Boleh Mohon Visa Semasa Ketibaan Ke Bali, Termasuk Pelancong Malaysia

Share

Percutian saat yang dinantikan oleh semua orang bukan?

Salah satu, destinasi popular dalam kalangan pelancong Malaysia sudah tentu lah Bali Indonesia. Terkenal dengan destinasi kepulauan yang cukup sinonim dengan keindahan pantainya yang sering menjadi perhatian para pelancong dari seluruh dunia. Selain terkenal sebagai lokasi berbulan madu bagi pasangan yang sedang hangat dilamun cinta, anda juga boleh membawa seluruh keluarga untuk bercuti di Bali.

foto via pexels

Menariknya, Bali telahpun membuka semula sempadannya kepada para pelancong asing termasuklah Malaysia dan  pelancong dari 23 negara turut dibenarkan termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Selain tidak melaksanakan peraturan kuarantin kepada pelancongnya — Bali juga kini membuka semula perkhidmatan visa semasa ketibaan (VoA) untuk pelancong dari

Menurut pengumuman Direktorat Jeneral Imigresen hari ini — VoA akan dilaksanakan sebelum 14 Mac, memandangkan kadar vaksinasi dua dos di pulau percutian itu lebih tinggi berbanding wilayah lain.

Warga asing boleh memohon visa itu selepas tiba di lapangan terbang dan pelabuhan antarabangsa Bali serta boleh meninggalkan negara melalui mana-mana pintu imigresen, tidak semestinya di Bali — kata sub-penyelaras perhubungan awam direktorat, Achmad Nur Saleh dalam satu kenyataan.

Foto Via Pexels

Minggu lepas, Menteri Penyelaras Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan, Luhut Binsar Panjaitan, dilaporkan berkata Bali telah dipilih sebagai destinasi untuk melaksanakan program percubaan bagi ketibaan pelancong tanpa kuarantin.

Jadi, adakah korang merasakan sudah selamat untuk melancong ke Bali? Atau korang lebih yakin untuk melancong di dalam negara terlebih dahulu?

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber:

Published by
Nana