Dah ramai yang teruja dengan sistem update iOS 17 bagi pengguna iPhone.
Apple memperkenalkan pelbagai kemas kini baru yang akan datang ke iOS 17 pada tahun ini, termasuk alat baru untuk membuat panggilan dan menghantar mesej kepada orang lain yang lebih peribadi.
iOS 17 sekarang akan mendapatkan “poster” hubungan, yang membolehkan pengguna iPhone untuk merancang imej custom untuk muncul apabila anda memanggil seseorang atau menerima panggilan mereka. Pengguna iPhone akan dapat menyesuaikan kad hubungan “poster” mereka dengan foto atau “memoji” pilihan, serta teks.
Namun, berdasarkan laman rasmi Apple, ada siri model iPhone dari apple yang tidak menyokong kemas kini terbaru ini. Secara tidak langsung tidak boleh update dan boleh ucap ‘selamat tinggal’.
Ads
Menerusi pengumuman terbaru Apple mengenai iOS 17, syarikat ini telah berkongsi 20 model iPhone yang menyokong iOS 17.
Tiga Model Yang ‘Terkorban’
Antara model yang baru sahaja berhenti menerima kemas kini terbaru ini adalah iPhone 8, 8 Plus dan X di mana ketiga-tiga model ini dijana dengan processor Apple A11 Bionic serta dilancarkan secara rasmi pada tahun 2017.
Dalam erti kata lain, model iPhone keluaran tahun 2018 dan ke atas sedia menerima kemas kini iOS 17 seperti biasa.
Ads
Sekiranya terdapat pengguna yang mahu terus mendapat kemas kini terbaru daripada Apple, mungkin beralih kepada model yang lebih baharu antara pilihan yang tersedia.
Kena ‘korek’ duit upgrade phone baru la macam ni….huhu
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika menyebut tentang projector, kita akan terbayangkan bentuk empat segi yang saiznya agak boleh tahan berat. Agak berat hati juga kalau perlu dipikul ke mana-mana dengan saiz sebegitu.
Namun dengan kecanggihan teknologi, Acer mendominasi sebagai syarikat pertama mengeluarkan Acer C250i – Projektor Auto Potret LED pertama di dunia yang sangat ringan dengan keistimewaan tidak memerlukan pangku atau tripod ketika memasangnya.
Tidak hanya terhad kepada dinding, pengguna projector C250i, membolehkan pemaparan dilakukan pada pelbagai sudut termasuk siling malah boleh dipusingkan ke keseluruhan sudut dengan mudah.
Panggilan video dan berkongsi maklumat daripada telefon pintar kepada sekumpulan orang lain juga begitu mudah di mana pengguna boleh menukar orientasi projector mereka semasa bergerak. Malah ciri pembetulan keystone menjamin kandungan pada paparan juga akan kelihatan cantik dari pelbagai sudut.
Lebih menarik, baik pengguna Android mahupun iOS untuk menyambung tanpa wayar dengan sangat mudah, bebas kabel pada bila-bila masa dan di mana jua.
Projektor mudah alih Acer C250i dibina dalam dengan pembesar suara Bluetooth yang menyokong teknologi Acer TrueHarmony dan bateri 9000mAH membolehkan keseronokan audio semasa bergerak tanpa had dan tercari-cari wayar soket elektrik.
Sebagai tambahan kepada sambungan tanpa wayar tersebut, projector ini turut memiliki ciri-ciri standard HDMI, port USB Type C dan Type A yang menyokong video out bagi telefon pintar dan PCs seumpamanya dan 100 peratus menyambung dan main, maka tiada perisian atau pemacu tambahan diperlukan. Port USB Type A membolehkan main balik multimedia secara langsung daripada pemacu USB tanpa perlu sebarang peranti.
Dan berita lebih baik, dengan semua kecanggihan ini, harga projector ini hanya berharga RM1699.
Bukan saja pertama seumpamanya di dunia, bersempena ulangtahun ke 30 Acer Malaysia, Acer telah melancarkan beberapa produk-produk dengan harga yang cukup mengujakan dan mampu dibeli.
