Jika sebelum ini tular mengenai isu kemunculan Covid-19 yang diklasifikasikan sebagai jenis varian, strain dan mutasi di dalam serta luar negara.
Apa yang dibimbangkan oleh rakyat Malaysia telah pun terjadi.
Terbaru, Tan Sri Dr Noor Hisham , Ketua Pengarah Kesihatan melalui laman rasmi facebooknya memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menemui satu kes COVID-19 varian UK B.1.1.7 atau 202012/01 mutasi protein Spike telah dikesan di Malaysia.
Hal ini menyebabkan orang ramai dari seluruh negara berasa gelisah dan resah, dengan kemunculan virus dalam kelas yang baharu ini.
Menurut Dr Noor Hisham lagi, mutasi UK B.1.1.7 ini boleh menular dengan mudah dan cepat.
Ads
“Walaupun mutasi UK B.1.1.7 ini tidak didapati menyebabkan simptom yang teruk, namun, ia boleh menular dengan mudah dan cepat.
“Orang ramai dinasihati agar sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa,” katanya lagi.
Kenali maksud terma virus varian, strain dan mutasi ini.
Mutasi
Ads
Dipetik dari Astro Awani, Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Malina Osman memberi penjelasan mengenai apa yang dimaksudkan dengan mutasi.
Beliau menyatakan bahawa istilah mutasi boleh diertikan sebagai, perubahan struktur permukaan bagi sesuatu virus yang berlaku dari semasa ke semasa.
Strain
Manakala terma strain pula bermaksud ianya terhasil apabila virus secara semula jadi mengalami perubahan pada permukaan dan struktur genetik. Atau lebih tepat lagi ia dimaksudkan virus juga mempunyai ciri-ciri yang tertentu, dan mengalami perubahan yang mana perubahan yang terjadi itu diklasifikasikan sebagai strain.
Ads
Varian
Terma varian pula digambarkan apabila suatu bentuk berubah menjadi bentuk lain dari yang asal, seperti contoh jika kereta normal memiliki empat roda iaitu dua roda dibahagian depan dan dua roda lagi dibahagian belakang.
Manakala kalau varian pula boleh dilihat apabila satu roda berada didepan, dua roda ditengah dan satu roda dibelakang kereta.Melihat contoh roda kereta yang dinyatakan diatas, memberikan gambaran jelas bagaimana virus juga mempunyai struktur sedemikian.
Diharap orang ramai tidak panik dan yakin dengan pengendalian pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani virus kelas baru ini. Apa-apapun, stay safe guys!
Sumber : Facebook Dr Noor Hisham , Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jabatan Metrologi Malaysia (MET) mencatatkan 21 kawasan berada pada Tahap 1, iaitu dengan paras berjaga-jaga suhu mencecah antara 35 dan 37 darjah celsius.
Kawasan yang tersenarai termasuklah Chuping di Perlis; Kota Setar, Sik, Baling dan Kulim (Kedah); Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Batang Padang (Perak); Jerantut, Raub, Temerloh, Mara dan Bentong (Pahang); Hulu Selangor, Sepang dan Petaling (Selangor).
Selain itu, Port Dickson (Negeri Sembilan), Melaka Tengah (Melaka), Tangkak di Johor dan Kuala Lumpur.
Manakala, kawasan Pendang di Kedah berada di Tahap 2 (heatwave) iaitu suhu antara 37 dan 40 darjah celsius.
Gelombang haba ini dijangkakan berlarutan selama tiga hari berturut-turut dan diharapkan korang kurangkan aktiviti luar jika tidak mempunyai apa-apa urusan penting.
Ramai yang juga turut berkongsi tahap cuaca panas di tempat mereka.
Siapakah yang berisiko menghadapi masalah kesihatan ketika cuaca panas?
Semua individu berisiko mengalami masalah kesihatan ketika berhadapan dengan cuaca panas. Namun begitu, terdapat kumpulan tertentu yang lebih berisiko dan ini termasuklah:
Individu yang terbabit dengan kegiatan fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera dan lain-lain.
Individu dewasa (berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda)
Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
Individu yang mempunyai masalah pernafasan dan jantung
Individu penghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid
Risiko akan meningkat sekirannya korang memakai pakaian yang tebal dan ketat kerana ia menghalang panas keluar daripada penyejatan/pengeringan peluh.
So, hati-hati guys!
