Dah ramai yang teruja dengan sistem update iOS 17 bagi pengguna iPhone.
Apple memperkenalkan pelbagai kemas kini baru yang akan datang ke iOS 17 pada tahun ini, termasuk alat baru untuk membuat panggilan dan menghantar mesej kepada orang lain yang lebih peribadi.
ARTIKEL BERKAITAN : Selepas Pembukaan 2 Stor Di Korea, Barulah Apple Store Malaysia Akan Dibuka Pada 2024?
iOS 17 sekarang akan mendapatkan “poster” hubungan, yang membolehkan pengguna iPhone
untuk merancang imej custom untuk muncul apabila anda memanggil seseorang atau menerima panggilan mereka. Pengguna iPhone akan dapat menyesuaikan kad hubungan “poster” mereka dengan foto atau “memoji” pilihan, serta teks.Namun, berdasarkan laman rasmi Apple, ada siri model iPhone dari apple yang tidak menyokong kemas kini terbaru ini. Secara tidak langsung tidak boleh update dan boleh ucap ‘selamat tinggal’.
Menerusi pengumuman terbaru Apple mengenai iOS 17, syarikat ini telah berkongsi 20 model iPhone yang menyokong iOS 17.
Tiga Model Yang ‘Terkorban’
Antara model yang baru sahaja berhenti menerima kemas kini terbaru ini adalah iPhone 8, 8 Plus dan X di mana ketiga-tiga model ini dijana dengan processor Apple A11 Bionic serta dilancarkan secara rasmi pada tahun 2017.
Dalam erti kata lain, model iPhone keluaran tahun 2018 dan ke atas sedia menerima kemas kini iOS 17 seperti biasa.
Sekiranya terdapat pengguna yang mahu terus mendapat kemas kini terbaru daripada Apple, mungkin beralih kepada model yang lebih baharu antara pilihan yang tersedia.
Kena ‘korek’ duit upgrade phone baru la macam ni….huhu
BACA LAGI : Sekian Lama Menanti, Apple Pay Akhirnya Boleh Digunakan Di Malaysia
Sumber : ( 1 )
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.