Ads
Home Hiburan Boleh Ke Viralkan Orang Yang Berhutang Di Media Sosial? Ini Jawapan Ustaz

Boleh Ke Viralkan Orang Yang Berhutang Di Media Sosial? Ini Jawapan Ustaz

Ads

Ramai orang suka meminjam saat terdesak. Sama ada dari kawan-kawan, saudara mara, ibu bapa, rakan taulan hatta bank sekalipun.

Asal namanya berhutang, ianya WAJIB DIBAYAR.

Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) kerana di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah.

Lihat berapa ingatan tentang hutang ini wajib dibayar tak kira dalam keadaan apa sekalipun. Ini kerana jika seorang individu itu mati dan meninggalkan hutangnya maka hutang itu akan dituntut di akhirat oleh si pemberi pinjaman.

Boleh Ke Viralkan Orang Yang Berhutang Di Media Sosial? Ini Jawapan Ustaz
Tak boleh viralkan individu yang berhutang dengan kita di media sosial kerana itu perbuatan membuka aibnya. Buka aib orang hukumnya berdosa. Ustaz Azhar Tuarno

REMAJA menghubungi Ustaz Azhar Tuarno, Pegawai JAKIM berkaitan isu hutang dan boleh ke individu yang berhutang ini diviralkan di media sosial kerana culas membayar atau enggan bayar walau diminta?

Jawapannya sama sekali TIDAK BOLEH?

Menurut Ustaz Azhar, individu yang memberi hutang kepada seseorang TIDAK BOLEH menggunakan media sosial sebagai platform untuk menuntut hutangnya kembali kerana perbuatan itu dikira sebagai MEMBUKA AIB.

Ads

Katanya lagi, jika diri kita sendiri tidak suka orang mengetahui berapa jumlah hutang kita termasuk pinjaman di bank dan sebagainya, begitulah juga kalau individu yang berhutang itu. Sebab itulah kita dilarang menggunakan media sosial untuk tuntut hutang.

REMAJA mengupas isu sebar aib di media sosial semalam dan ada pertanyaan boleh ke kita meviralkan individu yang berhutang dengan kita di media sosial untuk menuntut hutang?

BACA SINI : Golongan  Mana Paling Ramai Merangkak Di Akhirat Nanti?

Dosa membuka aib orang, hukumnya jika pelakunya tidak meminta maaf dan individu itu pula tidak memaafkan, sama seperti kita merangkak di akhirat dan pahala kebaikan yang kita buat di dunia akan diberikan kepada individu yang kita buka aibnya itu.

Menurut Ustaz Azhar, menurut hukum Islam, sebelum memberi hutang sebaiknya LAKUKAN PERJANJIAN BERTULIS.

Ads

“Tulis jumlah hutangnya dan bila mahu dibayar. Kalau ada saksi lagi bagus. Lepas beri pinjam, kedua belah pihak tandatangan dan saksi juga sama. Kalau tak nak bayar juga, itu urusan di akhirat tetapi kita mesti berusaha mencarinya dahulu, bertanya dan meminta berdasarkan bukti perjanjian tadi.

“Jika hutang itu diberi tanpa surat perjanjian, wajib individu yang meminjam mengingati segala hutang piutangnya dan kalau masih enggan bayar, jiwa seorang mukmin itu masih tergantung dengan hutangnya hingga ia melunasinya seperti diriyawatkan oleh HR Tirmidzi.

Boleh Ke Viralkan Orang Yang Berhutang Di Media Sosial? Ini Jawapan Ustaz

Jelas Ustaz Azhar lagi, manusia yang berhutang mesti sentiasa berusaha sedaya upaya untuk membayar hutang sesama manusia.

“Jangan bertangguh serta bersikap endah tak endah dalam membayar hutang. Takutlah ancaman Allah terhadap mereka yang sengaja tidak melunaskan hutang,” katanya sambil menambah hutang ibarat belenggu yang menjerat leher manusia, selagi tidak melunaskan hutang, selagi itu ia mengikat kita. Malah biar  kita bergolok gadai membayar hutang di dunia demi kesejahteraan di akhirat kelak,” katanya ketika dihubungi.

Ads

Dalam pada itu Ustaz Azhar menjelaskan, seorang yang mati syahid seperti mati dalam perjuangan kerana mengembangkan ilmu Allah, mati ketika lemas, mati ketika melahirkan dan dikategorikan bagi syahid kecil dan diberikan jaminan syurga NAMUN INDIVIDU ini yang jika hayatnya berhutang dan hutangnya tidak dilunasi PUN TIDAK BOLEH MASUK SYURGA DI AKHIRAT KELAK.

Boleh Ke Viralkan Orang Yang Berhutang Di Media Sosial? Ini Jawapan Ustaz
Hutang bukan isu main-main dan individu berhutang wajib membayarnya. Malah orang yang mati syahid pun belum tentu masuk syurga jika ada berhutang

Begitulah teruknya KESAN ORANG BERHUTANG DAN JIKA IA TIDAK MEMBAYARNYA.

“Kalau orang mati syahid yang Allah janjikan syurga pun akan terhenti masuk ke syurga kalau ada hutang, apa akan jadi pada kita yang meninggal dalam keadaan biasa-biasa sahaja,” soalnya.

Pegawai JAKIM ini turut menjelaskan, hutang bukan sekadar pada hutang wang ringgit tetapi juga hutang pinjaman seperti kenderaan, motor, kereta, beli rumah dan apa-apa lain yang bersifat pinjaman.

“Kalau pinjam kita wajib bagi semula. Sama macam hutang duit, kalau pinjam wajib bayar balik,” katanya mengingatkan agar individu yang mengutip hutang tidak menggunakan media sosial demi menuntut hutang kerana ia membuka aib individu dan hukumnya berdosa.

Beliau turut berkongsi kisah Rasulullah SAW yang beberapa hari sebelum wafat bertanya kepada para sahabat, andai Baginda ada terhutang dengan mereka dan jika ada tuntutlah sementara dirinya masih ada. Ini kerana Baginda sangat menjaga perihal hutang biar dirinya adalah manusia yang maksum, iaitu orang yang bebas dari dosa.

So korang, kalau hutang bayarlah ya. Lebih baik kalau nak minta pada kawan suruh dia belanja, jangan cakap pinjam. Kalau kalau belanja, tak adalah leher korang terjerat di akhirat kelak kalau terlupa membayarnya nanti.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI