Di sebalik isu kematian pelajar, Nur Afini Roslan, 14, ramai beranggapan sekolah adalah satu tempat paling selamat untuk anak-anak menerima pendidikan dan menghabiskan 17 tahun sepanjang alam persekolahan mereka. Bermula dari darjah satu hingga tingkatan lima dan menyambung dua tahun lagi jika memilih Pra U (tingkatan 6), masanya agak panjang.
Bila terjadinya tragedi terutama di kawasan sekolah, atau lebih tepat di kawasan padang wujud pertanyaan, bolehkah rumput di mesin ketika pelajar berkumpul?
Majalah Remaja berkesempatan menemuramah Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Tuan Haji Pkharuddin Ghazali yang turut menziarahi keluarga ini di Felda Sg Kelamah, Gemas Negeri Sembilan semalam.
Menurut Tuan Haji Pkharuddin, berdasarkan siasatan dalaman, pihak kontraktor sudah memasuki dua hari bekerja di padang rumput sekolah.
“Pada hari pertama, tiada pelajar. Tetapi pada hari kedua, pelajar sedang mengadakan raptai. Saya dimaklumkan, berdasarkan maklumat, pihak kontraktor dikatakan gagal mematuhi SOP peraturan pada hari kedua semasa menjalankan kerja-kerja pemotongan rumput.
“Ada 3 orang guru yang mengawal 120 orang murid ketika itu. Guru-guru mengawal pelajar dengan begitu baik sekali. Kemalangan ini biar nampak terpencil tetapi satu perkara sangat serius perlu diberi perhatian. Sebabnya kita mengutamakan keselamatan pelajar terlebih dahulu.
Ads
“Hal ini bagi pihak kementerian sangat serius. Sepatutnya semua pihak tahu apa yang boleh dibuat dan tidak. Sebab itulah saya sudah bertemu pengetua dan guru besar hampir 70 peratus menerangkan misi dan apa yang saya mahu semua sekolah lakukan.
“Malah dari kes ini juga, satu arahan berkuat kuasa serta merta, semua pihak mesti mematahui arahan dengan jelas. Tidak boleh lakukan sebarang kerja-kerja jika ada pelajar berhampiran,’ katanya memaklumkan, pihaknya mengambil serius ini berkenaan.
Dalam pada itu, Tuan Haji Pkharuddin berkata, satu mesyuarat bersama pihak kontraktor sudah diadakan pada 22 Januari lalu tentang aspek keselamatan bila menjalankan kerja dalam sekolah.
Ads
“Saya juga sudah memaklumkan semua pengetua mesti bercakap dengan pelajarnya. Pihak kontraktor juga kepada pekerjanya. Bila semua orang sudah faham, maka aspek keselamatan akan lebih dipandang serius,’ katanya sambil menambah, dia sendiri telah melancarkan JOM POIE NOLONG SEKOLAH, iaitu menerapkan budaya ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK.
Ads
Jelasnya, bila sudah terdidik dengan baik, maka semua bentuk perlakuan akan menjadi ke arah kecerdikan. Bila semua pelajar dan guru berubah baik dan cerdik, maka perkara-perkara kebaikan akan datang dengan sendirinya. Begitu juga pekerja dan majikan, dan bila mereka bekerja, mereka akan jadi lebih baik kerana sudah cerdik,” katanya memaklumkan setiap pelajar sudah dilindungi insuran takaful berkelompok.
Malah dalam isu pelajar , Nur Afini, Tuan Haji Pakhruddin memaklumkan, pihak insuran sudah mengeluarkan satu nilai dan diserahkan kepada pihak sekolah untuk diserahkan kepada keluarga mangsa.
Menzahirkan rasa dukacita dan salam takziah, jelas Tuan Haji Pakhruddin beliau tidak mahu perkara sebegini berulang lagi dan aspek keselamatan pelajar perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu perkembangan positif dan mungkin sedikit mengejutkan bagi ramai orang apabila Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) bagai memberi hint ‘green light’ sempadan negara bakal dibuka kepada pelawat antarabangsa bermula 1 Mac 2022 ini.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa rakyat Malaysia dan antarabangsa mungkin sekali dibenarkan ke luar negara bagi tujuan melancong.