Menurut Pengarah Perniagaan Konsumer, Produk dan Pemasaran Acer Malaysia, Johnson Seet tahun 2020 adalah sangat penting bagi syarikat. Banyak cabaran telah dilalui termasuk pencapaian-pencapaian, inovasi dan kejayaan dan paling penting jenama Acer terus menjadi pilihan rayat Malaysia yang mempercayai jenama ini sehingga kekal nombor satu.
Sempana ulang tahun itu, Acer turut melancarkan beberapa produk terbaru termasuklah Acer Spin 3, Travel Mate P614, Acer Aspire C27-962, projector C250i selain paparan video Predator dan Nitro.
Apa yang korang kena tahu tentang semua produk di atas?
Untuk perkongsian, Acer Spin 3 dan TravelMate P614 baru sahaja diumumkan pada CES 2020 di Las Vegas, baru-baru ini dan terkini sudah ada pun di Malaysia. Model terbaru Acer ini menampilkan reka bentuk lebih nipis dengan pemproses lebih berkuasa Intel Core Generasi ke-10.
Acer Spin 3 :- Menariknya komputer riba boleh ubah ini didatangkan dengan ensel lipat 360 darjah, dengan paparan sentuh Full HD 14-inci, memiliki 7.82mm bezel nipis serta menggunakan teknologi Wacom AES (elektrostatik aktif) untuk keupayaan pengecasan pantas.
Ia membolehkan profesional dan pelajar untuk melakar, mengambil nota, mencipta kandungan dan berkongsi idea sepanjang hari semuanya dengan hanya sekali selak yang mudah. Model Acer Spin 3 Intel Core i5 Generasi ke-10 dengan 8GB RAM dijual pada harga RM3,199 manakala varian Intel Core i3, 4GB RAM berharga RM2,699.
Acer TravelMate P614 :- Hanya seberat 1.1kg, memiliki ciri ketahanan hayat bateri sehingga 20 jam membolehkan profesional kekal produktif walaupun kerap bergerak. Bagi memahami keperluan keselamatan di mana pengguna boleh log masuk ke dalam TravelMate P614 menggunakan Windows Hello menerusi pembaca cap jari pada butang kuasa, atau menerusi webcam IR yang menggunakan pengenalan wajah biometrik. Ianya dijual bermula pada harga RM4,899.
Malah Acer turut melancarkan Acer Aspire C27-962 All In One untuk seluruh ahli keluarga.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah tidak dapat dinafikan lagi, aplikasi TikTok kini menjadi pilihan utama pengguna lebih-lebih lagi bagi golongan muda untuk melakukan carian di media sosial.
Ramai yang menggunakan TikTok untuk mencari lokasi atau restoran menarik untuk dikunjungi, malah gosip-gosip terkini juga lebih cepat tersebar menerusi laman TikTok betul tak?
Walaupun sudah menjadi antara platform media sosial popular dunia, TikTok tetap meneruskan usaha untuk meningkatkan jumlah pengikut mereka, malah TikTok turut memberi ganjaran kepada pengguna sedia ada yang berjaya menjemput kenalan mereka untuk mendaftar menggunakan akaun TikTok.
TikTok menawarkan sekitar RM55 ke RM65 untuk menjemput rakan baharu menyertai platform itu. Wah, berbaloi kan?
Untuk menebus ganjaran tersebut, individu yang dijemput itu perlulah meluangkan masa sekitar 30 minit setiap hari selama 10 hari. Dengan cara ini juga dapat menaikkan lagi engagement platform media sosial itu, sekali gus turut memberi ganjaran kepada pengguna yang berjaya menarik lebih ramai orang untuk menyertai TikTok.
Jika dahulu TikTok dianggap sebagai platform untuk ‘berjoget’, kini tidak lagi kerana pelbagai info menarik dan ilmu pengetahuan turut disebarkan menerusi laman media sosial itu.
Sebelum ini, TikTok secara rasmi telah memperkenalkan ciri baharu TikTok Shop di Malaysia yang membolehkan proses jual-beli terus dilakukan pada platform tersebut tanpa perlu meninggalkannya. TikTok kini sudah menjadi aplikasi ‘Shopertainment’, dimana pengguna boleh mengikuti kandungan dan membeli-belah terus di platform berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenama telefon pintar popular, HUAWEI Malaysia semalam secara rasmi telah melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu HUAWEI P60 Pro dan beberapa gadget baharu yang lain.
