Mulai 1 November nanti, orang ramai bakal dibenarkan untuk melakukan aktiviti rentas negeri ke Sabah manakala bagi perjalanan rentas daerah pula bermula pada 14 Oktober ini.
Perkembangan terbaharu itu diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Namun, ada beberapa syarat yang ditetapkan untuk kemasukan ke Sabah bagi aktiviti rentas negeri meliputi lawatan sosial dan pelancongan antaranya:
Sabah mempunyai banyak kawasan pantai dan laut yang bertaraf antarabangsa yang cukup cantik untuk korang lawati. Tapi artikel kali ini kami kongsikan 12 tempat menarik yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong iaitu Kundasang dan Ranau.
Boleh dijadikan sebagai panduan sekiranya korang merancang nak bercuti ke Sabah.
Terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu, korang boleh feeling-feeling macam berada di New Zealand. Ladang lembu yang berkeluasan 199 hektar ini dipenuhi dengan baka-baka lembu yang didatangkan dari New Zealand.
Antara aktiviti yang korang boleh buat adalah memberikan lembu minum susu di dalam botol dan belajar bagaimana susu lembu diperah. Bukan lembu je, kambing pun ada tau.
Selain tu, korang juga boleh merasa minum susu segar, ais krim dan yogurt yang dihasilkan dari ladang ini. Buat apa pergi NZ, kalau boleh pergi Sabah kan?
Struktur tanah yang subur menjadikan Kundasang antara lokasi yang menghasilkan tanaman sayur-sayuran yang segar. Sayur dan buah yang ditanam tidak menggunakan racun serangga. Hari terakhir di Sabah, bolehlah singgah sekejap disini.
Bayangkan korang dikelilingi oleh arnab yang manja ketika berada di kawasan ini. Nak pegang, nak usap, bagi makan arnab, semuanya boleh!
Dengan bayaran lebih kurang RM3 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak, rasanya tak salah kalau si pencinta haiwan nak singgah sebentar melihat ternakan arnab disini.
Taman tertua di negeri Sabah, menawarkan banyak aktiviti menarik seperti berjalan menuju ke kawasan air terjun, berbasikal, merentas hutan ataupun sekadar bersantai bersama orang tersayang sambil menikmati kehijauan alam sekeliling.
Sekiranya korang merentas hutan Taman Negara Kinabalu ini, korang dapat menyaksikan kekayaan flora yang terdiri daripada spesis tumbuhan dari Australia, Himalaya, China dan Malaysia sendiri. Dianggarkan flora dan fauna yang terdapat di taman negara ini adalah dalam sekitar 400 spesis.
Tidak jauh dari Taman Negara Kinabalu, ada lagi sebuah destinasi menarik untuk korang beraktiviti iaitu di Kundasang Mount Valley Recreation. Antara aktiviti yang disediakan adalah memanah, melawat taman arnab dan paling best, flying fox.
Bukan seperti kolam air panas biasa kerana ia kaya dengan kandungan sulfur yang dikatakan baik untuk kesihatan dan dapat memberikan kesegaran badan serta melegakan sendi yang lenguh.
Sesuai sangat untuk korang yang dah penat mendaki atau buat aktiviti di Kinabalu, boleh rehatkan diri di kolam air panas ini.
Dikelilingi hutan yang berusia 130 juta tahun, ia merupakan ladang teh organik dengan udara pergunungan yang menyegarkan. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan termasuklah mendaki Bukit Kamunsu, berjalan di waktu malam untuk melihat haiwan unit dan merasai sendiri teh segar seta pancake teh yang hanya boleh didapati disini.
Ok dah ada itinerari tempat-tempat best di Kundasang, kenalah cari lokasi tempat tinggal kan? Berikut kami cadangkan beberapa tempat penginapan menarik disana.
Kalau nak persekitaran yang sejuk dan pemandangan indah terutama sekali pada waktu matahari naik dan terbenam, korang boleh pergi ke Crystal Hill. Penginapan atas bukit ini lengkap dengan tab mandian panas. Lokasi ini juga terletak berdekatan dengan pasar malam. So, kalau lapar tu senanglah nak cari makanan.
Terletak berhadapan dengan Desa Fairy Farm, penginapan disini membuatkan korang merasa tenang dengan persekitaran yang indah dan mendamaikan. Gunung Kinabalu dapat dilihat daripada bilik korang. Best kan?
Sambil menikmati keindahan alam, korang boleh berbarbeque disini. Kawasan rumput hijau dan pemandangan kawasan bukit dan gunung-ganang pastinya membuatkan korang terkesima dengan keindahan ciptaan Tuhan.
Kalau nak rasa pengalaman menginap di rumah kabin, boleh memilih Kinabalu Pine Resort. Kabin-kabin yang terdapat disini dibina sepenuhnya menggunakan kayu keras selangan batu dan kawasan sekitarnya dikelilingi pokok pine. Memang cantik!
Menawarkan penginapan yang luas di dalam khemah Mongolia, pada sebelah malamnya korang boleh menyaksikan keindahan langit malam yang sangat menakjubkan. Bawa tikar dan selimut, nikmatilah keindahan ini sepuasnya.
Fuh….best nya. Dah bolehlah kalau nak cari tiket penerbangan murah ni.