Percayalah, bukan semua orang ada kemampuan dan disiplin untuk membela binatang peliharaan.
Bagi pencinta ‘si bulus’, ‘oyen’ atau apa saja panggilan comel yang korang berikan kepada kucing peliharaan, korang memerlukan dedikasi tinggi untuk menjaga mereka. Selain penjagaan makan, minum dan menguruskan kebersihan, korang perlu memberikan perhatian dan perlu kerap membelai.
Apa yang membuatkan kita tertarik untuk membela kucing tentunya kerana panggilan manja yang mereka hasilkan.
Namun, pernah tak korang tertanya-tanya apa maksud di sebalik bunyi mengiau seekor kucing itu? Adakah ia mahukan perhatian, sedang lapar ataupun ada keinginan lain?
Dengan teknologi canggih sekarang, semua itu boleh terjawab. Hehe..
REMAJA baru mendapat tahu sejenis aplikasi telefon pintar yang khas digunakan untuk memahami bahasa haiwan!
Menarik, korang boleh try! ☝🏻🤩 pic.twitter.com/PqF0ugPK6K
— 𝙝𝙖𝙣𝙯 (@hanzgadget) January 19, 2021
Menerusi perkongsian video TikTok oleh akaun Twitter milik @hanzgadget, aplikasi yang dikenali sebagai Meowtalk Beta ini aplikasi diperkenalkan untuk memahami bahasa haiwan seperti kucing.
Apa yang perlu dilakukan oleh pemilik adalah merakam suara haiwan berkenaan menggunakan aplikasi tersebut dan ‘bahasa kucing’ akan diterjemahkan pada paparan skrin. Hebat betul!
Perkongsian video ini menarik perhatian warganet dan rata-rata teruja dengan kecanggihan teknologi aplikasi ini. Mereka juga tak sabar nak cuba aplikasi terebut. Ini merupakan antara reaksi mereka :
boleh try dkt oyen kantin maktab. muka dia selalu mcm tak puas hati dkt orang hahaha https://t.co/S8B6sUNlOj
— 🕊 نور (@hiikarichan_) January 19, 2021
Tapi kucing aku tahu tido je sampai aku ingatkan dia bisu sbb tknk miao https://t.co/KJ5y96JC4L
— bullehhh (@lisaa_aa98) January 19, 2021
Nak try dekat kucing gaduh
Aplikasi Meowtalk Beta
Untuk pengetahuan korang, selain aplikasi ini, rupanya terdapat beberapa lagi apllikasi lain yang boleh menterjemah bahasa haiwan seperti ‘google translate for animal’ ini. Cubalah!