Ramai antara kita yang mungkin pernah mengecas telefon bimbit dan lain-lain alatan elektronik di masjid ketika berhenti solat seketika. Mungkin ramai yang tidak akan hukum perbuatan tersebut. Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri  telah menulis di facebooknya.  Semoga penjelasan ini memberi manfaat buat semua.

Soalan :
Bolehkah makmum menggunakan tenaga elektrik di masjid untuk mengecas gajet persendirian?

Jawapan :
Pada asalnya, harta yang dimiliki oleh masjid adalah bersifat wakaf hasil daripada sumbangan umat Islam. Oleh yang demikian, kegunaan harta masjid termasuk penggunaan elektrik hendaklah berdasarkan niat para pewakaf.

Kaedah fiqah menyebut: “Setiap yang bertindak bagi pihak orang lain, maka hendaklah ia bertindak berasaskan maslahah.” (1/310).

Ads

Dalam hal ini juga, bekas Mufti Mesir, Dr. Ali Jum’ah menegaskan, secara fiqahnya, setiap perkara yang diwakafkan untuk masjid seperti karpet, lampu, penyapu, air dan lain-lain tidak harus digunakan kecuali untuk keperluan masjid. Ini berdasarkan sikap Rasulullah SAW yang amat memelihara setiap perkara yang dikhususkan untuk masjid, antaranya sebagai mana sabda Baginda SAW:

Sesungguhnya anak-anak batu itu benar-benar berseru (agar tidak dikeluarkan) kepada orang yang mengeluarkannya dari masjid.” Hadis riwayat Abu Daud, no. 460. (http://www.dar-alifta.org/ar/ViewFatwa.aspx…)

Ads

Dalam isu ini, mengecas gajet persendirian atau komputer riba pada asalnya adalah harus jika digunakan untuk perkara yang baik dan berfaedah seperti membaca Al-Quran, pengajian agama, terdesak untuk menghubungi keluarga dan seumpamanya. Namun jika digunakan untuk tujuan kemaksiatan dan kesia-siaan, ia tidak diharuskan kerana bertentangan dengan matlamat asal maslahah harta masjid.

Ads

Di samping itu, disunatkan bagi mereka yang menggunakan harta masjid untuk memberikan sumbangan kepada tabung masjid sebagai membantu meringankan kos perbelanjaan dan penyelenggaraan masjid demi kemanfaatan bersama. Wallahu a’lam.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI