalam hadith adalah berbentuk makruh bukannya haram. Selain itu juga, berbekam tidak membatalkan puasa jika ia dilakukan ketika berpuasa berdasarkan hadith Ibn Abbas RA. Tambahan pula, berbekam juga merupakan sebaik-baik perubatan sepertimana yang diberitakan oleh Nabi SAW kepada kita tetapi perlu melihat pada penyakit yang sesuai untuk diubati dengan cara ini
Hukum berbekam
Terdapat sebahagian para ulama’ mengatakan bahawa ia adalah sunnah secara mutlak. Iaitu sesiapa sahaja yang melakukan akan mendapat ganjaran samada ia berhajat padanya ataupun tidak. Namun begitu, Dr. ijaj al-Khatib berpendapat bahawa berbekam adalah satu tuntutan terhadap sesiapa yang memerlukannya dan Nabi SAW juga telah mengatakan sedemikian.
Malah, jika orang yang sakit berbekam dengan pembekam yang berautoriti kerana beramal dengan apa yang dinasihatkan dan diajar oleh Nabi SAW maka perbuatan tersebut akan mendapat pahala daripada Allah SWT tanpa syak lagi. Adapun bagi sesiapa yang tidak memerlukannya maka tidak akan mendapat pahala daripada Allah SWT melainkan melakukannya hanya sekali seumur hidup disebabkan beramal dengan hadith Nabi SAW yang sahih dan thabit seperti dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal.
Virus Covid-19 sehingga kini masih belum menunjukkan tanda untuk ‘hilang’ dari muka bumi ini. Namun ada berita gembira buat kita terutamanya rakyat Malaysia apabila kita telah mendapat vaksin Covid19.
Terbaru, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin COVID-19, iaitu tambahan 10 peratus lagi kepada bekalan vaksin yang bakal diterima negara.
Yakinkan Rakyat Vaksin Selamat Dan Berkesan
Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berkata beliau akan menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh negara selamat dan berkesan.
Perdana Menteri berkata ini akan diikuti oleh petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas serta penghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik.
Beliau berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin yang telah ditubuhkan dan dipengerusikan bersama oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin akan memastikan bekalan vaksin dapat diperoleh pada kadar segera.
Walaupun kita sudah mendapat vaksin Covid19, Perdana Menteri turut mengingatkan rakyat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan mengamalkan kebiasaan seperti kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dan menjaga jarak fizikal.
Demi mengejar cinta yang satu, tular di media sosial apabila pasangan suami isteri yang lebih dikenali sebagai Ahmad Isa dan Adilah menuju ke tanah suci tersebut dengan berbasikal sahaja.
Hanya menggunakan dua buah basikal sebagai pengangkutan utama, pasangan ini berjaya mengayuh basikal selama 420 hari untuk menjejakkan kaki ke Bumi Mekah Al-Mukarammah.
Walaupun kedengaran agak mustahil, namun bagi pasangan merpati dua sejoli itu, ia adalah satu cabaran buat mereka.
Malah, mereka juga telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa dengan hanya berbasikal, berbekalkan azam dan semangat yang kuat merentasi 14 buah negara, pasangan itu akhirnya berjaya menjejakkan kaki demi mengejar cinta Ilahi.
Perkongsian tersebut dikongsikan Ahmad Isa menerusi platform media sosial TikTok dan Instagram miliknya.
“Air mata tak berhenti tengok video ini, adakah ini rindu?” coretnya di ruangan kapsyen.
Menerusi video tersebut, pelbagai dugaan dan cabaran yang telah dilalui oleh mereka bersama, sepanjang perjalanan ke sana.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan perasaan teruja dan memuji tindakan pasangan itu. Hal ini kerana bukan mudah untuk merealisasikan sesuatu impian.
“Allahu Akbar, MashaaAllah… kuat semangat betul tuan Ahmad dan Ustazah Adilah. Punya hati yang cekal, tabah, yakin yang tinggi pada Allah,” komen seorang pengikutnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hidup bujang ni semua benda kalau boleh nak yang mudah, murah tapi cantik. Termasuklah dekor rumah sekali. Kalau dapat yang DIY tapi menarik, confirm rasa nak try buat.
Jadi kami nak berikan beberapa idea yang korang boleh buat daripada bakul terbiar atau beli saja di kedai barangan rumah dengan harga yang lebih murah.
Bakul kosong yang mungkin korang tak nampak kegunaannya selain menyimpan barangan di stor, sebenarnya jika pandai mengubahsuai, ia boleh jadi sesuatu yang kreatif dan menarik.
Nah, berikut merupakan beberapa idea yang boleh korang cuba.
1. Rak buku
‘
Sesuai untuk mereka yang ulat buku. Dah banyak sangat buku sampai tak tau nak letak dekat mana. So, korang boleh try buat macam ni. Nampak lebih kemas dan tersusun.
2. Bangku
Kalau nak buat santai-santai dan untuk bangku kanak-kanak okay la kot. Kalau berat badan berlebihan, jangan pula korang bagi duduk dekat sini. Habis nanti bakul pecah, punggung pun sakit. Hiks!
Tak pun, kalau buat untuk hiasan deko rumah pun boleh je. Nampak la menarik sikit.
3. Bakul stor
Ini yang biasa kita gunakan untuk bakul macam ni. Simpan barang-barang yang tak guna. Tapi kalau korang nak nampak style sikit, boleh la buat macam ni okay?
4. Rak siling
Kalau nak jimat ruang pula, buat rak siling seperti ini. Tapi make sure korang letak barang yang ringan dan bukanlah
5. Rak kasut
Nak jimat duit beli rak kasut kayu, buat saja guna bakul yang jauh lebih murah. Kalau beli perabot kasut tu harganya mungkin beratus-ratus, jadi sebab korang kreatif sangat kan, buat je macam ni. Okay what!
6. Rak serba guna
Tengok pada gambar mesti korang dah idea nak buat macam mana kan. Daripada rak tv, boleh sampai jadi macam perabot rumah dah. Cuma sebelum tu kena pasti kan pemasangan dibuat dengan teliti dan kukuh ya. Takut ada yang cedera pula nanti.
7. Laundry station
Simple tapi ada kegunaannya. Laundry station di rumah biasanya mempunyai ruang membasuh yang terhad. Jadi, ini cara yang paling mudah dan murah boleh korang buat.
Amacam, dah dapat idea tak? Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak di antara kita yang sering terlepas pandang tentang pentingnya penggunaan pelindung matahari SPF atau sunblock, kan?
Tapi, sebenarnya, penggunaan sunblock setiap hari, terutamanya...