Edisi kesembilan Pencarian Hero Remaja 2017 dah pun berakhir pada Oktober tahun lalu.
Namun, masih ramai yang bertanyakan kepada pihak Majalah Remaja bila ujibakat seterusnya akan diadakan. Nampaknya, ramai nak mengikuti jejak langkah Fattah Amin dan penyandang terbaru, Alif Muhaimin.
Bagi korang yang tak tahu, Fattah Amin merupakan pemenang gelaran Hero Remaja daripada batch 2011/2012. Dan Fattah bukanlah satu-satunya pelakon dan selebriti lelaki yang berasal dari batch tersebut.
Salah seorang bakat yang muncul pada waktu itu ialah Nur Ali Bin Nadzwan Umur atau lebih dikenali sebagai Ben Ali.
Dalam perkongsian terbaru Ben di akaun Facebook-nya, dia mengingati semula masa dia bersama 24 orang finalis lain yang dipilih oleh mantan editor Majalah Remaja, Roselinda Mohd Yusof serta beberapa lagi juri lain yang berada dalam bilik yang sama.
“Thank you Majalah Remaja dan editor yang begitu teliti dan peka memilih finalis berlandaskan beberapa aspek penting.”
Aspek apa tu sebenarnya?
Kalau nak tahu, ujibakat yang diadakan pada masa itu juga menilai peserta secara intelek di mana mereka perlu berhadapan dengan ujian IQ.
“Yang paling menarik minat saya pada ketika itu adalah kami perlu menjawab soalan-soalan Matematik, Sains, Pengetahuan Am dan sebagainya. Dan kebanyakan daripada kami pada waktu itu merupakan pelajar-pelajar IPT dan IPTA seperti MIAT, UTP, UiTM dan banyak lagi,” kata Ben.
Ya, mereka adalah kelompok finalis terpelajar. Antaranya termasuklah Saharul Ridzwan (berjaya Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS), bekas pelajar MRSM, Sekolah Sains Alam Shah, bekas pelajar UiTM dan graduan degree Aircraft Maintenance Engineering).
Begitu juga dengan Fattah Amin (graduan degree Creative Industry Management), Nazrief Nazri (graduan double degree Maritime Operation) dan Ben Ali sendiri (graduan Fakulti Filem, Teater & Animasi – UiTM Puncak Perdana Shah Alam).
“Jujur saya katakan semasa sesi casting dilakukan, terdapat lebih ramai lagi jejaka tampan dan kacak yang hadir. Lebik kacak daripada Fattah Amin! Namun, muka-muka ini yang dapat ke peringkat akhir walaupun tak sekacak mana,” kongsi Ben lagi
Kami juga sependapat dengan Ben yang berkata pemilihan finalis Hero Remaja tidak berlandaskan rupa paras semata-mata. Dan disebabkan para juri melihat kepada potensi serta aspek lain seperti latar belakang pendidikan tadi, satu demi satu berjaya melangkah masuk ke bidang hiburan mengikut cara yang tersendiri.
“Ada yang cepat, ada yang lambat. Yang penting matlamat tercapai.
Nasihat Ben kepada finalis baru, “Menjadi finalis Hero Remaja bukanlah tiket mudah yang menjanjikan kejayaan mutlak di dalam industri. Sebaliknya usaha dan keinginan yang membara, ditambah dengan kesabaran dalam melakukan sesuatu itulah kunci kepada kebanyakan mereka ini.”
Ben turut menumpang bangga apabila melihat rakan seperjuangannya daripada batch
Hero Remaja 2011/2012 dengan kejayaan masing-masing, baik di dalam mahupun di luar industri hiburan.“Jika berlandaskan rupa paras saja tak akan menjamin apa-apa kejayaan. Pemikiran yang kritis dan pembawakan diri yang baiklah yang menempatkan seseorang di kedudukan yang baik.”
Fuh, gentle ayat Ben bagi pendapat dan nasihat.
Diharap finalis batch Hero Remaja 2017 dan batch seterusnya dapat memegang kepada prinsip kerja keras dan ikhlas untuk berjaya.
Thanks Ben for this food of thoughts! Dan tahniah atas pertunangan bersama pilihan hati, Nadiyah Shahab bulan lalu.