
Biasalah, bila tengok drama dan filem Melayu, karakter perempuan selalu sangat menjadi lemah dan kena – urgh – harapkan lelaki?
Kereta tersadai tepi jalan, harapkan boyfriend datang menjenguk. Nak pindah rumah, ahli keluarga lelaki jugalah yang jadi mangsa kena turun KL nun dari kampung. Sebabnya – “I perempuan, tak larat.”
TAPI nampaknya, finalis Dewi Remaja 2018/2019 tak terkesan langsung daripada stereotaip ‘perempuan harapkan lelaki’ okay. Malah, mereka ni lagi tak nak harapkan bantuan lelaki. Eceh, sis stok-stok power la ni.
Kali ini, mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan dan dicabar untuk membina sendiri sebuah rak tanpa bantuan sesiapa kecuali ahli kumpulan sendiri.
At one point, korang pun boleh nampak hos, Safwan Nazri lepak layan phone dekat belakang sambil Dewi bertungkus-lumus siapkan rak secepat mungkin. Eii, tak gentle lah Safwan! Hehe..
Kumpulan mana paling hebat, jom tengok.
Baik-baik paku tu girls, nanti sakit jari macam mana nak sarungkan cincin..CIA!
Anyway, congratulations kepada Hanee, Sherin, Anna & Arena.
Kalau nak menangi hadiah daripada Astro Circle juga, komen di bawah tentang cabaran apa yang korang nak Dewi lakukan selepas ini? Senang!
#dewiremaja #dewi1819 #majalahremaja #astrocircle #girlpowerchallenge
Finalis DEWI REMAJA Bersyukur Berpeluang Tunaikan Umrah Ramadan Tahun Ini

Di saat ramai yang ternanti-nantikan peluang untuk ke kota suci Mekah bagi menunaikan ibadah terutamanya dalam bulan Ramadan penuh barakah ini, personaliti yang pernah dicungkil bakatnya menerusi pencarian Dewi Remaja 2014/2015 telah menerima panggilan Ilahi untuk ke sana bersama suami tercinta.
Untuk pengetahuan, Balqish Maarif, 32 kini sedang bermastautin dan menetap bersama suami di Saudi Arabia sejak 5 tahun yang lalu.
Justeru, tidak hairanlah apabila dia berkesempatan untuk menunaikan umrah sempena 1 Ramadan semalam.
Menerusi hantaran di Instagram, Balqish menunjukkan perjalanan menuju ke kota Mekah dengan menaiki kenderaan sendiri dan berhenti di perhentian bas Kudi. Tiada jemaah yang dibenarkan untuk memandu kenderaan sendiri ke Masjid al-Haram.
“Dari perhentian tersebut, kami dan jemaah lain beratur seterusnya menaiki bas dari sana.
“Untuk menunaikan umrah, hanya rakyat Saudi Arabia yang sudah menerima dos vaksin saja dibenarkan.
“Selain itu, di dalam passport kesihatan kami juga perlu menyatakan bahawa kami sudah diimunisasi. Melainkan jemaah telah mempunyai dua perkara ini, mereka tidak dibenarkan untuk memasuki ke kota Mekah,” kongsi Balqish semasa ditemu bual oleh REMAJA.
Tambah ibu kepada dua orang cahaya mata itu lagi, sebaik sahaja tiba di Masjidil Haram untuk ibadah Tawaf dan seterusnya mengerjakan Saie, masa yang diberikan hanyalah satu jam setengah sahaja.
Dan setiap jemaah akan menerima notifikasi kebenaran selama tiga jam saja untuk berada di sana.
“Kami sempat untuk mengerjakan solat Asar selepas menamatkan dua ibadah tersebut. Secara tak langsung, ia memberi kami ekstra setengah jam di sana.
“Biarpun jemaah tidak seramai kebiasaan pada bulan Ramadan tahun lalu, pihak pengurusan masih menjaga penjarakan di antara kami. Jemaah akan bergerak di atas garisan yang ditetapkan pada jarak yang telah dikira.
“Qish rasakan ini adalah Umrah yang paling tidak mempunyai sebarang sentuhan di antara jemaah,” katanya.
Seronoknya bila melihat seseorang berpeluang untuk mengerjakan Umrah pada bulan Ramadan, terutamanya dalam keadaan pandemik sekarang.
REMAJA doakan agar Umrah Balqish dan suaminya mabrur serta mereka diberikan kesihatan terbaik.
Sumber Foto : Instagram @balqishmaarif
Perkenalkan TOP 20 Pencarian DEWI REMAJA 2018/19!