Bagaimanapun, ujian Covid-19 sebelum berlepas dan sejurus tiba di pintu sempadan negara perlu dilakukan mengikut syor Kementerian Kesihatan (KKM) sekali gus perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko semasa.
“Ini melibatkan semua negara kerana Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan tadi, sekiranya nak pilih (negara), Omicron ini sudah ada di seluruh dunia.
Bagaimanapun, ada perkara yang akan diumumkan nanti seperti peraturan, saringan Covid-19, tak perlu kuarantin dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar semalam.
Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan taklimat oleh Khairy pada mesyuarat tersebut, sistem kesihatan awam masih mampu menguruskan kes Covid-19 berikutan banyak pengalaman sudah dilalui sebelum ini.
hmmm…apa pendapat korang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fenomena cuaca panas, Ayunan Selatan El Nino (ENSO) atau El Nino yang sedang melanda Malaysia kini bukan sahaja telah mendatangkan rasa tidak selesa dalam kalangan masyarakat kita. Malah, kelompok haiwan juga tidak terlepas mendapat impak susulan cuaca panas.
Khamis lalu, warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dikejutkan dengan kematian beribu-ibu ekor ikan talapia di tasik utama kampusnya.
Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) UniSZA, Fathurrahman Lananan berkata, ribuan bangkai ikan itu ditemukan akibat cuaca panas dan peningkatan muatan organik yang mengakibatkan kekurangan oksigen terlarut.
Fenomena cuaca panas berdasarkan El Nino dengan suhu di Kuala Nerus mencecah 33 hingga 34 °C menyebabkan peningkatan suhu air di tasik UniSZA.
Kata Fathurrahman, peningkatan suhu ini menyebabkan penurunan keupayaan muatan oksigen terlarut dalam air yang menggerakkan keseimbangan oksigen dalam ekosistem tasik.
Kematian ribuan ikan itu diburukkan lagi dengan peningkatan Biological Oxygen Demand atau BOD di Tasik UniSZA yang menyebabkan penurunan oksigen terlarut yang melampau sehingga menyebabkan kematian ikan bersaiz besar dan sederhana.
Ikan bersaiz lebih besar tersebut mati dahulu berbanding yang bersaiz kecilkerana ia memerlukan oksigen terlarut lebih tinggi.
Sekiranya corak oksigen terlarut berterusan menurun, besar kemungkinanikan bersaiza lebih kecil malah telur ikan dan seluruh populasi hidupan akuatik di Tasik UniSZA juga boleh turut mati.
Semoga fenomena cuaca melampau ini akan berakhir segera pada bulan Julai seperti yang diramalkan sebelum ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang menganggap vending machine atau lebih dikenali sebagai mesin ‘gedegang’ adalah tempat menjual air atau makanan ringan yang praktikal, tapi sebenarnya ia adalah mesin layan diri.
Di Malaysia, mungkin kita sudah terbiasa melihat minuman atau makanan segera yang dijual melalui mesin ‘gedegang’ ini tetapi jika di luar negara, sebenarnya ada banyak lagi benda yang dijual di vending machine ini termasuklah barang keperluan harian seperti bahan masakan atau penjagaan diri.
Namun, seorang lelaki yang dikenali sebagai Omar Faayiz telah pun berkongsi informasi tentang vending machine yang dijumpainya menjual produk skincare.
Menggelarkannya ‘mesin tikam skincare’, vending machine ini turut dinyatakan berada di lokasi First Avenue, Penang.
Hal ini mendapat perhatian netizen, dan ada yang menganggap ia merupakan tindakan berani yang dilakukan penjual dengan mempertaruhkan barangan dagangan seperti skincare.
Malah, ada yang menjelaskan bahawa perniagaan hijab juga sudah dibuat melalui vending machine.
Wah, jika banyak lagi vending machine seperti ini di serata Malaysia, sudah tentu ia sangat memudahkan pengguna dan dapat dibeli pada bila-bila masa sahaja.
Tidak hairanlah kerana negara luar banyak yang sudah menggunakan teknologi ini, jadi mengapa tidak ia turut digunakan di negara kita bukan?
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.