Boleh Picit Jerawat, Tapi STOP Jika Berdepan 4 Perkara Ini

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Kita semua pernah berdepan dengan situasi ini…

 

”Bila ada event besar akan berlaku seperti first time nak pergi dating, atau hari pertama di sekolah, atau kena jadi bridesmaida untuk kahwin BFF..”

Masa tu lah jerawat sibuk nak timbul pada muka. Kalau ikutkan hati, memang nak picit je sementara jerawat tu kecil lagi.

TAPI, menurut pengasas SKINFIVE dari Amerika Syarikat iaitu Dr. Ava Shamban, ada 4 situasi di mana korang WAJIB elakkan memicit jerawat.

 

01

Bila Tiada Whitehead

Sekiranya tiada ‘bintik putih’ atau whitehead di atas jerawat korang, seeloknya elakkan daripada mengusiknya. Tanpa whitehead, tak ada apa yang boleh korang picit sebenarnya. Tanda merah jerawat tu hanyalah inflamasi kulit dan jika diusik, ia akan lebih meradang dan mengakibatkan parut pada wajah.

 

02

Apabila Jerawat Di Hidung

Kawasan T-Zone melibatkan hidung adalah antara kawasan No-No untuk memicit jerawat. “There is so much blood supplied to that zone, jadi elakkan.”

Tambahan lagi kalau korang pernah berdepan dengan masalah sun burn pada hidup, kulit pada hidung akan menjadi ekstra sensitif. Lagi diusik, lagi lama tempoh untuk pulih. Sapukan je krim lega jerawat.

 

03

3 Jerawat Serentak

Ini adalah antara nightmare untuk remaja.

Bila tiga sekumpulan muncul di kawasan berbeza pada wajah, korang terpaksa akur je. Lagi dipicit, lagi merebak inflamasi kemerahan. Silap hari bulan, boleh berbekas jerawat pada wajah.

Sebaiknya dapatkan nasihat dermatologis atau pakar kulit.

 

04

Jika Picit Tak Ada Efek

Boleh picit, tetapi pastikan sudah ada (1) whitehead dan (2) picit perlahan-lahan.

Jika sudah dipicit tapi masih tak menunjukkan jerawat pecah, elakkan daripada memaksa. Jangan pressure

ia untuk keluar, nampaknya jerawat tu belum bersedia dan masih meradang.

 

05

Kalau Jerawat Membesar

Bukan membesar lebih tinggi ya, tetapi membesar sehingga merebak radius 1 inci daripada punca jerawat. Kawasan tersebut akan kelihatan merah dan sakit yang amat dapat korang rasakan.

Jangan picit! Ini adalah simptom facial cellulitis dan sebaiknya korang dapatkan nasihat pakar.

 

Published by
FZ