Isi Kandungan
ToggleDEWI REMAJA is back!
Selepas menjalani sesi uji bakat yang berlangsung selama empat hari di Hotel Premiera baru-baru ini, inilah dia senarai TOP 20 DEWI REMAJA 2018/19.
Sepanjang sesi uji bakat tersebut REMAJA telah menyaksikan ramai bakat-bakat baru yang mempunyai kebolehan masing-masing yang hebat belaka. Semua yang hadir mempunyai pakej serta kemampuan tersendiri lantas menyebabkan panel pemilihan DEWI REMAJA kali ini berdepan situasi yang agak sukar.
Namun adat pertandingan akan ada yang terpilih dan sebaliknya. Sejujurnya, REMAJA berasa SANGAT BANGGA dengan sikap serta attitude yang ditonjolkan oleh peserta uji bakat. Our Malaysian girls are truly amazing!
Sepanjang pengumuman TOP 20 DEWI REMAJA 2018/19 di Instagram kami sejak petang Rabu lalu telah mendapat perhatian yang cukup besar terutamanya daripada peserta-peserta uji bakat. Kepada yang kurang bernasib baik, REMAJA ingin mengucapkan all the best dan selamat maju jaya. Jangan putus asa dan teruskan melakukan apa yang korang minat serta kejarlah impian itu.
Selepas ini pula debaran menantikan siapakah yang terpilih menjadi TO 12 FINALIS DEWI REMAJA 2018/19 pula akan dihadapi oleh kesemua peserta yang layak ke peringkat TOP 20.
Dan jangan lupa untuk tune in bersama REMAJA di Instagram kami pada 31 Oktober untuk mengetahui siapakah yang layak ke TOP 12!
Jom kita kenali TOP 20 DEWI REMAJA 2018/19
ANNA JOBLING
LYDIA DE SAL
ZAHIRAH XAVIER
ARIESYA FARHA
ARENA IMAN
SHAZLEEN ARISHA
SARAH SHAH
FARZUWIN ISMAIL
AFIEFI RIANI
SOFEA DEAN
ELEEN NISYA
ERNI NURSYAHIRA
SARAYA MIA
SHERIN AMIRI
FAZREEN FAZERA
NURUL AINA
SHARIFAH HANEESYA
ZEERA AZIZI
QISTINA BATRISYIA
AFFIE RANIA
‘Berita 7.57’ Tular, Adriana Ghafar Percaya Rakyat Nak Suara Mereka Didengari

“Di akhir siaran berita, kami sampaikan ayat bagi menimbulkan persoalan dalam minda rakyat dan mengajak mereka berfikir..”
Tahun 2022 bakal menyaksikan saluran Awesome TV untuk berkembang dengan lebih luas susulan pengenalan slot berita pertamanya yang dikenali sebagai Berita 7.57.
Keudara setiap hari dari jam 7.57 malam hingga 8.30 malam, empat orang penyampai berita mereka telahpun diumumkan pada Majlis Sidang Media Pengumuman Kolaborasi Strategik Berita 7.57 dan Datuk Aznil Haji Nawawi pada minggu ini. Mereka terdiri daripada Dr Mohd Ghazali Taib, Ain Syuhada Ahmad Bohari, Nadhra Mohd dan Adriana Ghafar.
Dengan membawa slogan ‘Rakyat Keutamaan Kami’, baru-baru ini Berita 7.57 tular di media sosial berikutan penyampaian beritanya yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak serta bersifat tulus.
Watch on TikTok
REMAJA berpeluang berhubung dengan salah seorang penyampainya iaitu Adriana Ghafar untuk bertanyakan mengenai konsep penyampaian Berita 7.57 yang dilihat berbeza dengan slot-slot berita di saluran utama lain. Sebagai ‘pemain terbaru’ dalam gelanggang berita nasional, adakah mereka bersedia menjadi perhatian orang ramai?

“Apabila satu, dua hantaran kami di TikTok dan Instagram tular baru-baru ini, timbul jugalah sedikit rasa takut memandangkan banyak mata yang mula memerhati.
“Tular atau tidak, saya percaya bilik berita tidak menjadikan ia satu isu besar pun kerana ‘DNA’ Berita 7.57 sememangnya berlandaskan suara rakyat. Oleh itu, kami akan terus saja fokus dengan matlamat untuk menyampaikan berita secara adil dan neutral.
“Konsep Berita 7.57 adalah lebih santai dan direct; di mana suara rakyat yang sering diutarakan di media sosial akan kami dengari dan sampaikan. Kami faham, kadang-kadang apa yang warganet sampaikan boleh berbaur emosi dan tidak 100 peratus berlandaskan fakta. Jadi kita selidik dahulu info, ‘tapis’ dan tidak berpihak kepada satu kumpulan semata-mata.
“Di akhir siaran berita, kami sampaikan ayat bagi menimbulkan persoalan dalam minda rakyat dan mengajak mereka berfikir. Bagi saya, konsep ini adalah sesuatu yang baru dan penonton Malaysia inginkannya,” ujar Naib Juara pencarian Dewi Remaja 2019 ini.
Hampir Setahun Siapkan Diri
Sekian lama, peluang untuk duduk di kerusi penyampai berita telah diidam-idamkan olehnya. Seawal pertengahan tahun 2021 sewaktu Adriana menyertai temuduga bersama pemilik stesen Awesome TV, dia kemudian terpilih di antara 15-20 penyampai berpotensi untuk melalui beberapa peringkat.
“Kami berempat berdepan ujian mock run dan temuduga sebelum akhirnya dipilih sebagai batch pertama penyampai berita bagi saluran ini. Saya terus mengikuti proses latihan sejak bulan November hingga kini bagi memperbaiki cara penyampaian dan keyakinan.
“Nampak mudah kan bila kita menonton berita di kaca TV, namun tugasnya bukan sekadar baca berita saja. Selain intonasi penyampaian, pembawakan diri saya juga perlu disesuaikan dengan tugas di bilik berita,” tambahnya lagi yang tidak sabar untuk menyertai sesi bimbingan bersama tenaga pengajar Berita 7.57, Datuk Aznil Nawawi bermula hari ini.
Adriana berharap agar dia dapat mencedok sedikit sebanyak pengalaman Aznil selama 30 tahun dalam bidang penyiaran bagi memperkuatkan identitinya sebagai penyampai berita.
Berita 7.57 keudara di Astro saluran 123 atau MyTV saluran 112.
ARTIKEL BERKAITAN : Adriana Ghafar Tak ‘Hilang’ Cuma Utamakan Pendidikan – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.