RM54K! Banyak tukan, macam-macam boleh beli. Bagi orang bujang dengan jumlah simpanan sebegitu, boleh buat macam-macam perancangan. Nak kahwin boleh, nak beli kereta boleh, nak beli rumah boleh, nak melancong pun boleh. Pendek kata dengan duit sebanyak itu, korang boleh buat macam-macam yang korang mahukan.
Bila menyentuh perancangan kewangan, ramai di antara kita mungkin tidak berapa faham dan tahu cara mudah untuk melipat gandakan wang dengan cara yang cukup mudah. Perunding Kewangan, Amir Syahir berkongsi rahsia anak muda boleh follow bagaimana nak ada simpanan RM54 k dalam tempoh tiga tahun saja.
Baca perkongsian seperti disyer di fbnya, Amir Syahir
Korang lelaki bujang? Baru graduan? Mungkin post ini boleh ubah cara pemikiran korang. Untuk mencipta masa depan yang gemilang. Kebiasaannya bila dah ada gaji sendiri, keinginan untuk membeli kereta akan datang. Sudah penat naik motor kan masa di universiti dulu. Gaji RM2000 – RM2500 beli kereta. Kebiasaannya kereta Myvi.
Katakan ansuran bulanan kereta Myvi RM600. Tapi anda lupa kos sampingan yang perlu korang tanggung jika bela kereta ini.
Jika memiliki kereta:
Ansuran Kereta: RM600
Minyak: RM300
Bayaran Tol: RM100
Purata Penyelenggara: RM100
Purata takaful & cukai jalan: RM100
Jumlah kasar perbelanjaan = RM1200
Sebenarnya korang perlu berbelanja RM1200 sebulan untuk satu kereta Myvi. Kalau korang mampu dengan kos RM1200 sebulan tu, apa kata tangguhkan sementara beli kereta Myvi tu dulu. Tak lama tiga tahun je.
Apa kata pakai je motor masa belajar kat universiti dulu. Buat pembiayaan ASB RM200K. Ansuran bulanan RM1080 target selama tiga tahun tanpa usik dividen. Apakah hasilnya untuk selepas terminate ASBF pada tahun ketiga?
Mohon ASBF RM200K tanpa takaful. Profit rate: 5.05%. Terminate selepas dapat dividen selepas tiga tahun.
Dividen terkumpul 3 tahun @ 7% setahun = RM45,000
Pulangan prinsipal @ 36 bulan=RM9234
Jumlah kasar simpanan tunai= RM54,234
Berbaloi tak korbankan kehendak pakai Myvi tadi dalam tempoh tiga tahun, boleh ada simpanan lebih RM54K? Kalau simpan sendiri RM1080 dapat RM38K sahaja.
Korang korbankan tiga tahun untuk buat ASBF dapat merancang masa depan yang cerah. Dengan wang RM54K ini korang boleh mulakan kehidupan dengan baik berbanding kereta yang dibeli awal tadi yang mungkin jadi penghalang korang untuk terus melangkah.
Masa ini matlamat korang sudah jelas. Korang semakin bijak dan berilmu. Apa nak buat dengan duit ni? Korang boleh;
-Buat deposit beli rumah
-Beli kereta terpakai
-Berkahwin tanpa pembiayaan peribadi
-Beli rumah lelong
– Simpanan kecemasan
***
Kalau nak pilih untuk beli juga kereta tu, belilah, mungkin Itu keperluan korang. Korang yang pilih sendiri jalan hidup korang. Post ini hanya sekadar pelan lakar dan cetusan idea, tapi boleh berlaku jika korang lakukannya.
Korbankan sementara 3 tahun ni. Ikut langkah ini, korang akan rasa kesannya nanti. Korang pula bebas merancang masa depan. Bila semuanya dah stabil, pakai la apa nak pakai, beli la apa nak beli pun.
Penafian:
- Kiraan anggaran kasar sahaja.
2. Andaian ASBF tanpa takaful, 30 tempoh pembiayaan & rate 5.0% dengan dividen ASB diumumkan kekal 7% sepanjang tiga tahun tersebut.