Tip-tip pencegahan
• Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti korang. Jangan tunggu rasa haus baru nak minum
• Minum minuman isotonik kerana boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
• Hadkan aktiviti luar
• Berehat dengan kerap
• Mandi atau buka kipas angina untuk menyejukkan badan
• Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
• Pakai topi atau payung besar
Paling penting, elakkan minum minuman berkafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi, membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup dan bersenam dalam cuaca panas.
Selepas tujuh minggu tidak berpeluang menunaikan solat fardu Jumaat, hari ini Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5 telah diadakan bagi membincangkan Garis Panduan Solat Jumaat Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Dalam mesyuarat pagi tadi, 8 Mei 2020 bersamaan 15 Ramadhan 1441H, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5 telah diadakan bagi membincangkan Garis Panduan Solat Jumaat Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Garis panduan ini disediakan bagi penelitian para Ashabus Samahah Mufti-Mufti seluruh Malaysia selaku pihak berkuasa agama negeri dan Ahli-Ahli Dilantik MKI sebagai satu panduan bersama sebelum dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri.
Menteri di jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, sebagaimana amalan kebiasaan, resolusi muzakarah ini akan di bawa kepada Majlis Raja-Raja sebagai satu pandangan dan nasihat untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri. Perlembagaan Persekutuan menetapkan urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di bawah ruang lingkup kuasa dan bidang kuasa negeri di bawah naungan Raja-Raja bagi negeri-negeri. Hal ini jelas disebut di bawah Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
“Saya amat menjunjung hikmah dan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang urusan berkaitan hal ehwal Islam di negeri-negeri dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong dalam mempertimbangkan dan memutuskan sebarang urusan berkaitan hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri tidak beraja.
“Buat masa ini, saya menyeru seluruh umat Islam untuk mematuhi segala peraturan berkaitan penangguhan aktiviti keagamaan di masjid dan surau yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri dan sentiasa memanjatkan doa agar wabak ini beransur hilang. Yakinlah bahawa akan tiba saatnya masjid dan surau kembali meriah dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan diimarahkan dengan sebaiknya,” katanya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelawak stand-up dari Singapura, Jocelyn Chia membuat lawak sambil melontarkan kata-kata yang tidak sepatutnya di hadapan khalayak ramai dengan memalukan negara kita, Malaysia!
Jocelyn yang berada dalam program Comedy Cellar membandingkan negaranya, Singapura dengan Malaysia dan mengatakan pemimpin ketika itu membuat keputusan tepat untuk keluar daripada gabungan Malaysia.
Dengan nada persenda beliau mengatakan Malaysia masih lagi negara membangun jika nak dibandingkan dengan Singapura yang sudah pun mencapai First World Country.
Melampau!
Terbaru, memandang serius perkara ini Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata, beliau sangat terkejut atas lawak jenaka melampau yang dibuat Jocelyn semasa membuat pementasan komedi berdiri baru-baru ini.
“Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain. Chia yang tidak lagi memegang kewarganegaraan Singapura, sama sekali tidak mencerminkan pandangan kami.
“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kata-kata yang menyakitkan daripada dia,” kata Vanu Gopala dalam satu kenyataan.
Vanu Gopala berkata demikian bagi mengulas persembahan pelawak yang berasal dari Singapura itu.
Dalam pada itu, Vanu Gopal turut berkata bahawa sebagai jiran terdekat, Singapura dan Malaysia mempunyai hubungan yang kukuh dari pelbagai peringkat. Ikatan itu dilihat cukup mendalam bagi kedua-dua buah negara.
“Kita juga mempunyai hubungan sejarah yang unik dan hubungan yang erat antara rakyat dengan rakyat.
“Komen-komen seperti yang dibuat oleh Chia tidak membantu dan merosakkan kepercayaan dan persahabatan rapat yang dinikmati oleh kedua-dua negara dan rakyatnya,” tegas Vanu Gopal lagi.
Terdahulu, menerusi video tular berdurasi satu minit 29 saat yang dimuat naik di laman sosial TikTok. Pelawak itu menyifatkan pembangunan Malaysia sebagai jauh ketinggalan berbanding negara Singapura yang bergelar negara maju. Terutamanya selepas Singapura berpisah dengan Tanah Melayu 40 tahun lalu. Selain menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai modal jenakanya.
Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan lawak terbabit kerana apa yang dikatakan tersebut biadap dan tidak sensitif dengan tragedi yang berlaku walaupun sudah bertahun lamanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...