Boleh Ke Mesin Rumput Bila Pelajar Berkumpul? Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Jawap Isu Ini….

Share

Di sebalik isu kematian pelajar, Nur Afini Roslan, 14, ramai beranggapan sekolah adalah satu tempat paling selamat untuk anak-anak menerima pendidikan dan menghabiskan 17 tahun sepanjang alam persekolahan mereka. Bermula dari darjah satu hingga tingkatan lima dan menyambung dua tahun lagi jika memilih Pra U (tingkatan 6), masanya agak panjang.

Bila terjadinya tragedi terutama di kawasan sekolah, atau lebih tepat di kawasan padang wujud pertanyaan, bolehkah rumput di mesin ketika pelajar berkumpul?

Majalah Remaja berkesempatan menemuramah Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Tuan Haji Pkharuddin Ghazali yang turut menziarahi keluarga ini di Felda Sg Kelamah, Gemas Negeri Sembilan semalam.

Menurut Tuan Haji Pkharuddin, berdasarkan siasatan dalaman, pihak kontraktor sudah memasuki dua hari bekerja di padang rumput sekolah.

“Pada hari pertama, tiada pelajar. Tetapi pada hari kedua, pelajar sedang mengadakan raptai. Saya dimaklumkan, berdasarkan maklumat, pihak kontraktor dikatakan gagal mematuhi SOP peraturan  pada hari kedua semasa menjalankan kerja-kerja pemotongan rumput.

“Ada 3 orang guru yang mengawal 120 orang murid ketika itu. Guru-guru mengawal pelajar dengan begitu baik sekali. Kemalangan ini biar nampak terpencil tetapi satu perkara sangat serius perlu diberi perhatian. Sebabnya kita mengutamakan keselamatan pelajar terlebih dahulu.

“Hal ini bagi pihak kementerian sangat serius. Sepatutnya semua pihak tahu apa yang boleh dibuat dan tidak. Sebab itulah saya sudah bertemu pengetua dan guru besar hampir 70 peratus menerangkan misi dan apa yang saya mahu semua sekolah lakukan.

“Malah dari kes ini juga, satu arahan berkuat kuasa serta merta, semua pihak mesti mematahui arahan dengan jelas. Tidak boleh lakukan sebarang kerja-kerja jika ada pelajar berhampiran,’ katanya  memaklumkan, pihaknya mengambil serius ini berkenaan.

Dalam pada itu, Tuan Haji Pkharuddin berkata, satu mesyuarat bersama pihak kontraktor sudah diadakan pada 22 Januari lalu tentang aspek keselamatan bila menjalankan kerja dalam sekolah.

“Saya juga sudah memaklumkan semua pengetua mesti bercakap dengan pelajarnya. Pihak kontraktor juga kepada pekerjanya. Bila semua orang sudah faham, maka aspek keselamatan akan  lebih dipandang serius,’ katanya sambil menambah, dia sendiri telah melancarkan JOM POIE NOLONG SEKOLAH, iaitu menerapkan budaya ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK.

 

Jelasnya, bila sudah terdidik dengan baik, maka semua bentuk perlakuan akan menjadi ke arah kecerdikan. Bila semua pelajar dan guru berubah baik dan cerdik, maka perkara-perkara kebaikan akan datang dengan sendirinya. Begitu juga pekerja dan majikan, dan bila mereka bekerja, mereka akan jadi lebih baik kerana sudah cerdik,” katanya memaklumkan setiap pelajar sudah dilindungi insuran takaful berkelompok.

Malah dalam isu pelajar , Nur Afini, Tuan Haji Pakhruddin memaklumkan, pihak insuran sudah mengeluarkan satu nilai dan diserahkan kepada pihak sekolah untuk diserahkan kepada keluarga mangsa.

Menzahirkan rasa dukacita dan salam takziah, jelas Tuan Haji Pakhruddin beliau tidak mahu perkara sebegini berulang lagi dan aspek keselamatan pelajar perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros