Belanjawan 2021 Benarkan Keluar KWSP Akaun 1, Suara Rakyat Didengari

Share

Berita baik bagi rakyat yang terjejas pekerjaan.

Walau tidak dapat RM10,000 sekaligus untuk pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetapi dengan RM500 sebulan selama 12 bulan ia masih dikira rezeki yang perlu didahului dengan ucapan Alhamdulillah.

Walau itu duit korang kumpul sendiri hasil bekerja dan bukan diterima sekaligus tapi ianya masih cukup menampung keperluan mereka yang benar-benar terjejas jika wang sebanyak RM500 itu dibelanjakan secara berhemah.

Ini juga bukti suara rakyat adalah suara keramat. Bak kata orang, walau ia satu undi untuk pilihanraya tetapi kalau tiada satu undi mungkin tiada wakil rakyat kesayangan korang boleh menang di kawasan tersebut.

Perjuangan rakyat mengenai hal ini begitu ketara termasuk tersiarnya gambar seram "Pulangkan Epf Aku" hingga tular di media sosial. Apa pun, korang memang sempoi habis memperjuangkan hak korang.

Idea mengeluarkan wang dari akaun satu KWSP ini dimulakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekaligus mendapat reaksi sokongan padu dari rakyat.

Apa pun mulai Disember ini, korang yang nak buat pengeluaran dari Akaun 1 itu boleh mohon dari KWSP.

Dalam Belanjawan 2021 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kala ini memaklumkan kebenaran mengeluarkan Akaun 1 ini adalah secara bersasar secara bulanan bagi tempoh setahun. Ini bermakna pengeluaran sebanyak RM6000 diberikan bagi pemohon.

Jelas beliau lagi, kebenaran pengeluaran ini bagi membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan dan diharap dapat meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas pekerjaan.

"Mengambil kira bagi kebenaran pengeluaran i-Lestari dan Akaun 1, ahli boleh mengeluarkan secara keseluruhan RM12,000 tunai," katanya menjangkakan unjuran pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion," katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Published by
Almaswa Haji Che Ros