Melalui reka bentuk yang menakjubkan dan prestasi yang luar biasa, P60 Pro menjanjikan untuk memberikan pengalaman yang mengagumkan kepada penggunanya.
HUAWEI P60 Pro disediakan dengan dua warna iaitu Rococo Pearl dan Hitam merupakan telefon pintar yang menawarkan fotografi ke satu tahap lain, reka bentuk estetik dan pengembaraan baharu kepada semua pengguna.
Telefon pintar yang bermula dengan harga RM4,699 tersebut mempunyai sistem optik yang dinaik taraf sepenuhnya dan merupakan yang pertama dalam industri dilengkapi dengan Kamera Telefoto Pencahayaan Ultra dengan Kumpulan Berbilang Lensa.
Pengurus Kanan Pemasaran HUAWEI, Felicia Choong berkata, HUAWEI P60 Pro yang berpaksikan pada seni cahaya selain memperkenalkan kepada era baharu pengimejan mudah alih.
“HUAWEI P60 Pro menggunakan Paparan Quad-Curve Baharu dengan Kaca Kunlun eksklusif yang tahan lama. Sisi sedikit melengkung manakala empat tepi skrin lebih bulat menjadikan penglihatan skrin tidak terbatas dan mencapai paparan yang lebih mendalam.
“Berat HUAWEI P60 Pro hanya 200 gram. Pengguna boleh menikmatinya dengan cengkaman dan sentuhan yang lebih selesa.
“Selain itu, kadar penyegaran tinggi penyesuaian 1-120Hz LTPO membantu mencapai keseimbangan sempurna antara kelancaran visual dan pengoptimuman penggunaan bateri,” katanya.
Tambahnya, sistem optik yang direka bentuk semula dengan Kamera Utama Pencahayaan Ultra akan menghasilkan fotografi yang terang, memaparkan butiran sepenuhnya meskipun dalam gelap.
Selain itu, HUAWEI P60 Pro turut memperkenalkan Long Travel Slide ZoomLens Group yang boleh mengawal jarak pemfokusan secara fleksibel dan mencapai pengimejan yang jelas daripada fotografi jarak jauh hingga makro dekat.
Dalam masa sama, peranti itu terdiri daripada bateri berkapasiti tinggi 4815 mAh dan menggunakan HUAWEI SuperCharge berwayar 88 wat (W).
Tambahnya lagi, ia juga menyokong pengecasan pantas tanpa wayar 50W dan pengecasan tanpa wayar terbalik 7.5W yang selamat dan mudah digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Selain itu, HUAWEI Malaysia turut memperkenalkan produk lain seperti HUAWEI Mate X3 dengan harga permulaan RM8,888, HUAWEI Watch Ultimate (RM3,799), HUAWEI Watch Buds (RM2,199), HUAWEI FreeBuds 5 (RM699) dan HUAWEI Metapad 11 inci 2023 berharga RM1,999.
HUAWEI Mate X3
HUAWEI FreeBuds 5
HUAWEI Watch Buds
HUAWEI Watch Ultimate
HUAWEI P60 Pro kini sedia untuk prapesanan di semua kedai, web rasmi, Shopee, Lazada dan kedai rakan kongsi HUAWEI yang sah seperti SenHeng, senQ, Harvey Norman dan Urban Republic.
MENGENAI KAMERA HUAWEI P60 PRO
Huawei dan kamera tercanggih berpisah tiada. Bagi P60 Pro ini, ia menampilkan kamera dengan keupayaan pencahayaan rendah berprestasi tinggi dengan teknologi XMAGE.
Huawei XMAGE telah membina sistem teknologi pengimejan mudah alih yang unik dari tiga dimensi: sistem optik, teknologi pengimejan, dan pemprosesan imej.
Kamera belakang P60 Pro menggabungkan tiga kamera, diterajui oleh kamera utama 48MP yang dilengkapi lensa berbilang apertur, menawarkan 10 tahap antara F1.4 hingga F4.0.
Seterusnya adalah kamera telefoto periskop 48MP, dengan keupayaan fungsi zum optikal 3.5x dan dikatakan sebagai kamera telefoto paling terang di telefon pintar. Kamera ketiga adalah kamera ultralebar 13MP.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...